☻Chapter 03

73 0 0
                                    

Loceng pun telah berbunyi menandakan waktu sekolah telah habis.

" Korang nak tak lepasni kita pergi makan dekat restaurant Arjuna kawan baru kita!! " kata Bad sambil memeluk bahu Arjuna.

Semua di dalam kelas itu bersorak kegembiraan tanda setuju kecuali Han yang berada di dalam dunianya sendiri. Han sedang mendengar lagu sambil berpandang ke luar tingkap.

" Han kau nak ikut kitorang tak ? " Bad bertanya kepada Han. Actually aku pernah cakap semua orang tak suka dekat dengan Han . Tapi Bad ni dia lain , dia berkawan dengan semua orang dan friendly.

Tiba ii seorang budak perempuan classmate yang bernama Jasmine berbisik.

" Tak payah la ajak dia. Aku takut la dengan dia. Sudahlah bercakap seorang diri " kata Jasmine dengan ketakutan apabila Han memandangnya. Arjuna hanya diam memandang Han.

" Ishh kau ni tak baiklah . Nak takut buat apa takut, dia bukan makan orang. Ajak saja lah, dia tu mana ada kawan " Bad membalas kepada perempuan itu. Kemudian Jasmine itu mengeluh.

" Han sinilaa join kitaorang " Kata Bad.

"Tak apalah korang je la yang pergi" Han menolak pelawaannya.

" Han sinila join dengan kitorang , kita sekelas je "Kemudian kawan Bad iaitu Sam berkata.

" Haa betul tu" Bad memyambung.

                                  ____ ☻____

Mereka telah tiba di restaurant kecil milik ibu Arjuna. Mereka dijamu dengan ramah sekali oleh ibu Arjuna yang bernama Suraya. Pelbagai makanan yang ada seperti bihun sup , maagi "ramen" , ayam berempah.

"Makanlah semua ni yaa , harini makcik belanja " kata ibu Arjuna dengan ramah sekali.

"Eh makcik takpelah kitorang bayar . Takkan la makan dekat kedai orang free " kata Sam.

" Ishh kau ni , dah orang kata nak belanja biarla , jangan la nak menolak rezeki" kata Bad sambil memakan ayam goreng .

Sam menjengil mata kepada Bad.

" Eh takpe harini makcik belanja , nanti lain kali datang baru bayar , harini special " Makcik Suraya membalas .

" Baik makcik " semua orang berkata.

Han sedang kusyuk dan diam sambil makan masakan ibu Arjuna. Mata Makcik Suraya tertangkap sosok seorang yang melindung mukanya di bawah hoodie. Makcik Suraya menegur Han yang berada dibawah hoodie seperti ingin menyorokkan wajahnya .

" Anak ni nama siapa ? " Makcik Suraya bertanya kepada Han.

Han terkejut dan dia memandang ibu Arjuna. Dia menunjuk jarinya kepada diri sendiri . Dia ingin tahu adakah Makcik Suraya sedang bercakap dengannya. Makcik Suraya mengangguk dengan kelakuan Han.

"Nama saya H- Han , Haniz Rose Aisyah ". katanya dengan jantung bagaikan luruh. Dia berasa gementar. Arjuna memandang wajah Han . Kali pertama dia mendengar nama panjang perempuan itu.

" Sedap nama tu, makcik nak panggil nama kamu apa? " kata ibu Arjuna.

Wanita itu sangat ramah menegur orang. Tiba tiba seorang budak lelaki kelasnya mencelah.

" Makcik panggil je dia Han , dia tak suka orang panggil nama penuhnya "

Han menundukkan kepalanya tanda segan.

" Kenapa macamtu ? " Makcik Suraya bertanya. Lelaki itu mengangkat bahu tanda tidak tahu.

" kalau makcik nak panggil kamu Haniz boleh? Makcik suka nama Haniz tu " Makcik Suraya senyum kepada Han.

"B-boleh makcik " kata Han.  Makcik Suraya mengusap kepala Han seperti tanda ibu yang berbangga dengan anaknya .

Han teruja. Selama dia  tinggal dengan ibu bapanya , mereka tidak pernah sekali pun membelai kepalanya .

Untung kau Arjuna dapat ibu yang baik.

                                      ____ ☻____

Setelah makan , mereka sekelas mengucap terima kasih kepada ibu Arjuna kerana menjamah mereka dengan baik sekali.

"Terima kasih makcik dah memjamah kami makan tadi , nanti ada rezeki kami datang lagi " kata Bad.

" Kami balik dulu ya, makcik! " Laung mereka beramai ramai . 

Makcik Suraya pergi ke belakang dapur untuk membersihkan pinggan .

" Arjuna , ibu nak pergi dapur basuh pinggan. Kamu tolong lap dan kemas meja ya ".

" Baik ibu "

Makcik Suraya pergi ke dapur dan dia terperanjat kerana Han yang masih belum balik . Han sedang membasuh pinggan ii yang kotor.

" Haniz buat apa ni !! Ya Allah tak payah susah ii tolong basuh pinggan semua " katanya separuh menjerit.

"Takpa la makcik . Han tengok pinggan bergunung ni saja la Han tolong basuh " kata Han dengan selamba.

" Tak payah la susah susah Haniz , ni kerja makcik " Kata ibu Arjuna sambil ingin mengambil pinggan di singki.

Han menghalang makcik Suraya " Takpa makcik , makcik rehat je. Han dah biasa buat semua ni. Makcik rehat ya" .

"Haih baik betul kamu ni Haniz, kalau macamtu makcik pergi depan dulu ya " katanya. Haniz tersenyum. Tinggallah Han seorang di dapur sedang membasuh pinggan.

" Asal kau basuh pinggan pulak ni , kau tak balik ke ? " Arjuna muncul tanpa salam.

Han hampir saja ingin memecahkan pinggan itu akibat terperanjat.

" ISH KAU NI MEMANG TAK BOLEH CAKAP ELOK ELOK KE , SUKA TERJAH ORANG MACAMTU " Marahnya.

"Suka hati aku lah , yang kau tak balik lagi kenapa ? " kata Arjuna.

"Kau tak nampak ke aku tengah basuh pinggan " Bidas Han semula.

" Yang kau sibuk nak basuh pinggan kenapa ha, nak dapat pujian dari mak aku " Arjuna menuduh melulu.

"Sukahati aku la " balas Han.

Arjuna mengambil tempat singki disebelah Han untuk membasuh pinggan. Arjuna mengusiknya dengan memercikkan air paip kepada Han.

" APA MASALAH KAU HAH ? " Han mengamuk.

"Apasal kau ni gila jerit tetiba " kata Arjuna mengacah tidak tahu apa apa. Han memercikkan air semula kepada Arjuna.

"WOI AKU BUAT SIKIT JE , YANG KAU LEBIH ASAL " Tempik Arjuna sambil membalas perbuatan Han.

Han memercikkan air kepada Arjuna tapi kalini pakai air sabun.

" Argh pedih pedih! " Arjuna meraung sambil menggosok kepedihan dimatanya.

" Weh kau okey tak !!? Mampus aku kalau mak kau tahu ni " Han gelabah.

"Kau la ni , buta mata aku " balas Arjuna sambil mentonyoh matanya.

Han segera mengambil  kain bersih . Arjuna tersenyum nakal, dia mengisi air paip di dalam cawan. Setelah Han kembali dengan kain bersin dan mendekati Arjuna.

Tiba tiba Arjuna mencurahkan cawan yang berisi air tadi ke muka Han . Muka Han basah kerana dicurah begitu. Dia berasa naik angin. Arjuna ketawa

" Padan muka kau HAHAHHAHA . Seri eh , kau satu aku satu "

"BANYAK LA KAU PUNYA SERI !! " Han mengisi air di dalam mangkuk.

" Weh tak aci la! Aku buat sikit je tau takyah lebih lebih" . kata Arjuna ketakutan. Arjuna pun basah lencun akibat perbuatan Han. Padan muka kau !!

Tiba tiba makcik Suraya muncul

" Astagfirullahala'zim kenapa basah lencun ni"

Han mencelah " Arjuna ni makcik , dia curah air dekat Han "

Makcik Suraya membalas " Haih kamu ni Arjuna tak sah kalau tak kacau orang "

Han tersenyum senget tanda kemenangan. 

"m- mana ada ummi , Arjuna tak buat pu- "

" diam. Pergi ambik kain lap! " Lalu ummi memotong percakapannya. Han menayang jari  thumbs up  tanda mengejek. Arjuna menjeling ke arah nya.

———————————

Luna's notes:

Kenapa selalu anak yang meminta maaf sama orang tua, kenapa tidak orang tua yang mula meminta maaf sama anaknya?

Mereka berpura pura mereka tiada menyakiti hati anak mereka

Mereka berpura pura mereka tiada menyakiti hati anak mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

{ arjuna }

{ arjuna }

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

{ Han }

Lagenda Budak Kasmaran Where stories live. Discover now