☻Chapter 09

74 0 0
                                    

Aku mengempas beg aku ke lantai selepas menghempas pintu dengan rapat. Aku menangis teresak sesak. Aku menghempas semua barang yang ada di depan mata aku. Sekali sekala aku memukul kepala aku berkali kali seakan akan orang gila. Aku seperti orang tidak tentu arah.

Penat.

Satu ayat itu yang  menerangkan segala perasaan yang aku pendam. Aku penat dengan orang sekeliling ku. Hati aku bagai dihiris dengan pisau . Sangat berbisa mulut orang sehinggakan mampu mengubahkan hidup seseorang jadi kucar kacir.

Aku menumbuk cermin solekan sehingga pecah sehingga serpihan serpihan kaca jatuh ke lantai. Darah mengalir di tangan aku abaikan. Aku bagai melepaskan marah dengan mengenggam serpihan kaca itu sehingga menusuk ke dalam isi kulit tangan aku.

Setitis demi setitis darah pekat berwarna merah mengalir jatuh ke lantai. Aku mentenung mukaku di cermin yang retak itu. Aku meneliti seluruh wajah ku di cermin. Wajah ini yang menjadi bahan cacian , makian dan hinaan orang. Termasuklah ibuku sendiri.

Rasa gurisan yang mengalirkan darah pada tangan aku ni, tidak terasa sakit langsung. Bahkan aku terasa lega.

Jangan jatuh cinta dalam kesakitan, kerana ia akan membuat kita tertarik kelak. Addicted.

Sebab? Apabila tubuh badan kita cedera, otak kita akan merembeskan endorfin yang dikatakan hormon bahagia. Hormon ini lah yang membuatkan kita tidak berasa sakit jika kita cedera. Hormon endorfin bertindak sebagai ubat tahan sakit yang akan membuatkan seseorang itu berasa lega dan hilang kesakitan.

Sebab itulah, aku berasa tekanan perasaan aku lega dan kesakitan aku hilang selepas mencederakan diri sendiri.

"Kesian kau . Sepatutnya kau tamatkan saja hidup kau masa dekat bangunan tu " suara makhluk dari otak ku mula berkata.

"Kau diamlahh !! " Aku membalas. Ada saja dia ingin menghasut aku. Sejak aku skip makan ubat. Makin banyak suara yang muncul.

" Kau tu lemah. Kau hidup pun tak ada siapa pun yang nak ambil tahu. Kau mana ada siapa siapa dalam dunia ni "

"Eh kau tak faham bahasa ke , aku cakap diam kan. Kau blah sekarang " Aku menutup telinga ku. Kalau orang melihat, aku bagaikan tengah bercakap seorang diri.

"Aku cuma nak tolong kau je lahh . Kalau kau mati , kau takkan rasa sia sia. Daripada hidup kena maki , caci dengan manusia " .  Suara itu berkata.

Aku memukul kepala aku berkali kali. Berharap "suara"  Itu pergi jauh jauh dariku. Tiba tiba satu pesanan dari SMS. Aku mengerling telefon ku.

Arjuna  !

Lantas aku membuka chat nya.

Arjuna

kuat ya , cerita kau masih panjang , ini belum seberapa , kau pernah lebih hancur daripada ini .

Sedikit sebanyak buat hati ku reda. Dimana aku ditimpa musibah , dia menjadi penguatku. Tahu ii saja aku tengah dalam masalah.

Aku hanya membalas terima kasih  :) .

"Sejak kau berkawan dengan budak lelaki tu. Makin kau lupa diri eh " 

"Kau nak apa haa  ? Boleh tak blah dari sini " Aku membalas.

" aku yang ada dengan kau dari kau kecil hingga sekarang. Kau dah wujudkan aku. Aku bersama kau berbelas tahun, kau ingat sesenang macam itu sahaja aku akan pergi. Kau tunggu Haniz  " Dia seakan akan memberi amaran kepada ku. Kemudian kelibatnya terus hilang.

Aku termenung dan menangis teresak esak . Aku terduduk di lantai sambil lutut ku merapat. Aku meneliti tanganku yang masih berdarah. Sekarang ni baru terasa sakit dan aku berdesis kecil. Terasa pedih.

Telefon aku berdering dengan tiba tiba. Aku mengesot ke katil ku dan mengambil telefon. Nama Arjuna tertera di telefon. Aku menekan butang slide hijau.

"Helo , rose " Arjuna terlebih dulu menyapa

"Hello , ada apa kau call aku  ? " aku menahan air mata ku. Bunyi esakan ku tahan.

" Kenapa ni ? Kau menangis ke Rose  ? Kau bagitahu aku siapa yang buat kau ? " Kelam kabut Arjuna bertanya.

Lagilah buatkan aku rasa hendak menangis. Aku menangis teresak esak. Tiada lagi menahan. Kenapa la dengan dia jugak aku menangis.

Sungguh ini kali pertama aku dengar Rose menangis seteruk ini. Kenapalah harus dia yang diseksa begini. Sejujurnya aku luluh mendengar orang yang aku cinta menangis. Ya, aku mengaku sejak petang kemarin aku sudah mula mencintai Rose.

Aku tidak ada sewaktu dia ditimpah musibah. Aku tidak dapat melihat wajahnya sekarang.  Jika aku di depannya , pasti aku orang yang akan mengelap air matanya.

"Rose, aku tak tahu apa masalah kau . Its okay kalau engkau rasa kau  taknak cerita lagi. Tapi aku nak kau tetap kuat , walaupun kau diuji dengan begitu kuat , percaya sahaja ujian yang ini akan mengajar kau untuk lebih kuat pada masa akan datang "

Lagenda Budak Kasmaran Where stories live. Discover now