" aku janji aku takkan pergi kecuali kau sendiri yang pergi dari hidup aku"
Aku terjaga dari tidur. Lagi sekali. Ini dah kali ketiga aku terjaga dari mimpi yang sama. Keadaan aku masih sama. Tiada satu tanda tanda pun ingatan aku kembali. Pandangan aku kosong menghadap siling bilik.
" Tu es l'amour de ma vie, ma belle (You're the love of my life, my beautiful)"
Lelaki itu.
Lelaki itu selalu muncul dalam mimpi aku. Walaupun aku selalu tidur basuh kaki. Baca surah al mulk sebelum tidur tetapi tetap sahaja lelaki ini muncul. Aku dapat rasakan mimpi itu wujud di dunia nyata dan bukan sekadar hanya mimpi. Aku pasti lelaki itu juga wujud.
Aku memandang bunga baby breath berserta dengan kad bersamanya di atas meja. Aku menghidu bunga haruman itu. Perasaan aku terasa tenang seketika. Tanpa sedar, aku tersenyum dengan sendiri. Entah kenapa aku teruja sangat. Kemudian, aku membaca kad yang tertera itu.
The past cannot be changed , everyone's journey is different. Make your happiness a priority and you will be a happiest person in this world .
Orang kacak
Kad yang diberi oleh orang kacak ni dah hampir berpuluh puluh keping aku simpan. Siapalah kau ni orang kacak. Beberapa kali aku menyebut nama tersebut, setiap kali itu kepala aku sakit. Haih, terima sajalah hakikat yang kau tidak akan dapat balik memori kau.
Aku turun dari katil dan membersihkan diri sebelum menunaikan solat subuh. Aku mengenakan t-shirt bertemakan beige dan seluar denim jeans berserta rambut perang separa bahu aku yang diikat separuh ekor kuda. Aku menarik beberapa helai di tepi rambut aku dibiar flowly. (hyunjin hair style)
Aku membuka pintu rumahku dan terpacak la seseorang makhluk berbadan tegap iaitu driver kesayangan aku, Luckie Agreste.
Harini dia mari dengan kereta range rover. Nak hantar aku pergi ke kolej saja pun naik range rover. Setiap minggu tukar kereta. Tak ke jadi perhatian orang ramai nanti dekat kolej.
" Good morning Mademoiselle Haniz (Cik Haniz)" Dengan senyuman yang manis ke arahku.
" Good morning Luckie. Kenapa harini awak bawa range rover. Malu lah jadi perhatian orang kolej nanti" Aku membalas.
" Oh encik Arjuna yang suruh saya bawa kereta ni. Its bullet proof"
Mendengar perkataan bullet proof tu tercengang aku dibuatnya. Aku tak boleh la benda benda macam ini. Seriau aku!
Pada sebelah tengahari pula, aku sambung kerja aku di Cafe. Kelas aku hanya ada waktu pagi sahaja. Jadi aku sambung bekerja pula.
Tiba tiba sahaja aku mendapat panggilan daripada Luckie.
" Hello mignonne. You have to come at Mr Arjuna's office right now"
" Okay saya datang sekarang" Apa yang kelam kabut sangat ni. Arjuna nak pecat aku ke? Alhamdulillah syukur kalau ya. Aku segera pergi ke office Arjuna.
Aku mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam. Melihat Arjuna sedang sibuk dengan komputernya. Manakala Luckie sedang seronok bermain batu seremban di hadapan karpet. Main batu seremban? Biar betul mamat ni. Tadi bukan main call aku macam si Arjuna tu nak bincangkan pasal hidup dan mati.
" Ada apa cari saya?"
" Duduk" Dingin dia berkata. Aku duduk kerusi di hadapan mejanya.
" Er saya nak kena buat apa?" Teragak agak aku hendak menanya bila melihat wajahnya beku semacam.
" Teman saya."
" Haa!?" Terlopong mulut aku ingin berbicara. Dia panggil aku semata mata nak suruh aku teman dia kerja saja. Aku ada kerja nak buat tau dekat Cafe. Shibal saekki!
" Teman saya sampai habis kerja. Lepas saya siapkan kerja saya baru saya bagitahu awak sesuatu"
" Tapi saya banyak kerja dekat Cafe tu" aku membalas.
"Saya dah inform dekat kak Puteri. Awak tak masuk kerja harini atas arahan saya" Tangannya lincah menekan papan kekunci sambil bercakap dengan aku.
Aku memandang muka Luckie yang sibuk bermain batu seremban. Dia hanya menayang riak wajah tak tahu dengan bahunya terangkat. Aku menghela nafas. Aneh betul peraturan kerja kat sini.
Sakit hati pula aku tengok Luckie ni bermain batu seremban. Dah macam kena culture shock. Bayangkan budak Perancis main batu seremban. Jangan sampai aku ajak dia main tarik upih. Tak boleh jadi ni! Aku duduk bersila di hadapannya. Bermain sekali! Aku nak asahkan skill batu seremban aku.
Bukan itu sahaja, aku dan Luckie juga bermain kad uno. Hampir 2 jam juga kami bermain manakala Arjuna tidak sikit pun rasa terkacau dengan kebisingan aku dan Luckie. Kami berdua dah macam bestie. Senang masuk! Kalau aku dengan Arjuna. Huh! Mintak simpang jauh 44 lah!
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)