Pintu diketuk.
" Masuk " Ujar Arjuna yang berada di dalam bilik office.
" Encik Rayden, ini ada orang bagi " Pekerja perempuan itu masuk sambil memegang kotak.
" Siapa bagi? "
" Tak tahulah. Dia pesan suruh bagi ni kepada Encik Rayden "
Arjuna mengerutkan dahi. Lambat laun dia pun mengambil kotak itu.
" Saya minta diri dulu " Pekerja wanita itu keluar.
Arjuna meneliti kotak tersebut dengan berhati hati. Tiada yang curiga. Dia membuka penutup kotak itu. Tergamam!
Kotak itu berisi kepala ayam yang berlumuran darah. Di dalam kotak itu berisi dengan kepingan gambar Rose ditangkap yang sedang berada di Cafe. Gambar yang terkoyak ditoreh dengan pisau bersamanya. Dia memgambil satu kertas nota.
" Rose... " Arjuna menyelak gambar gambar isterinya yang berada di cafe.
Se non vuoi che faccia casino con questa ragazza, restituiscimi le patatine! ( kalau kau tak mahu aku usik perempuan ini, pulangkan balik cip itu! ) - RaZten
" Connard (asshole! )" Arjuna menghentak mejanya. Rasa marahnya membuak buak. Kenapa musuh perlu usik bininya? Rambut diraup ke belakang. Arjuna pantas bangun dari tempat duduknya ingin beredar.
KRING KRING!
Kedengaran bunyi telefon berdering. Dia memusingkan kembali badannya. Telefon diangkat.
" Hai Encik Rayden! " Suara garau dari lelaki asing.
" Who's there? " Lelaki itu ketawa sinis dengan pertanyaan Arjuna.
" Tak payah nak cakap orang putih dengan aku! Nama aku Boribun " Lelaki itu berbunyi pelat siam apabila bercakap.
" Kau nak apa? " Dingin suara Arjuna.
" Hang dah dapat hadiah spesial dari aku? Hahaha cantik juga bini hang. Agaknya hang marah tak kalau kacau sikit bini hang " Suara yang menjengkelkan keluar dari Boribun.
" Eh!! Kau dengar sini! Kalau kau sentuh isteri aku—mati kau, aku kerjakan! " Tengking Arjuna.
" Rilaks la encik Rayden. Benda simple, hang bagi cip yang RaZten minta tu, aku pulangkan isteri hang balik " Balas Boribun.
" Cip apa? Aku tak pernah kacau la barang RaZten. Celaka tu yang tak berhenti henti kacau hidup aku " Keras suara Arjuna di telefon.
" Terpulang pada hang. Aku cakap benda mudah, pulangkan cip tu. Hang jangan ingat aku tak berani buat benda yang tak dapat dijangka. Kalau aku letupkan cafe tu apa jadi? Bini hang pula ada dalam Cafe tu. " Suara sinis dari Boribun.
" Jangan kacau bini aku lah! Kau jangan berani buat gila! Orang awam ada dekat cafe tu. Kau dah gila ke apa!? Kau nak libatkan semua sekali. " Arjuna berlari menuju ke pintu lift.
" Aku peduli apa! Sekarang ni bagi balik cip tu!"
" Tak ada dekat aku lah!! Aku tak tahu cip tu kat mana! "
" Aku kira sampai tiga. Kalau hang tak bagitahu cip tu dekat mana—Aku akan letupkan semua yang ada dalam Cafe hang, termasuk perempuan tu" Balasnya.
" Satu! "
" Tolong aku merayu jangan! " Arjuna berlari keluar dari lift. Nafasnya tercungap cungap keluar dari bangunan office nya.
" Dua! "
Arjuna berlari dan sedang menuju di hadapan pintu Cafe.
" Tiga! "
BOOM!
Belum sempat Arjuna ingin masuk ke dalam Cafe, ledakan bom telah meletup dan Arjuna terhempas ke belakang. Kawasan dinding Cafe disekeliling dijilat api. Arjuna tidak berfikir panjang, dia terus melompat masuk ke dalam cafe. Orang pertama dia mencari adalah Rose.
Tak, dia tak boleh kehilangan Rose buat kali kedua!
Dia menutup hidungnya daripada asap masuk kerongga—mencari Rose. Keadaan menggambarkan beberapa orang menjadi mangsa letupan bom tersebut. Ada sesetengah yang tidak sedarkan diri, dan baki masih lagi yang hidup.
" Uhuk uhuk! " Aatiq yang sedang melutut dan melindungi disebalik kaunter. Dia sempat menyelamatkan diri. Arjuna terus pergi ke arahnya.
" Aatiq, mana Rose!? " Tanya Arjuna dengan soalan yang cemas.
" Dia tak ada kat sini"
" Dia pergi mana? "
" Tadi kak Haniz keluar sekejap pergi beli barang keperluan. Sampai sekarang dia tak balik lagi. Uhuk! Uhuk! " Balas Aatiq terbatuk batuk.
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)