☻Chapter 42

25 0 0
                                    

Bot melalui di laluan air untuk ke sempadan siam. Tiba saja di sempadan, sudah ada polis siam yang bersiap siaga dengan senjata. Polis siam itu mengepung mereka.

" khun khux khrai? (Who are you?) " Polis siam itu mengacukan senapang ke arah mereka.

Arjuna menunjukkan kad unit anggotanya. Polis siam itu menurunkan senapang itu.

" Ma (mari) " Mereka menjemput dan membenarkan mereka merentasi ke sempadan.

" Khob khun (Terima kasih) " Ucap Syed.

THAILAND.

Syazlia dan Syed berjalan di sekitar pasar market untuk menjejaki musuh. Manakala Arjuna, hanya seorang diri berpecah untuk mencari Rose. Luckie, Raqib, Aatiq menawarkan diri untuk membantu Arjuna—tetapi disebabkan keras kepalanya yang ingin bertindak seorang diri.

" Ada apa apa yang curiga? " Arjuna menekan butang corset pada telinganya sambil tangan membelek barangan di pasar siam itu.

" Belum, Master " Balas Syed sambil mata meliar sekeliling. Syazlia berjalan ke arah tempat jual barangan kraf tangan. Tiba tiba dia ternampak seorang lelaki asing yang dia mengecam bersama Syifa tempoh hari. Syazlia berjalan mengikuti lelaki tersebut.

" Weh weh kau nak pergi mana!? " Panggil Syed namum Syazlia mengendahkannya. Syazlia melihat lelaki siam asing itu menuju ke meja makan di tepi laut. Dia berjumpa dengan seseorang seperti pelanggan. Pelanggan itu membuka beg hitam yang berisi duit, manakala lelaki asing itu menghulurkan beg paket yang berisi pepejal dadah.

" target locked " Kata Syazlia sambil mata helangnya mengekori tingkah laku lelaki asing itu.

Arjuna berjalan mencari lelaki asing itu setelah mendapat maklumat wajah daripada Syazlia. Lelaki asing itu telah selesai urusan lalu dia beredar. Arjuna yang berada di belakangnya pantas mengekorinya. Lelaki asing itu berhenti tiba tiba lalu pandangan ditoleh ke belakang. Dengan pantas Arjuna berpura pura bersembunyi dan membelek barang.

" Aku rasa dia syak aku " Bisik Arjuna berhati hati pada corset di telinganya.

" don't worry bos, saya dah letak tracking pada kereta penerima krokodil dan kereta musuh itu juga. Saya dapat maklumat penerima krokodil itu akan pergi ambil krokodil dengan musuh" Raqib meletakkan alat tracking lokasi pada bawah kereta tersebut.

Makin lama pergerakan lelaki asing itu semakin laju. Arjuna semakin mengekorinya lagi. Tiba tiba lelaki itu berlari dengan laju. Dia sudah tahu Arjuna mengikutinya. Arjuna berdecit lalu mengejar lelaki itu.

" Dia larikan diri " Inform Arjuna. Tiba tiba saja, Arjuna terlepas pandang. Lelaki asing itu menghilangkan diri.

Muncul enam orang lelaki siam yang membawa kayu berdiri di hadapan Arjuna. Syed dan Syazlia muncul di sebelah Arjuna.

" tiga lawan enam? Not bad " Seru Syed.

Baru sahaja seorang lelaki siam itu ingin memukul Arjuna, dia terlebih dahulu memberi tendangan pada kepala lelaki siam itu. Mereka bertiga berlawan dengan sekumpulan lelaki siam itu bertubi tubi.

Syed menahan lengan penjahat itu, lalu dia menyiku pada rusuk tangan lelaki itu sebelum dia mengangkat tubuh lelaki itu jatuh ke belakang sehingga bunyi hentakan. Penjahat yang lain muncul untuk memukul kayu itu ke kepalanya, dengan tindakan yang pantas—Syed menahan kayu itu lalu menghentak kayu itu ke kepala penjahat tersebut.

Syazlia mengelakkan diri ke kiri dan kanan bila dia terpaksa berlawan dua orang serentak. Lengannya bersatu melindungi wajahnya daripada dipukul oleh hentakan kayu itu. Syazlia meluruskan kaki sebelum memberi tendangan side kick secara berselang seli ke arah bahagian abdomen mereka.

" Ark! " Desis dua lelaki itu. Apabila Syazlia melihat dua lelaki siam itu ingin bertindak, tangan Syazlia merampas bekas berisi rempah cili yang dijual di pasar itu sebelum membaling ke arah mereka.

" ee hee-ah! ( bitch) " Carut salah seorang mereka.

Arjuna pula memberi tumbukan gaya penumbuk belakang kepada salah seorang pihak lawan. Teknik taekwando yang diharamkan. Pukulan ini dipanggil pukulan kalah mati kerana pukulan ini adalah penumbuk yang dihayunkan ke muka pihak lawan dengan bahagian belakang tangan yang dipanggil buku jari. Selepas itu, dia menyiku pada kepala lelaki itu.

Arjuna merampas tangga lipat salah seorang penjual barang di pasar itu. Dia memusing ke depan supaya terhentak pada pihak lawan yang pertama.

Pak!

Arjuna memusing ke belakang sehingga tangga lipat itu terkena pada pihak lawan yang kedua.

Pak!

Enam orang telah terkulai di tanah.

Suspek lelaki siam yang menghilang tadi terkejut melihat anak buahnya sudah lunyai di tanah. Arjuna yang perasan kemunculan lelaki siam yang dikejar tadi pantas mengejarnya semula.

Lagenda Budak Kasmaran Where stories live. Discover now