TW: UNEXPECTED PLOT,
MENTAL HEALTHCERITA INI MEMPUNYAI 2 ENDING PILIHAN. CHAPTER INI ADALAH ENDING SEBENAR UNTUK PLOT INI.
ENDING 1 MUNGKIN AKAN MEMBUATKAN ANDA TIDAK TERIMA KETENTUAN TAKDIR ( my bad).
THIS ENDING MAY CAUSE UNPREDICTABLE EFFECTS FOR YOUR MENTAL. SO IF YOU'RE NOT WILLING TO READ IT, PLEASE SKIP THIS CHAPTER AND MOVE TO ENDING 2
⋅•⋅⋅•⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅∙∘☽༓☾∘∙•⋅⋅⋅•⋅⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅
" I love you, Rose " Suaranya yang lemah berbisik pada telinga aku.
***
MALAM yang pekat, aku berada di bawah bangunan yang lama dimana tempat pertama kali aku berjumpa dengan Arjuna. Aku baru balik daripada hospital selepas habis buat ujian untuk menderma organ. Lusa baru hari pembedahan berlaku.
Harini aku mahu meluangkan masa dahulu. Menyembuhkan inner child dalam diri. Ya, pelik bukan? Rawat inner child dekat bangunan lama ini. Memori menggamit betul. Dengan perut membesar, nasib baiklah tak memboyot sangat. Badan tinggi memang tak nampak perut aku besar, paling hina pun orang akan cakap aku buncit.
Aku duduk bersandar pada tiang bangunan sambil menatap pancaran cahaya bulan dan bintang. Jari aku bermain memetik gitar. Teringat betul zaman remaja.
Mata aku memejam sambil jari menghasilkan muzik. Muzik yang menyatakan perasaan aku sekarang ini—pilu, sedih. Bibir aku menyanyikan lirik random yang terbuku dalam hatiku.
(Lepaskan hatiku by Hafiz Suip)
" Aku akan pergi dulu...Sudah tertulis sebegitu. Kau simpanlah semua kenangan, untuk kau teruskan perjalanan " Tangan aku memetik gitar.
" Usap airmata mu. Ukirkan senyuman dibibirmu. Cinta kita dibantuskan masa. Kau harus bangkit semula– "
Seluruh lagu itu terus merekodkan momen dari awal sampai akhir kisah kasmaran aku dan dia.
" Hatiku yang pernah ku pinjamkan...Ku ambil kembali 'tuk bawa pergi..." Mata aku terus terbuka apabila ada suara maskulin yang menyambung lirik lagu.
Arjuna.
Kenapa dia ada di sini? Aku melihat dia memakai baju hospital. Mukanya cengkung, bentuk fizikal badan susut. Kepalanya ditutup dengan beanie, kerana rambutnya sudah gugur.
" Sakit ini tiada tertahan...Dah sampai waktunya engkau relakan..ku rawat cinta ku keakhirnya. Hanya yang ku pinta kau lepaskanlah..." Arjuna memainkan jari di wajah aku dengan lembut.
Tangan kasarnya mengelus wajah ku lembut. Air mata yang menitis dari tubir mata aku, dia mengelus lembut. Makin kuat esakan tangisan aku.
" Aku akan pergi dulu. Sudah tertulis sebegitu. Kau simpanlah semua kenangan...Untuk kau teruskan perjalanan..." Dia berbaring pada riba aku sambil menarik tangan aku meletak wajahnya.
Jeda.
" Kenapa abang dekat sini? " Soal aku.
" Abang rindu Rose "
Ayat itu. Tak berhenti pudar dari bibirnya.
" Rose ingat? Ni tempat pertama yang jadi pertemuan kita dulu. Bangunan ni lah paling banyak bagi kita berkenalan dengan lebih mendalam. Bangunan ni juga lah, buat abang selamatkan Rose dari nak bunuh diri. Abang bagi semangat dekat Rose, sama macam Rose beri semangat untuk abang "
Telinga aku mendengar dia bercerita. Serta merta memori aku terus muncul.
" Je t'aime ma belle. Today. Tonight. Tomorrow. Forever. If I were to live a thousand years, I would belong to you for all of them. If I were to live a thousand lives, I would want to make you mine in each one " Ujarnya sambil bermain dengan jari jemari aku.
" Rose tahu tak? Kadangkala, bila Rose tengok abang, abang rasa Rose nampak semuanya. Jiwa abang, hati abang dan sakit abang. Rose nampak betapa huru haranya abang—tapi ia tak membuatkan sedikit pun Rose mengeluh. Rose memahami sebahagian daripada diri abang yang abang tak pernah faham langsung diri abang ni. You are my beautiful lesson that I'm glad I learnt. You are the most lovely person to me. It seems as though our souls are very old friends " Ujar Arjuna.
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)