☻Chapter 36

45 1 0
                                    

Syazlia memimpin Jasmine keluar dari hospital. Kelihatan calar pada tangan Jasmine. Jasmine menumpang motor Syazlia lalu mereka pergi melepak di kedai mamak.

" Haih macam mana kau accident ni ? " Tanya Syazlia.

" Entah macam mana aku boleh tergolek macam kerang busuk tadi. Ada cina mana entah kejar aku. Nasib baiklah la aku pro bawak motor, kalau tidak tak kahwin aku " Gurau Jasmine.

" Cina? Siapa? " Soal Syazlia.

" Aku tak tahu lah. Serabut pulak aku fikir. Dengan kakak aku yang tengah kritikal dengan hospital " Balasnya.

" Aku nak tanyalah. Julaika kritikal sebab apa ?"

" Sebab main barang lah. Dulu dia berkawan dengan Ben tu. Aku tak tahulah Ben itu buat apa dengan dia. Aku dah pesan dekat Julaika dulu jangan rapat dengan Ben itu tapi dia degil" Kata Jasmine.

" Kenapa dengan Ben tu? " Soal aku berpura pura.

" Dia jual dadah la "

Aku hanya mengangguk.

" Kau dengan Tom macam mana? " Aku mengubah topik.

" Eee pahal do kau tanya pasal Tom tu. Geli kau tahu tak! " Jasmine membuat wajah muntah.

" Bukan dia syok dekat kau ke? " Aku membuat wajah nakal.

" Fikir aku ni belok ke bro? Tolonglah, Tom tu propa gila siot. Orang nak jadi lelaki dia nak jadi lelaki, gila betul pengkid " Jasmine mengutuk Tom itu.

" 'benda' tu pun tak ada, apa barang! " Kata aku diselangi ketawa bersama Jasmine. Walaupun aku berpakaian lelaki, aku hanya menyamar. Setakat jadi kasar tak apa, jangan terus jadi jantan.

Dari jauh mereka diperhati oleh Ben dan Syed yang sedang melepak di mamak juga. Ben yang perasan akan renenungan Syed di meja sana mula tersenyum nakal.

" Asal der? Wa tengok lu usha tak lepas je. Minat chia ( awek) tu ke? " Kata Ben menyangkakan Syed melihat Jasmine.

" Bukan der. Sebelah dia tu. Nama apa? " Soal Syed.

" lain macam lu punya selera mat. Lu jangan cakap lu minat jambu tu " Tuduh Ben. Dengan pantas Syed menggeleng. Sedar yang dia terlanjur memerhati Syazlia.

" Tak, maksud wa rasa panas tengok mamat tu dengan Jasmine tu. Siapa si jambu tu? " Soal aku dalam keadaan menjengkelkan.

" Itu wa tak kenal sangatlah. Nama dia Ezra. Mamat jambu ni baru join semester tapi dah rapat dengan Jasmine tu " Balas Ben.

" Lu kenal ke Jasmine tu? " Aku berpura pura tanya. Ben sengih jahat.

" Jasmine tu adik kepada awek wa, Julaika "

" Jadi lu rapat la dengan Jasmine? "

" Tak. Wa tak minat adik dia. Wa minat kakak dia. Jasmine tu kasar sangat la der. Jasmine tu sesuai untuk 'barang' wa je " Ketawa jahat Ben. Syed rasa ingin menumbuk saja muka botak ni.

" Ezra, malam ni lepak wayang jom!" Ajak Jasmine. Syazlia hanya mengangguk tanda setuju.

" Hello sayang " Tiba tiba sahaja Tom datang memeluk tubuh Jasmine dari belakang.

" Hesy! Lepaslah. Aku hentak kau dengan helmet ni kang " Jasmine berura ura ingin membaling helmetnya.

" Wow sorry" Kata Tom. Syazlia hanya memandangnya jijik.

" Kau buat apa kat sini, Jasmine? " Soal Tom.

" Tak nampak ke dekat kedai mamak ni, repair motor " Jasmine berloyar buruk.

" Makan dengan dia ni ? " Tom memandang tajam ke arah Syazlia. Fuh panas!

" Asal? Ada masalah? " Soal Jasmine. Macam biasalah Syazlia hanya diam. Kalau boleh dia tidak mahu memasuk campur.

" Malam ni kau free tak? Aku nak ajak date " Soal Tom. Syazlia terbeliakkan kata sambil membuat wajah muntah.

Jangan sampai terajang pengkid ni, memang mandul kau.

" Ajak date? Haha— aku kalau nak ajak date, aku ajak lelaki " Bidas Jasmine. Syazlia tersenyum senget.

Bro no counter!

Syazlia dan Jasmine mengangkat helmet mereka beredar dari situ. Tom menolak isi dalam pipinya dengan lidah, berasa berang dengan balasan Jasmine. Kurang ajar!

***

" Kau ni kan, tak pasal pasal kita kena halau keluar! " Marah Syazlia sambil menyapu kesan popcorn yang dibaling oleh orang orang di pawagam tadi.

Ceritanya begini. Jasmine ajaknya melihat cerita hantu tanpa sedari yang Jasmine takut akan cerita hantu tersebut. Disebabkan Jasmine asyik menjerit terkejut sehingga menganggu oleh orang di pawagam—serta merta mereka di baling dengan popcorn disebabkan pergaduhan kecil antara penonton. Kesimpulannya, mereka dihalau keluar.

Lagenda Budak Kasmaran Where stories live. Discover now