☻Chapter 01

69 1 0
                                    

• Lagenda Budak Kasmaran •

Part 1
" Hidup di fantasi terlalu indah untuk dijadikan kenyataan "

Aku telah lambat datang ke sekolah. Pagar sekolah dah pun tutup. Aku terus mengendap dan memanjat pagar sekolah. Aku masuk kelas seperti biasa. Orang dalam kelas tengok aku dengan pelik. Aku tak kisah lah lantak diorang. Aku terus letak kepala atas meja untuk tidur.

Letih semalam balik pukul 3 pagi. Tiba tiba meja aku ditendang. Aku buat tak endah. Meja aku ditendang berkali kali. Aku memaling muka ku ke seseorang.

Rupa rupannya dialah Syifa yang selalu buli aku.

"Kau ni kerja tidur je kan , patut la lembab " katanya.

Aku malas mahu ambil tahu jadi aku sambung meletakkan kepala aku di meja. Syifa tak puas hati lalu dia menarik rambut aku ke belakang sehingga kepala aku mendongak. Aku menahan sakit di rambut aku.

"Sakitlah Syifa kau kenapa ? Aku tak kacau kau pun " kata aku dengan meraung kesakitan

"Aku bercakap dengan kau tadi kau palau aku , kau tunggu eh aku ada surprise untuk kau " sambil menarik anak rambut aku membuat kepala aku mendongak.

Syifa menuang air susu dalam mulut aku sehingga melimpah. Aku tersedak dan batuk. Orang di dalam kelas tiada langsung  mahu membantu aku. Mereka hanya tengok saja.

Entah kenapa tiba tiba aku terasa sangat marah dan tak dapat kawal emosi aku. Aku terus menolak Syifa sampai dia terdorong ke bawah. Kemudian aku terus memukul dan menumbuk mukanya sehingga berdarah. Orang ramai berhimpun di kelas kami dan cuba untuk menahan aku dari memukul Syifa.

Beberapa cikgu datang dan aku dan Syifa dipanggil oleh pengetua sekolah. Aku memasuk dalam keadaan tidak rasa bersalah setelah memukul Syifa. Syifa tengah meraung kesakitan. Kifarah!

"Kamu berdua ni tak habis habis buat masalah. Apa masalah pulak yang korang buat ni " kata Puan Hafsah a.k.a pengetua sekolah.

"Dia yang pukul saya dulu, puan. Tengok ni muka saya sampai berdarah" Syifa mencela.

Aku membalas kepadanya "EH! Kau yang buli aku dulu "

Syifa membalas " M-mana ada aku buli kau, aku gurau je yang kau nak terasa lebih pahal sampai nak kena pukul! "

Gurau kau cakap !! Eii kau memang betina sundal. Kau punya gurau tu boleh bawa masuk lokap la.

Pengetua dah penat melihat mereka berdua.

" Ehh kau tak payah nak menipu la, tu baru sikit tau. Kalau ikutkan hati aku , aku nak patah patahkan aje badan kau biar cacat!! " kata aku dengan menyampah.

"HANIZ !! Kamu ni kenapa kata macamtu! Kenapa kamu pukul Syifa sampai macamtu sekali " tanya pengetua dengan meninggikan suara.

" Puan , dia buli saya takkan saya nak duduk diam macam orang bodoh. Padanlah muka dia"

Syifa menjeling aku sambil mengelap darah di hidungnya.

"Tapi tak perlu la sampai pukul anak orang. Kamu tau tak perbuatan kamu ni boleh mencemarkan nama baik sekolah " kata pengetua.

Nama baik sekolah benda. Sekolah ni memang akhlak buruk. Semua pentingkan diri. Aku terkejut dengan ayat pengetua. Dia memang taknak ambil tindakan ke apa yang syifa buat dekat aku.

" Kenapa semua orang tak percayakan saya ha ? Ouh sebab saya ni pendiam , tak bersocial , pelik macamtu ke ? Eh puan ni tak adil tau . Mana tanggungjawab puan sebagai pengetua ?! " kata aku dengan sedikit meninggikan suara.

Pengetua mencela  " Ya saya tau , tapi kamu tak perlu la sampai nak pukul , ni saya nak jawab apa dekat mak bapak dia "

"betul tu, puan " Syifa menyampuk.

Aku pijak juga tengkuk kau ni.

" Macam la saya tak tahu yang syifa ni anak sedara puan kan , sebabtu puan backup dia. Takut nanti mak bapak dia salahkan puan" Sinis aku membalas.

Syifa tergamam. Pengetua bagaikan tak percaya apa yang Haniz kata. Macam mana Haniz boleh tahu status mereka.

" Kamu akan dikenakan tindakan disiplin dan dimerit " Pengetua mengubah mengubah topic.

"Huh buat lah apa nak buat , saya tak kisah dah , malas nak ambil tahu !!" kata aku sambil bangun dari kerusi dan beredar lalu menghempas pintu tanda protes.

Syifa melihat Haniz dan tersenyum kemenangan.

" Kamu pun akan dimerit ! " Tiba ii pengetua berkata.

" Why  ? Kenapa tetiba saya pulak kena. Saya bukan buat apa ii pun "

Pengetua membalas " Kamu buli dia kan ? "

"Jadi maklang percaya la cakap dia " kata Syifa. Puan Hafsah menjeling sambil memecit kepala. Pening dengan anak sedaranya sorang ini. Satu satunya anak sedara yang dijaga kehilangan ibu bapa. Keluarga mereka berpecah belah.

———————————

Luna's notes:

Kok susah banget ya menjadi orang yang disanjungi orang? Apa aku tidak layak?

Lagenda Budak Kasmaran Donde viven las historias. Descúbrelo ahora