☻Chapter 43

9 0 0
                                    

KAKINYA berjalan menapak lalu membuka pintu yang mengurung Rose di dalamnya. Lelaki yang berbadan tegap itu tersenyum sinis memandang Rose.

" Poor Rayden. You just waste my time to make you beg for me. Now, I'll make sure she's mine forever. Thanks to Razten too by the way " Tangan mengelus wajah Rose.

Cassian sudah lama menginginkan Rose dari zaman universiti. Disebabkan Arjuna, dendamnya makin bertambah apabila mendapat tahu Rose sudah berkahwin dengan Arjuna.

" I thought if I planned your accident, i can take you with me and leave that fucking man. My plan was completely perfect if that bastard won't bring you early for treatment in Malaysia" Cassian menatap wajah Rose.

" You're in coma and i will shut down your memory and live with me together. But my plan was ruined because of him. Finally, I own you now " Dia memandang nakal ke arah Rose yang tidak sedarkan diri.

" Boss, RaZten wants to see you " Anak buahnya datang menghampirinya.

" See you later, love " Cassian memandang Rose kali terakhir sebelum berjalan keluar pergi berjumpa di tuannya, Razten.

" Yes, RaZten. What do you want? " Cassian menjawab malas dengan lelaki separuh abad di hadapannya ini yang sedang gah minum secawan kopi.

" We'll change our plan. We have to make Rayden face me in a force way. I will make him unable to choose between two options " Suara dingin lelaki separuh abad itu kedengaran kejam.

" How? " Ujar Cassian.

" We are going on cruise tonight "

***

Rose mencelik matanya perlahan lahan apabila di bilik hanya tinggalnya seorang. Ya, aku berpura pura pengsan. Jadi, Cassian la puncanya. Ish! Sepatutnya dari dulu aku ikut cakap Arjuna untuk bersangka buruk dengan Cassian tu!

Aku dekat mana ni? Kurung aku dalam bilik mewah pula tu. Namun aku pasti, aku masih lagi berada di Thailand. Tapi kenapa banyak orang putih je tadi.

Tiba tiba aku perasan rantai di leher aku. Rantai ni! Kenapa aku tak perasan daripada mula. Location tracking! Arjuna design rantai ni untuk aku. Tapi macam mana aku nak tekan kalau kedua tangan aku kena ikat.

" Sial lah! " Aku menyumpah seranah. Dah macam anjing terkial kial aku ingin mencapai rantai di leher aku tanpa tangan. Aku merangkak ke bucu katil kerana kaki aku juga telah diikat. Aku pergi ke tombol katil lalu cuba untuk mengkalungkan rantai tanpa bantuan tangan di tombol kayu katil itu. Loket yang terjuntai pada tombol kayu itu aku gigit untuk menekan butang pada loketnya.

Yes! Berjaya! Aku terus mengeluarkan rantai itu dengan menggerakkan sedikit badanku. Kemudian, aku merangkak dan duduk di tempatku semula di lantai.

Pintu bilik terbuka dengan tiba tiba oleh seseorang. Seorang perempuan itu datang dengan membawa dulang makanan. Tubuh perempuan itu tinggi dan langsing dengan dress hitam itu. Cantik. Aku memandangnya aneh. Namun, wajahnya seakan akan familiar. Macam pernah tengok tapi tak ingat dekat mana.

" Nah, saya bawa makanan untuk awak " Suara perempuan itu kedengaran ramah. Dia melutut dihadapan aku dengan menghulurkan dulang.

Aku dah ingat! Aku mengecam wajahnya. Perempuan ni yang pernah peluk Arjuna tu! Kejap! Jadi, kakak dia! Dia terlibat sama ke?

" Saya tahu awak mesti berasa sangsi dengan saya, tapi saya tak sanggup tengok ibu mengandung kebuluran " Belum sempat aku ingat berkata, dia sudah mencela.

Dia tahu aku mengandung.

" Tapi kenapa? " Wajah aku agak kecewa bila memandangnya. Namun siapa aku nak mempertikaikannya.

" Saya pasti Arjuna akan selamatkan awak " Hwang Ju Kyeong memandang sayu kepada aku. Dialah kakak kepada Arjuna yang tinggalkannya itu.

" Tolong jangan beritahu mereka yang saya mengandung. Saya takut kalau mereka tahu, mereka akan membahayakan nyawa kandungan ni " Aku merayu kepada Ju Kyeong.

" I won't. I promise " Ju Kyeong tersenyum sayu.

Jam telah menunjukkan tanda hampir nak senja. Aku duduk termenung. Aku teringat sewaktu di pulau. Apabila aku melihat muka Arjuna yang sedih dan serabut apabila melihat aku dibawa lari. Aku tahu dia pasti salahkan dirinya sendiri sekarang ini.

" Rose tak pernah salahkan abang. Abang tolong jangan kecewa dengan diri sendiri " Gumam aku perlahan. Air mata pun sudah kering masa menangis tadi.

Pintu di buka kasar. Aku terkejut beberapa orang seperti bodyguard datang menarik aku.

" Bring her " Seorang berbangsa itali yang berwajah tajam bernama Venom itu datang. Pakaiannya lebih nampak gah dari bodyguard yang lain. Gayanya seperti Cassian, mungkin orang kanan kepada ketuanya juga seperti Cassian.

Lagenda Budak Kasmaran Where stories live. Discover now