Guruh mula menghasilkan bunyi. Disaat ini, Arjuna dihimpit dengan rasa bersalah yang sangat besar. Kenapa ia tak jadi seperti yang dirancang. Mungkin kelakuannya terlalu teruk terhadap Rose? Atau mungkin sebab dirinya tak layak? Adakah memang patut mereka berpisah?
Adakah benar Rose tidak mampu terima dirinya?
Hampir seluruh kawasan dia mencari keberadaan Rose tapi tidak jumpa. Keretanya dipandu ke hulu ke hilir mencari Rose.
Ya Allah. Mana kau ni Rose!
Dadanya mula berombak apabila melihat langit yang bertukar menjadi gelap. Berkali kali dia menelefon Rose tapi seperti telefon bimbitnya dimatikan.
Awan awan hitam mula berarak arakan. Melihat langit yang gelap bersama titisan hujan itu, tiba tiba ada satu menjamah difikirannya. Pantas tangannya memusingkan stereng dan membuat pusingan. Minyak pedal ditekan.
Keretanya diberhentikan di hadapan bangunan konkrit yang lama. Tempat pertemuan di mana dia menyelamatkan Rose dari membunuh diri. Saat saja dia keluar dari kereta, tubuhnya basah dibasahi hujan. Arjuna mula berlari naik tangga bangunan tersebut.
Guruh mula berdentum detam.
Kakinya mula naik ditingkat paling atas. Arjuna melihat susuk seorang perempuan yang berada rapat dihujung tembok — meletakkan tangannya di dinding tembok seperti bersandar lengannya sambil melihat pemandangan atas.Dia tidak bunuh diri cuma dia hanya berdiri sahaja. Kali terakhir dia berjumpa Rose disini dalam keadaan Rose berdiri di atas tembok. Dirinya berdoa agar Rose tidak berfikiran untuk ke arah itu.
Hujan mula turun lebat.
" Rose " Arjuna memanggilnya lembut. Berjalan mendekatinya.
Rose menoleh ke arahnya. Pandangan kosong diberikan namun hidungnya memerah. Mungkin dia nangis.
Dan kini,
Dua manusia yang telah dihalang oleh masa, kini muncul semula sebagai kebenaran. Kebenaran yang memerlukan masa, walaupun masa yang ditunggu terlalu lama untuk kebenaran yang pahit.
Dia dan aku, sempurna antara satu sama lain, ingin bersama sehingga semesta berhenti berputar. Tapi apakah nasib, semesta menghalangi mereka berdua disaat bumi masih berputar.
Dan kini,
Semesta memberi peluang mempertemukan mereka dengan menghadiahkan fenomena hujan yang sama, tempat, masa yang sama.
Dulu hujan dalam keadaan duka, kini dalam keadaan bahagia.
" Did you have to wait at me for that long ? " Kataku.
" I will always be waiting for you. Always. Walaupun 5 tahun lagi akan datang " Jawab Arjuna.
" Maaf " Ucapku sambil meletakkan kepala ku ke dada bidang Arjuna.
" Maaf sebab buat awak lama tunggu saya " Sambung aku lagi.
Arjuna mengangkat tangan memeluk tubuhnya dengan erat. Kepala diletak dijinjang leher ku.
Sudah lama dia ingin rasakan momen ini. Di mana isterinya kembali ke pangkuannya." Lama saya tunggu awak " Terasa bahu Arjuna terhenjut henjut. Dan ketika itu aku melihat Arjuna mengalirkan air mata. Aku tahu penantian dan kesetiannya yang sangat lama untuk menunggu ku pulang.
" Lama sangat sangat " Air matanya turun dengan laju. Hidung sudah bertukar merah.
Ya Allah, inikah rupa Arjuna disebalik wajah dinginnya?
" Saya ingat saya dah tak jumpa awak dah " Wajahnya yang berair memandangku.
" Tak— saya janji saya takkan tinggalkan awak dah. Sudahlah , saya ada kat sini kan " Tangan aku naik mengesat air matanya.
" Saya takut. Saya takut awak nak berpisah dengan saya. Saya faham awak tak ada perasaan dekat saya. Kalau awak betul betul nak berpisah, saya takkan halang— "
" No! Saya takkan berpisah dengan awak. Cukuplah saya menderita sebab koma, janganlah buat saya rasa taknak hidup lagi" Aku mencela percakapannya.
" Terima kasih sebab awak dah buktikan cinta dan keikhlasan awak kepada saya " Sambung aku lagi memandang wajahnya.
" Subhanallah... " Ujarnya dengan perasaan lega sebelum sambung memeluk tubuh lagi sekali.
" I love you, Rose— enough to fight for you, compromise for you, and sacrifice myself for you if need be. Enough to miss you incredibly when we're apart, no matter what length of time it is for and regardless of the long distance. Enough to believe in our relationship, to stand by it through the worst of times, to have faith in our strength as a couple, and to never give up on us. Enough to spend the rest of my life with you, be there for you when you need, or want me, and never ever want to leave you, or to live without you. I love you this much " Arjuna melabuhkan ciuman di dahi ku.
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)