☻Chapter 08

78 0 0
                                    

⋅•⋅⋅•⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅∙∘☽༓☾∘∙•⋅⋅⋅•⋅⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅

⋅•⋅⋅•⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅∙∘☽༓☾∘∙•⋅⋅⋅•⋅⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⋅•⋅⋅•⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅∙∘☽༓☾∘∙•⋅⋅⋅•⋅⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅

Malam pekat dengan angin beralun
menembusi tingkap bilik ku dibuka. Terasa berangin diseluruh bilikku. Aku ingin melelapkan mata tapi mata aku terasa terganggu. Aku tidak boleh untuk tidur.  Jam telah menunjukkan pukul 11:50 malam , Jumaat.

Aku bangun dan terus menapak ke tempat belajarku. Aku mengambil pil yang berada di dalam laci meja. Aku mengambil panadol. Ya , jika aku tidak boleh tidur aku akan mengambil panadol. Aku tau itu bahaya. Aku tidak selalu mengambilnya tetapi kadang ii aku pernah memakannya secara overdose. Masatu aku hilang kawalan. Selepas selesai memakan panadol , aku kembali menuju ke katil ku


HUJAN lebat membasahi muka bumi. Aku berdiri tanpa berbuat apa apa. Hanya diriku dibasahi hujan. Awan di langit mula menggelap. Sangat gelap. Aku berjalan di tengah jalan yang kosong tiada kenderaan mahupun orang lain.

Aku berada di tengah tengah jalan. Tiba ii aku mendengar bunyi bas yang rasanya ingin bergerak ke arah sini. Aku memandang susuk tubuh budak perempuan yang berambut separa bahu yang membelakangi ku tiba ii saja berada di tengah jalan sama seperti ku.

Aku memanggilnya berkali kali tapi tidak menjawap. Kemudiannya, bas semakin dekat kedengaran. Aku berlari ke arah budak itu. Aku berhadapan dengan budak itu sambil duduk bercangkung depannya. Semakin dekat bunyi bas , semakin cepat jantungku berdegup. Aku menarik tangan budak itu sebelum bas itu datang.

Tetapi budak itu enggan untuk beredar. Bas semakin dekat dan kedengaran bunyi hon berkali kali. Aku berasa seakan akan bas itu akan melanggar kami.

Aku mendengar ada orang berbisik dan memanggil nama ku berkali kali.  Aku memaling ke belakang dan aku terkebil kebil memandang susuk budak perempuan di belakang ku. Aku sedang pegang tangan siapa. Kemudiannya aku berpatah balik dan memandang perlahan lahan kembali . Ternyata ada seorang perempuan berambut panjangnya menutupi mukanya. Aku sedang memegang perempuan itu.

Aku terkejut lalu bas semakin dekat aku memaling ke arah bas lalu bas itu melanggar ku. Percikan darah merata rata. Aku terbaring di jalan. Sedikit demi sedikit susuk perempuan itu menjadi kabur.

" ASTAGFIRULLAHAL AZIM  " aku terbangun dari tidur dengan mengejut. Mimpi rupanya. Aku terjaga dari tidur dengan terkejut. Aku melihat telefon aku sudah pukul 2:15 pagi , Sabtu.

Tiba tiba telefon aku berdering. Siapa yang call aku ni. Siapa lagi kalau bukan Arjuna. Kenapa dia call pagi ii buta macamni. Aku menslide butang hijau.

"Hello? Kau nak apa? "

"Waalaikummussalam , amboi salam apa takda. Kasar betul " Arjuna membalas nada perlian.

" Kau nak apa call aku malam buta macam ni  " balas aku "

"Lewat ke ? " Arjuna bertanya. Dia mengerling jam tangan nya yang menunjukkan pukul 2 20 pagi. Okey takdak la lewat sangat.

"Eh kau tak tengok jam ke dah pukul berapa ? " Aku menahan geram. 

" Sabar sabar jangan marah " Arjuna gelak kecil di talian.

"Aku tahu kau tak boleh tidur sebab itu aku call kau "

Ishh macam tau tau je aku tak boleh tidur. Sibuk sangat kenapa !
"Kau nak apa ni " Aku balas.

"Saja nak dengar suara dari seseorang , dah lama aku tak dengar suara kau " Mula dah mulut nya  berkata kata.

" Rose " Arjuna memanggilnya lembut

"Hm "

"Boleh aku ramal ? "

"Apa ? "

"Aku ramal suatu hari nanti kau akan jadi isteri yang terindah buat aku "

Lagenda Budak Kasmaran Where stories live. Discover now