⋅•⋅⋅•⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅∙∘☽༓☾∘∙•⋅⋅⋅•⋅⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅
⋅•⋅⋅•⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅∙∘☽༓☾∘∙•⋅⋅⋅•⋅⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅
Destinasi yang terakhir , pantai. Laut bersih yang berkaca biru. Pasir yang bertaburan ditiup angin. Cangkerang cangkerang yang bersepah di pasir. Suasana yang sungguh indah dipandang. Terima kasih kepada sang pencipta diatas keindahan alam ini.
Arjuna dan Han berjalan di sekeliling air laut pantai itu. Arjuna menggunakan camera sony untuk mengambil beberapa keping gambar Han. Banyak gambar yang diambil candid. Senyuman Han yang lagi semanis madu.
Setelah itu , mereka berdua duduk ditepi pantai. Mereka berdua menikmati pemandangan laut. Masing masing senyap.
" terima kasih untuk segalanya dan maaf untuk ketidaksempurnaanku " Han memandang Arjuna
Arjuna menggeleng " kau dah cukup sempurna dimata aku " Arjuna menatapnya balik.
"Tapi aku rasa aku bawa malang. Aku tak layak hidup bahagia macam orang lain. Semua orang tak suka aku " Aku memandang ke bawah. Malu untuk menatapnya.
" Rose , pandang aku. Jangan cakap macamtu. Kau adalah orang yang paling istimewa bagi aku. Walaupun orang tak hargai kau tapi aku ada . Kau nak tau tak ? aku cintakan kau begitu dalam. Dalam doa, aku menceritakan kepada Dia segalanya tentang kau "
Arjuna memandang matanya redup sambil tersenyum manis.Han memandang wajah Arjuna. Dia memandangnya tanpa berkelip. perasaannya bercampur baur gembira,terharu, sedih, terkedu. Kami menatap mata sesama sendiri. Benarkah ini rasanya jatuh cinta kepada seseorang. Ya Allah, kau perliharalah kami hingga sepanjang hayat.
" eh tengok tu sunset !! " Aku menujuk jari ku ke arah matahari yang sedang terbenam.
Arjuna memandang matahari. Dia jugak telah mencuri untuk memandang Han yang sedang menikmati sunset. Sunset dengan Rose tiada beza. Sangat menyinari dimatanya.
" Aku tak akan berhenti mencintai dan menyayangi , hingga matahari tak terbit lagi "
***
HARI YANG TELAH tiba . Han dan rakan rakannya akan menduduki peperiksaan STPM Pelbagai perasaan yang bercampur baur. Gemuruh, takut, sedih. Han berserahkan semuanya kepada Allah.
Aku ingin melangkah ke dewan dan tiba tiba Arjuna memanggilku. Aku menoleh ke belakang. Dia menghulurkan 2 biji kismis kepada aku.
" Sebelum kau nak jawap exam nanti , kau berselawat dulu masa kau makan kismis ni. Kau doa supaya dipermudahkan urusan untuk jawap exam nanti "
" Terima kasih. Aku doakan kau supaya senang nak jawap exam nanti dan dipermudahkan urusan jugak "
"Thanks. Wish you all the best !! Aku sayang kau tau " Aku hanya diam. Setelah itu Arjuna melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan.
"Aku pun sayang kau "
Aku terus melangkah kaki ku ke dalam dewan. Aku memakan kismis seperti yang diajar oleh Arjuna tadi. Mudah mudahan aku cerdik. Dengan lafaz bismillah aku terus menjawab soalan.
AKU keluar dewan dengan muka masam mencuka. Susah betul soalan tadi. Macam macam dah aku ikhtiar untuk ingat balik. Last last aku tembak saja dengan teknik bacaan bismillah.
Aku pergi ke kantin. Aku hanya minum air yakult saja. Tiada mood untuk makan. Aku termenung jauh. Satu gerangan telah mematikan lamunan ku. Dia membawa roti cheese telur. Dia menolah roti itu kepada aku.
Aku memandangnya dengan mengerut dahi lalu aku tolak roti itu " Aku taknak lah ".
" Asal tak makan , ambik lah " Arjuna menolak balik roti tadi.
"Taknak . Tak lapar "
"Kau tu dahla perut kosong kejap lagi nak jawap exam nanti pengsan susah "
" Taknak la . Aku tengah serabut tau tak dengan exam tadi. Bapak susah . Dahla pilihan jawapan tak sama dengan jawapan aku. Eee macam mana kalau aku fai- "
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)