Hujung tangan aku menunjuk ayat ayat al quran sambil membacanya. Sejak sejak ini, aku dan Arjuna akan ada sesi mengaji bersama selepas magrib. Itu jikalau ada masa lapang, kami akan mengaji bersama.
" Sadaqallahulazim "
Selepas sesi mengaji, aku akan membaca terjemahan disebalik ayat ayat al quran untuk memahaminya.
Aku membaca terjemahan surah An-Nisaa.
" Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar " Surah An-Nisaa ayat yang ke 2 aku membaca.
Kepala aku berbaring di dada Arjuna sambil badannya menyandar pada katil.
Aku membaca lagi ayat yang ketiga.
" Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan... " Aku terhenti seketika. Cuba mentafsir ayat seterusnya.
Terdiam.
" dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat " Aku membaca ayat al Quran tersebut dengan perlahan. Tak mahu bagi Arjuna dengar.
Tiba tiba rasa triggered pula ya.
Arjuna yang berada di samping aku tersenyum sambil menatap wajah aku yang bersandar pada dada bidangnya.
" Rose, kehadiran Rose dalam hidup abang pun dah cukup sempurna. Tak perlu ada isteri 4 atau sampai berapa ratus sekalipun. Cinta abang untuk Rose hanya satu " Tangannya naik mengusap kepala aku yang bertelekung.
" Betul ke? " Bersahaja aku bertanya. Aku tahu, dia takkan menduakan aku. Lihat saja berapa tahun dia sanggup tunggu aku.
" Rose saja tak setanding dengan perempuan lain, sayang " Dia menatap wajah aku mendalam. Aku tersenyum dengan kata katanya.
" Dah tak ada lagi orang buru kita kan? " Soal aku.
Dia menggeleng senyum.
" Kita dah boleh hidup dengan tenang. Tiada siapa yang akan ganggu kita dah. RaZten pun dah tak ada. Yang lain semua dah kena tangkap" Ujar Arjuna.
" Uhuk! uhuk! " Tiba tiba saja Arjuna batuk. Dia menekup mulutnya.
" Abang? Abang okay tak? " Soal aku. Arjuna terus berlari masuk ke dalam bilik air dan menguncinya.
Aku menutup al Quran sebelum aku mengikutinya ke pintu bilik air.
" Abang? Okay tak? Buka la pintu ni" Aku mengetuk pintu tersebut.
Arjuna mencuci darah yang ada pada singki sebelum keluar dari bilik air semula.
" Abang kenapa? Abang okay tak ni? " Soal aku cemas bila Arjuna muncul di hadapan. Pucat saja wajah tu. Muka pun macam dah cengkung.
" Abang okay, cuma—rasa tak sedap badan sikit. Mungkin alahan daripada baby kot " Tipunya.
" Rose ingat apa la tadi. Ingat tersedak ke apa. Betul ke abang okay? "
" Betul, sayang " Dia tersenyum tipis.
Aku memaut lengan sasa Arjuna. Duduk bersama.
" Rose ada benda nak bagitahu "
" Apa dia? "
" Minggu depan majlis resepsi Syazlia dan Syed. Yala, diorang kan kata diorang akan buat majlis resepsi lepas misi selesai sebab nikah khitbah tu " Ujar aku.
" Haahlah. Semalam pun Syed baru bagitahu abang. Dia ajak kita jadi pengampit " Balas Arjuna semula.
" Kalau macamtu. Jomlah kita pergi "
" Boleh. Eh diorang tak buat tema merah berdarah macam majlis akad lagi kan? "
" Tak. Rose dah nak nasihat dekat diorang tu suruh buat warna tenang tenang sikit. Ini tema merah takut orang nak datang. Orang ingat majlis gangster minta hutang " Bidas aku.
⋅•⋅⋅•⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅∙∘☽༓☾∘∙•⋅⋅⋅•⋅⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)