TOM yang sedang berjalan ke arah ruang tamu. Dia terdengar bunyi tapak kaki seseorang yang sedang ceroboh. Belum sempat dia ingin berlari, tubuhnya ditahan oleh seseorang yang lengkap dengan sut hitam. Lehernya dipukul sebelum Tom jatuh rebah lalu pengsan.
" Kita dah dapat dia " Aatiq membuka mask pada wajahnya sambil memegang walkie talkie.
***
Telefon berdering lalu diangkat oleh jururawat di kaunter.
" Selamat pagi encik! boleh saya bantu ? "
" Saya nak melawat kekasih saya, tapi saya tak tahu wad berapa? " Jawab lelaki asing di talian tersebut.
" Boleh saya tahu nama pesakit? "
" Jasmine binti Idris"
" Boleh saya tahu siapa nama di talian? "
TUTT
Panggilan tiba tiba saja diletakkan.
Syed melihat pintu dibuka secara tiba tiba oleh jururawat.
" DCP Rifqi, tadi ada orang call tanya pasal Jasmine? " Jururawat tersebut mengulangi semula rakaman tadi pada telefon tersebut.
Wajah Syed berkerut. Suara lelaki ini. Suara lelaki ini seakan akan pelat bahasa siam ketika berbahasa Melayu.
" Attention to all employees! Code red from 756. I repeat, code red from 756. Victim is in danger " Syed mengeluarkan walkie talkie nya sambil bersama dua orang jururawat sedang menolak katil kosong menuju ke wad Jasmine.
Syazlia yang sedang berada di markas terkejut apabila mendapat code red daripada walkie talkie nya. Dia segera mengeluarkan telefon bimbit.
" Ni apa hal sampai code red bagai ni! " Terus Syazlia sergah Syed di talian.
" Ada orang tengah buru Jasmine. Dia call cari Jasmine " Balas Syed.
" Kau bawa Jasmine tu jauh jauh. Aku datang sekarang! " Syazlia segera bersama kunci motor di tangannya.
Beberapa orang anggota polis yang mendapat panggilan tadi terus bergerak pantas lalu naik ke wad Jasmine
Kereta berwarna hitam parking di hadapan hospital. Lelaki memakai hoodie menutupi seluruh kepalanya sambil memegang sejambak bunga.
Syed menolong beberapa jururawat disitu bagi memindahkan tubuh Jasmine di katil baharu. Jarum branula dicabut dari tangan.
Lelaki berhoodie itu mengekori beberapa anggota polis tergesa gesa naik ke wad. Saat melihat beberapa anggota polis muncul, Syed menyuruh mereka untuk membantu mencabut segala peralatan pada Jasmine.
Seorang anggota polis berasa tidak sedap hati melihat susuk tubuh lelaki berhoodie yang sedang menuju ke wad tersebut. Pantas dia keluar melihatnya. Lelaki berhoodie itu beracah acah untuk berpatah balik.
" Berhenti encik! Perlahan lahan letak tangan di atas kepala " Dia mengeluarkan sepucuk pistol.
" 235 , ada yang tak kena. Saya tengah siasat sekarang. Over. " Dia berbisik di walkie talkie nya.
" 235, tolong inform apa yang tak kena, over " Syed menjawab.
Tiada sahutan.
" 235, tolong inform! " Ulangnya.
Sekali lagi, tiada sahutan.
Syed rasa berasa tidak sedap hati. Malah dia terus menolak katil Jasmine tersebut. Mereka meneruskan perjalanan menolak katil yang dibaring oleh Jasmine.
" 235, masuk! Saya ulang. 235 masuk! " Suara Syed ditekankan apabila tidak mendapat sahutan.
ARGHHH
tiba tiba terdengar bunyi jeritan seorang perempuan jururawat. Syed mengangkat tangannya tanda berhenti. Serta merta mereka berhenti menolak katil tersebut.
Rupa rupanya anggota polis 235 sudah dipukul oleh lelaki berhoodie tadi.
Kawasan tiba tiba sahaja sunyi. Mereka bersedia mengeluarkan sepucuk pistol. Syed datang mendekat dan..
BANG BANG
Lelaki berhoodie tiba tiba datang dari arah kiri lalu menembak mereka. Pantas Syed menunduk lalu menarik troli disitu menghalangi diri dari ditembak.
BANG
Anggota polis terbaring apabila ditembak oleh lelaki berhoodie. Syed pantas menembak dia semula. Namun tembakannya meleset. Syed menembak lagi tetapi laju lelaki itu bersembunyi. Lebih mengejutkan lagi lelaki itu mengeluarkan senjata api Franchi SPAS-12. Dia menembak bertubi tubi sehingga beberapa anggota polis mati dan hanya tinggal Syed seorang sahaja yang terselamat.
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)