☻Chapter 30

56 0 0
                                    

Aku melihat susuk tubuh tenggelam di dalam kolam. Susuk tubuh yang tergapai gapai untuk hirup oksigen. Namun keadaan bagaikan kabur dan tidak jelas, tapi yang pasti aku melihat diriku sendiri sedang menyelamatkan jejaka tersebut daripada tenggelam.

Aku melihat diri ku sendiri memarahi jejaka itu, seperti aku bakal kehilangan jejaka tersebut. Aku bergaduh dengannya.

Tapi, siapakah lelaki itu?

AKU terjaga dari tidur akibat mimpi tersebut. Pertama sekali, kenapa semuanya asing. Aku dimana. Aku meraba raba katil, aku mencelikkan mata. Melihat dinding siling yang bertemakan royal. Aku melihat sekeliling, nampak macam rumah orang kaya. Aku dekat mana ni?

" ARGHHHH!!" Aku menjerit dan bangun melihat sekeliling.

" Ini bukan bilik aku!" Kenapa sekeliling nampak lain. Aku dah sampai Malaysia ke. Kali terakhir aku ingat, aku gaduh dengan Arjuna dan..

Enough! Rasa nak cekik diri sendiri bila ingat kejadian tu.

" Princess, are you okay?" Gerangan Luckie muncul dari arah pintu.

" Saya dekat mana ni! Hantar saya balik sekarang!" Cemuh Rose.

" Calm down, princess. You're safe now" katanya.

" Awak dah okay?" Ada suara dingin lain yang menjamah datang ke arahku.

Dia! Meluat aku tengok muka dia tapi pada yang sama aku ragu ragu dengan dia. Bila dia datang mendekat aku mulalah tantrum.

" Jangan dekat! Stay away! " Tangan aku meraba raba almari di tepi kepala katil untuk jadikan sebagai penyelamat. Entahlah tiba tiba rasa tak selamat dengan dia ni!

Mata aku terbeliak. Pistol?! Aku tak fikir panjang tangan aku terketar memegang pistol itu dihala ke arahnya.

" Stay away for me! Awak ingat lepas apa yang awak dah buat, saya akan percaya dan ikut cakap awak lagi! " Wajah aku memandang wajahnya yang dingin seperti tidak kisah dengan pistol yang dihala ke arahnya.

Luckie yang di sebelah pun sudah memandang aku dan Arjuna silih berganti. Rasa debar tiba tiba.

Arjuna malah tidak terkesan dengan kata kata aku dan pistol tersebut, malah dia bergerak semakin mendekati katil. Tangannya merampas pistol dari peganganku.

Kini, giliran Arjuna pula menghalakan pistol ke arah aku. Terus rasa berdesup naik darah aku.

Hah tula kau! Tadi bukan main berani sangat. Kau ni Haniz suka betul lah lawan dia ni! Kecut terus air muka.

" A-awak n-nak tembak saya? Tembak la kalau berani. Memang lepas ni tak ada pekerja yang rajin dah yang akan bekerja dengan awak! " Tengah gagap masih lagi nak angkat bakul naik sendiri.

klik! Picu pistol ditarik olehnya. Tiada dengar bunyi. Tiada tembakan. Tiada peluru yang keluar.

Aku mendengar Arjuna ketawa sinis seakan akan mengejekku. Pistol itu dilempar semula pada katil yang aku duduk.

" Awak fikir saya akan biarkan pistol berpeluru letak di merata rata tempat ke? " Ujarnya.

Dia mempermainkan aku rupanya! Mana ada peluru pun! Cis! Dia ni ketua gangster ke apa siap ada pistol ni.

" Awak buat apa dekat saya?! Saya dekat mana?" Dingin aku pandang mukanya.

" You're at my Villa. We're still in Paris" balasnya.

Villa? Dia ada villa besar macam ni dekat Paris? Berapa level kaya dia ni. Entah apa lagi yang aku belum tahu pasal dia.

Shoot! Aku bukan nak cakap pasal berapa kaya keturunan dia. Tapi sekarang ni pasal kejadian tu.

Dia tak ingat ke apa yang dia buat dekat aku. Dia tak rasa bersalah ke. Kenapa macam tak malu. Aku nak balik Malaysia. Tak mahu lihat muka dia.

" Encik Rayden, saya dah check..." Terhenti percakapan Aatiq apabila melihat Rose yang telah sedar dari tidur. Diikuti pula dengan Raqib yang ada di sebelah adiknya.

Dua kembar ini terkejut, malah wajah Rose sudah pandang tajam ke arah mereka dua, seolah olah memberi pandangan ' better kau explain sekarang'

" Leave us. Just Rose and me " Kata Arjuna. Pandangan tidak berkalih kepada Rose.

Luckie, Raqib dan Aatiq keluar dari bilik meninggalkan mereka.

Arjuna tidak berhenti memandangku. Aku yang duduk atas katil sedaya upaya bersediakan diri . Ini kalau dia buat apa apa, tak kena gaya memang kena dia dengan sidekick aku!

Dia ni tak habis habis pandang aku. Nak apa siak!? Yang aku hairan, macam mana pula aku tak berani nak hadap dia. Masa kejadian tu bukan main aku maki dia.

" I'm sorry —for what happened between us" Arjuna mula bersuara. Aku hanya diam.

" Everything I did— was not wrong"

Lagenda Budak Kasmaran Where stories live. Discover now