UNIFORM sut hitam lengkap disarung pada tubuh setiap anggota SFOA masing masing. Syed mengenakan bullet vest pada tubuhnya. Semua kelengkapan sedia dikenakan. Glock-19 dibawa.
Syazlia mengambil senjata api jenis HK 33 sniper. Dia juga lengkap berpakaian uniform sut hitam SFOA. Agak rasa lain apabila memakai uniform SFOA, selalunya dia selalu pakai uniform polis saja. Dan ya, uniform SFOA tiada logo. Ini pun sebab nak kekalkan identiti. Logo hanya terhias pada kawasan bangunan SFOA sahaja. Hal ini mudah untuk tumpaskan musuh tanpa diketahui, musuh akan menganggap SFOA kumpulan pengganas yang tiada identiti, bukannya anggota.
" All employees stand! " Arah Syazlia sebagai Komisioner Reen atau lebih dikenali sebagai Agent Eagle.
Semua anggota SFOA berdiri tegak dalam keadaan menghadap ketua misi mereka.
" Aku harap kita semua berjayakan misi ni dan tumpaskan musuh musuh yang ada. Aku dah pergi menghadap Master Ace, jadi tolong jangan hampakan aku—dan ketua kita yang sebenar, Master Ace. Ingat! Kita ada dua misi. Tumpaskan musuh kegiatan dadah dan... selamatkan sahabat aku " Ucap Syazlia apabila terkenang wajah Haniz yang sentiasa ada bersamanya.
Disebalik wajah Syed yang bertopeng, dia tersenyum tipis. Ya, Haniz juga adalah satu satunya kawan baiknya selepas Syazlia.
" Baik, Leader Eagle! " Semua mentabik hormat.
" All the best, all employees " Kata terakhir Syazlia.
Beberapa buah kenderaan bulletproof khas untuk membawa unit SFOA ke banglo lama yang dijadikan tempat kegiatan dadah krokodil dan tempat penculikan Rose. Kereta khas tersebut diletakkan jauh daripada banglo lama itu agar musuh musuh tidak terperasan akan kehadiran mereka.
Group C terlebih dahulu mengambil tempat untuk bersembunyi di dalam kawasan semak bahagian kawasan luar banglo. Syazlia sebagai sniper mula memerhati seluruh kawasan menggunakan skop pada senjata apinya.
" Group A move move " Agent Beast ( Raqib) memberi arahan kepada kumpulannya.
" Leader Eagle, laporan dari group A mengatakan ada terlalu ramai orang yang berada di luar kawasan banglo itu " Agent Beauty (Aatiq) yang memberi maklumat melalui earpiece pada telinganya.
Butang pada alat earpiece itu ditekan pada telinga Syazlia.
" Terlalu ramai? Berapa orang? " Tanya Syazlia.
" Anggaran lebih daripada 8 orang " Mata Aatiq meliar seluruh bahagian kawasan banglo tersebut.
" Group A kepung seluruh kawasan tersebut. Group C akan bergabung dengan Group A. Group B, hantar beberapa orang untuk seludup masuk di dalam banglo tersebut " Syazlia memegang earpiece di telinga sambil tangannya lagi sebelah meneropong untuk melihat keadaan tersebut. Ya, memang betul ramai pihak musuh yang sedang berliar di luar kawasan dan memang lebih pada 8 orang.
" Group A lancarkan serangan hendap dalam keadaan senyap. Group C, sharshooter and sniper be ready. Tembak pada ahli yang ada senjata api " Selepas Syazlia memberi arahan, dia turut bersama group C menembak hendap pada musuh musuh tersebut. Musuh musuh itu telah menyembah tanah apabila ditembak.
BOOM!
" South-west block clear "
BOOM!
" North-west block clear " Lapor beberapa anggota group C.
" Group B dan group A rusuh banglo tersebut. Jangan biarkan seorang pun terlepas! " Arah Syazlia sambil kakinya melangkah berjalan mendekati banglo lama itu.
Dia mula memanjat dalam keadaan senyap lalu berada di atas atap bumbung rumah banglo tersebut. Syazlia akan menjaga di bahagian area atas untuk memastikan tiada musuh yang larikan diri. Dengan cara ini, dia hanya akan menembak saja musuh musuh tersebut. Dia mula tundukkan kepala dan meniarap saat mendapati ada beberapa orang musuh yang sedang keluar melihat keadaan konco konconya rebah di tanah.
" Bos! Ada orang serang kita! " Salah seorang musuh itu memegang telefon. Syazlia mula melaraskan skop pada arah lelaki tersebut sebelum dia menarik picu HK 33 sniper tersebut dan..
BANG!
Headshot!
" Woi—" kawan musuhnya yang perasan akan hal itu belum sempat untuk menyelamatkan diri turut ditembak oleh Syazlia.
BANG!
2 headshot!
" Yaya! Ada yang tak kena! Kami rusuh saja banglo itu, separuh daripada musuh dah pun terbaring kena tembak. Padahal group A dan group B belum bertindak lagi " Syed membuat menekan butang pada earpiece.
BANG!
BANG!
Syed menyorok pada dinding apabila beberapan das tembakan daripada musuh dilepaskan. Syed menggunakan glock-19 lalu menembak tepat pada dada musuh tersebut.
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)