☻Chapter 32

53 0 0
                                    

Aku memberikan beg yang berisi air minuman yang dipesan atas talian kepada Aatiq.

" Nah, alamat nanti kak Haniz hantar" Huluran dibagi.

" Siap nyah! Mak pergi dulu " Aatiq sambut huluran beg tersebut. Dia mula memakai helmet sebelum menunggang motosikalnya.

Dia menaikkan gear motor membawa sehingga ke selekoh lalu ke simpang tiga. Dah macam palesit. Lembut tak lembut lah, kalau bawak motor tu macam tempah maut. Kalau nak tahu Aatiq adalah penunggang motor yang kedua terburuk selepas Arjuna.

Sewaktu dia ingat membelok simpang tiga, tiba tiba ada satu motor yang juga ingin membelok ke arahnya. Disebabkan Aatiq ingin mengelak dari kena langgar, dia terhuyung hayang membawa moto sebelum mengelak. Alamatnya , penunggang moto tadi tergolek di jalan tar.

Nasib baik sempat brek.

" Fuh, nasib baik aku sempat elak " Aatiq memberhenti moto ditepi jalan sambil membuka visor helmet.

Dia membelek bungkusan beg plastik berisi air itu. Nasib baik tak tumpah.

" Tadi rasa macam ada orang langgar " Dia menoleh kiri dan kanan lalu ke belakang.

" Eh ya Allah ! " Terkejutnya melihat ada satu motor tergolek bersama penunggang motor tersebut yang sudah terbaring jalan tar. Dia menongkat motornya sebelum berlari ke arah tuan empunya motor.

" Bang! bang okay ke ?! " Aatiq sudah cemas melihat penunggang motor itu mengerang kesakitan.

" Aduhh !! "

"Saya minta maaf, bang. Saya tadi tak perasan langsung "

" kepala bapak kau! Kau tak nampak ke aku uturn kat sini! Kau ni ada lesen ke tak!? Sakit kau tahu tak !" Tengking si dia.

Macam lelaki tapi kenapa suara macam crack. Ke perempuan? Pengkid!

" Eh saya ada lesen lah. Saya bayar lesen mahal kot. Dahlah tak kasi signal. Awak tu yang bawak motor macam orang mabuk. Awak minum eh ? " Jawab Aatiq.

" Kurang ajar mulut kau kan. Kau nak kena rembat ke? Banyak bunyi pulak! " Dia mula mengejar Aatiq menggunakan helmet. Mereka berkejaran sambil berpusing pusing sekeliling jalan raya.

" Eh relax lah, bukan yang teruk mana pun " Aatiq mengelak dari dikejar oleh pengkid.

" Tak teruk kau kata, bak sini aku pijak tangan kau! Side mirror aku pun dah bengkok kau tengok! "

" Stop stop! saya tahu la saya salah. Yala , saya bertanggungjawab " Tercungap cungap nafasnya sebelum mengeluarkan beberapa keping duit.

" Bagus, bagi lebih sikit " Kata pengkid tersebut.

" Nah ambik ni. Beli plaster. Ada lebih tu " Aatiq menghulur kepadanya. Terus bengang wajah pengkid itu.

" Dua ringgit je ? Kau ingat aku ni anak ayam ke apa! Kau ni eee kau nak gaduh dengan aku ni! " Dia membalingkan duit itu ke muka Aatiq. Cepat cepat Aatiq berlari ke motornya yang diparkir dijauh ditepi jalan apabila pengkid tadi mula mengejarnya.

" Gila punya pengkid! " Belum sempat Aatiq memakai helmet, gear motor terus dipulas bergerak laju sebelum dipukul oleh pengkid tadi. Tak ada masalah nak pakai helmet bila kena kejar dengan orang gila.

" Woii sial punya jantan ! " jerkahnya.

Tak mahu la aku kena pukul dengan pengkid tu. Kang tak pasal pasal arwah aku!

" Terima kasih, nanti order la lagi. Maaf lambat ye " Kata Aatiq sambil menghulurkan beg berisi cawan yang dipesan kepada pelanggan.

Yang order air ni bukan main, ingatkan alamat rumah, rupanya bangunan besar.

Dia mula turun dari office tersebut. Tiba tiba ada seseorang perempuan yang tumpang duduk di atas seat motornya di parking.

" Cik, ni motor saya " kata Aatiq. Amboi kau sedap sedap duduk atas motor aku.

" Eh sorry " kata perempuan itu. Cantik!

" Tunggu siapa? Ke tunggu saya. Biasalah lelaki  handsome macam saya ni memang ramai orang tunggu hahaha " Aatiq berloyar buruk. Hilang terus kudis kelembutan dia. Jumpa perempuan kan.

" Excuse me. I tengah tunggu boyfriend I lah " Kata perempuan itu.

" Itupun boyfriend I "

Muka Aatiq terus terbeliak dan senyumannya mati melihat gerangan yang datang itu. Mampus!

Pengkid tadi!

" Darling, sorry I lambat. Ada hal tadi " Pengkid tadi memeluk perempuan tersebut.

Aatiq memandang mereka atas bawah. Ini bukan side eyes, ini death stare terus! Geli!

Aatiq seperti ingin memuntah. Tak sangka, ingatkan pengkid saja, rupanya songsang!

" Apahal mamat ni usha usha ? Dia ada kacau darling ke ?" Pengkid itu menurunkan cermin matanya sedikit. Tiba tiba dia dapat mencerna wajah lelaki yang melanggarnya ini.

Lagenda Budak Kasmaran Where stories live. Discover now