☻Chapter 26

78 0 0
                                    

Hujan di luar rumah sangat lebat. Guruh berdentum detam. Kilat seperti bunyi anjing dan kucing. Malam ni aku tinggal dirumah seorang diri. Abang Haris ada outstation. Sambil sambil membaca buku, tiba tiba bunyi ketukan rumah. Siapa pula malam malam macamni datang mintak sedekah. Hujan pula tu.

Aku turun kebawah dengan segera.
Setelah membuka pintu sahaja, aku terkejut beruk melihat Arjuna dibasahi hujan lebat yang berdiri menggigil di rumah aku. Apa masalah pula ni. Kalau jiran nampak, mati aku kena tuduh tangkap khalwat.

Baju kemeja hitam Arjuna yang basah lencun. Rambut menutupi dahi. Tangannya yang memeluk tubuh sendiri. Kesiannya.

" Awak buat apa kat rumah saya malam malam ni. Dengan basah lencun. Tau tak hujan lebat!" Rose memarahinya.

" Kereta saya tiba tiba rosak dekat tengah jalan. Ini pun saya jalan kaki. Alang alang lalu jalan ke area rumah awak, saya datang lah." Arjuna menggigil kesejukan. Rose diam memandangnya. 'kesian pulak. Nak tolong ke tak' kata Rose dalam hati.

"Boleh saya tumpang masuk rumah awak ?" kata Arjuna dengan riak sayu. Dah gigil gigil tu takkan nak biar saja.

" Cepat la masuk" Rose menarik lengan Arjuna sebelum menutup pintu rapat. Berharap tiadalah jiran jiran yang nampak.

Rose menghulurkan tuala kepadanya. Dia menghulurkan baju dan pakaian Abang Haris untuk dipinjam.

" Kenapa awak tak mintak tolong Luckie?" Rose bertanya.

" Handphone saya mati tadi. Bateri habis." Arjuna membalas.

" Luckie tak hantar awak ke?"

" Harini saya drive sendiri. Urgent meeting" balasnya. Rose sekadar mengangguk. Kekok pula rasanya. Kalau tidak lancang saja mulutnya.

" Kalau saya minta izin nak tumpang tidur sini boleh?" Dia meminta izin. Aku tak rasa mintak izin tu tapi memang dia nak tidur sini. Terbeliak mata aku. Aku dah mati kutu. Takkan aku nak biarkan lelaki mahram tidur serumah dengan aku. Melihat aku hanya diam tak berkutik terus Arjuna berura ura untuk beredar.

" Takpa la kalau tak boleh. Biar saya tidur luar je dengan hujan lebat dan guruh ni. Ataupun saya jalan kaki cari tempat penginapan yang lain." Aku buat buah sedih tersakiti. Seronok tengok muka Rose resah seperti cacing kepanasan.

" Eh kejap. Awak boleh tidur sini tapi dekat ruang tamu. " Rose menghentikan pergerakan Arjuna yang ingin keluar rumah.

" Thanks, Rose " Arjuna tersenyum manis. Gatal!

" Nah. Yang itu ja ada. Dah saya naik dulu. " Rose menghempas selimut comforter dan dua biji bantal. Amboi kasar. Dia terus naik tangga dan masuk ke bilik.

Arjuna tersenyum sengih seperti kerang busuk. Senangnya dalam hati~

Rose menyembamkan mukanya di bantal. Malu malu malu!! Macam mana aku boleh terfikir nak biarkan lelaki itu tidur serumah dengan aku. Tak apa, Haniz. Serumah bukan sebilik. Esok kau halau je dia terus.

Pagi subuh aku selesaikan dengan solat subuh. Aku turun ke bawah ingin kejutkan Arjuna solat subuh. Aku melihat dia berkabung dengan selimut. Muka dan bibirnya pucat lesu. Demam ke. Aku menyentuh dahinya. Panasnya! Rasa bersalah pula berselubung dalam diri. Niat nak halau dia je tapi demam pula. Teringat pulak dia basah lencun semalam.

" Arjuna bangun subuh." Aku menggerakkan bahunya. Dia tak menyahut.

"Encik Arjuna, bangun subuh!"

" 5 minit, sayang. 5 minit." Suara serak Arjuna menjawab. Sayang!? Sayang kepala lutut hang! Dia ni kang ada yang mati kejap lagi!

" Ma robukka!!" Aku memperbesarkan suara aku. Terkejut beruk Arjuna bangun. Kelam kabut. Hodoh betul muka dia bila terkejut. Mata Arjuna tidak celik. Dia bangun dan berjalan. Akibat mata yang tidak celik dia terlanggar dinding. DUSH!

Terletus ketawa aku. Payah sangat bangun subuh. Itu makan dia. Benjol kepala! Lain betul perwatakan Encik Rayden dan Arjuna ni ye. Selepas Arjuna solat subuh, dia mengambil keputusan untuk tidur balik. Aku nak suruh dia keluar dari rumah aku lah. Tak apa lah. Bagi la dia berehat. Dahlah demam.

Aku membuat bubur kanji ayam untuknya. Aku meletakkan dulang yang berisi mangkuk bubur dan air gelas mineral.

" Haih baru semalam kena hujan. Harini dah demam. Lemah betul antibodi encik Arjuna ye" kataku perli kepada Arjuna yang tengah terbaring. Cemberut terus mukanya. Marah la tu. Tersenyum jahat aku. Bila lagi aku nak kenakan dia, masa dia sakit saja peluang aku balas dendam!

Aku melihat dia tak ada sikit pun niat nak mengambil bubur yang aku buat tu. Sombong! Orang dah tolong masak taknak makan.

" Makan la bubur tu. Penat tau saya masak. Firstly jangan fikir saya nak kesian dekat awak eh. Saya buat ni sebab saya nak awak balik cepat cepat ke rumah awak. Kang jiran jiran nampak susah saya" kata aku. Tapi kata kata aku hanya tidak di endah oleh Arjuna. Malah dibalas dengan jelingan. Kurang ajar kau nyah.

Lagenda Budak Kasmaran Where stories live. Discover now