Arjuna keluar dari bilik air. Tubuh dibasahi kerana mengambil wuduk. Dia pergi ke arah isterinya yang tidur berselimut satu tubuh.
" Rose..bangun solat subuh " Dia mengejutkan Rose. Tubuh digerak gerak.
" Bangun subuh, sayang "
" lima minit " gumamnya.
" Tak boleh macam tu. Solat dulu lepas ni tidur balik " Tangan Arjuna menyambar pada ubun ubun Rose. Kemudian tangannya diletak pada dahi.
" Panas ni, demam ke? " Arjuna menyelak selimut itu. Tangan diletak pada leher Rose. Suam.
" Kita pergi klinik? Panas ni" Suaranya berbaur risau.
" Tak payahlah. Nanti Rose makan panadol okay la " Jawab Rose separuh sedar.
" Kalau tak nak pergi klinik. Bangun, solat subuh sama sama. Nanti tidur balik " Ujarnya tegas.
Aku gagahkan diri untuk bangun. Terasa berpinar kepala.
Sudah siap mengambil wuduk. Aku mengambil tempat menjadi makmum Arjuna.
" Allahuakbar "
Arjuna memberi salam pertama dan salam kedua.
" Assalamualaikum warahmatullah "
Tangan diangkat untuk membaca doa selepas solat. Setelah selesai, aku menyalam tangannya dan terus berbaring ke atas katil.
JAM menunjukkan pukul 12 tengahari. Aku masih berbaring di atas katil. Tidak rasa ingin bergerak ke mana mana. Simptom mak mengandung ke apa ni.
Aku terbangun secara mengejut. Terus aku duduk sembilan puluh darjah gara gara tukar posisi secara mengejut. Kepala aku mula berdenyut. Aku pejamkan mata untuk menunggu beberapa saat postural hypotension hilang.
Pintu dikuak. Arjuna membawa dulang berisi bubur ayam dan air kosong serta ubat keperluan. Hari ini dia mengambil cuti untuk menjagakan aku.
" nganga " Arjuna menyuakan sudu ke arah aku.
" Rose tak lalu la " Aku menggeleng.
" Mana boleh macam tu. Nanti lagi sakit macam mana. Dari pagi Rose tak makan tahu! Roti keping pun tak luak pun " Arjuna terus menyuapku.
Aku menahan tangannya. Kepala digeleng berkali kali.
" Rose tak baik tau tolak rezeki ni. Nanti Allah murka. Rose sudahlah derhaka dengan abang sebab tolak suapan abang, pastu tolak rezeki pulak. Ish ish tak patut , tak patut " Kepala Arjuna digeleng berkali kali.
Aku mencebik. Berani dia ugut aku pakai agama.
" Nah! " Sudu dihala ke arahku.
" Toksey!"
" Nah! "
" Toksey! "
" Aaaaaa " Arjuna mengangkat sudu lalu dihayun seperti kapal terbang mendarat dan menyumbat ke dalam mulut Rose.
Rose menepuk peha lelaki itu. Dia sumbat mulut aku macam itu je!
" Abang buat mulut Rose ni macam tong sampah" Mulut dikemam menelan bubur itu. Terasa payau ditekak hendak menelan.
Arjuna tersengih sumbing.
" Aaaa "
" Taknak dah " Bantah aku.
" Last, semulut aje "
" Taknak "
" Sayang...rezeki ni tak baik. Aaaaa " Sudu dihala seperti jet sukhoi pula.
" Aaaaa nak ambik! " Rose menahan tangan Arjuna lalu dipusing masuk ke dalam mulut Arjuna. Terus cemberut wajah Arjuna.
" Tu kan dah habis " Aku tersengih. Arjuna menggeleng.
Arjuna menghidu sesuatu.
" Abang bau apa? " Soal aku.
" Kenapa ada bau bau busuk tak mandi eh? "
" Abang nak cakap Rose busuk la ni" Aku menikam anak matanya.
" Tahu pun! Dah pukul dua belas empat puluh ni. Tak reti nak mandi ke? " Kening dinaikkan.
Aku terus membawa tubuh aku menggeliat dan berbaring. Mandi? Huh, malaslah.
" Tak larat la. Esok esok jela " Balas aku mudah.
" Hey! Tak sanggup la abang nak bau kambing sampai esok"
" Kurang ajar panggil kita kambing " Aku menampar pehanya.
" Habistu macam mana? Nak abang ambil air dengan tuala kecil lap badan Rose? " Arjuna memberi cadangan.
" Ish! Rose bukannya lumpuh, abang! " Aku menjelingnya. Ingat kita ni lumpuh kemalangan ke.
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)