Aku bersujud pada sejadah pada sepertiga malam. Beratnya rasa segala rasa campur baur ini. Salam terakhir dan aku menadahkan tangan.
" Ya Allah, kepadaMu aku meminta dan kepadaMu aku sujud. Saat ini ya Allah, aku kembali kepadaMu. MenyayangiMu. MerinduiMu. Ampuni aku Ya Allah, dengan semua khilaf kerana melupakan diri pada saat bahagia sehingga kau tiupkan rasa duka ini. Pinjamkan aku sedikit kekuatan dan jiwa untuk menghadapinya.
Ampunilah aku kerana aku telah mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorang suami. Berjauhan dengan isteri aku selama bertahun tahun dengan isteriku yang berperang dengan koma. Ya Allah, bantulah aku untuk menghadapi dugaan yang seterusnya bakal berlaku. Pulihkan ingatan isteri aku Ya Allah. Ampunkan dosa dosa nya selama dia masih dalam keadaan hilang ingatan.
Aamin ya rabbal alamin " telapak tangan diraut di muka. Air mata yang menitis diseka. Aku tak boleh berputus asa sama juga aku berpesan kepada Rose.
Ya, aku kena berusaha pulihkan ingatan dia.
HARINI hari pertama aku masuk kolej selepas berapa tahun berperang dengan koma selama 5 tahun. Tapi sekarang dah hampir nak masuk tahun baru. Harini aku berpijak di bumi, langitMu yang aku junjung dan udaraMu aku hela... Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk hidup.
Mulakan hidup baru dengan otak yang tak berapa center. Hidup dengan separuh memori yang hilang entah kemana. Aku kena masuk sem balik pada umur 25. Ummi cakap aku dah pernah sambung belajar buat degree cuma tak habis semester, kiranya aku ni fast track la sebab aku tak ambil diploma. Cuma kalini aku perlu ulang balik. Jadi aku hanya kena teruskan pada degree. (palatau)
Aku menyikat rambut perang aku yang separa bahu lalu aku ikat kecil ponytail rambut ala ala macam rambut hyunjin stray kids. Aku merapikan bangs aku di dahi. Aku mengenakan blouse putih dan seluar jeans biru. Cantik nok aku !
Aku beratur dan mendaftar nama di kaunter. Selepas selesai segala urusan pendaftaran, aku pun beredar untuk mencari kelas. Sewaktu aku jalan, tiba tiba aku terlanggar seorang lelaki ni, habis buku aku berterabur. Rasa nak marah tapi kena sabar.
" sorry adik, tak nampak" lelaki itu berkata sambil menolong mengutip buku aku yang berterabur.
"adik awak panggil saya ! Saya ni tua dari awak tau" Aku merengus geram.
" urm k-kak sorry saya betul betul tak sengaja." lelaki tu memberi buku kepadaku.
"tak apa la" aku ingin beredar. Malas nak gaduh. Lelaki itu menahan aku. Aku mengangkat keningku menandakan tanya.
" Nama saya Syed Farhan Rifqi" dia menghulurkan tangan untuk berjabat. Aku hanya memandang tangannya kosong sebaliknya aku hanya menjawab.
" Haniz" dan terus aku beredar. Biarlah dia nak kata aku sombong. Aku tak salam lelaki. Good to know.
" Macam Emma Watson siot! " Terlopong mulut Syed.
" comelnya!! " Syed tersenyum lebar sendiri dan dihiasi dengan sebaris gigi yang mengenakan pendakap gigi. Senyumannya juga menampakkan lesung pipit.
Aku melangkahkan kaki masuk di dewan kuliah. Aku duduk di tengah tengah. Aku duduk jauh dari orang. Segan mungkin. Dekat sini nampak macam aku saja yang tua. Kebanyakannya sini nampak yang masih bawah umur aku lah. Yang lain semua macam masih mentah. Tiba tiba sahaja ada seorang gadis menapak duduk di sebelah aku.
Wajah gadis itu ada kesan parut sederhana pada keningnya. Seperti parut kekal. Biarpun berparut, tapi ia tidak langsung mencacatkan wajahnya kerana dia begitu cantik.
Tapi...kenapa muka dia ni macam pernah aku tengok, cuma parut saja membezakannya.
"hii kau baru masuk sini ke?" gadis muda berwajah parut itu bertanya dengan ramah. Aku hanya mengangguk .
" Oh.. Nama aku Syazlia. Nak manja sikit panggil saja Yaya" Syazlia tersenyum kecil ke arah ku.
Wow baru perkenalkan nama dah banyak mulut. Aku hanya tersenyum hambar.
" Nama kau apa ? "dia tanya lagi.
" Haniz Rose Aisyah tapi panggil aku Haniz je " aku berkata.
" Cantik nama macam tuan dia " Syazlia berkata. Segan pulak aku! Mulut manis semacam je. Aku senyum kecil. Perangai dia macam ni aku syak muda dari aku.
" kau umur berapa. Bukan aku memilih kawan dengan umur. Yela sebab tak semua dekat sem ni umur sama. Ada yang kena ulang sem dan aku takut jugak aku terkasar bahasa. "
" umur aku 25"
" Oh alamak. Dah cakap dah mesti terkasar. Aku er saya umur 22 tahun. Akak okay ke? " risau pula aku. Patutlah Haniz ni macam tak match saja energy dengan dia. Tua tiga tahun rupanya.
" takpa la aku tak kisah. Jangan la panggil aku akak. Macam tua pula. Cakap je macam biasa. Umur kan bukan penghalang" Rose sedaya upaya memujuk budak ini dari menggelabah. Kang tak pasal pasal anak orang ni !
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)