" I love you, Rose " Suaranya yang lemah berbisik pada telinga aku.
***
" Memandangkan dokumentasi semua dah selesai dan ujian sample darah juga positif. Kita dah boleh proceed. Nanti puan datang masuk wad sehari awal ya " Ujar Doktor Faz." Baik doktor, terima kasih"
" Terima kasih Haniz, tolong anak Ummi " Ujar Ummi kepada aku. Syazlia yang berada di sebelah memerhati aku.
Dia tarik aku untuk borak keluar.
" Kau pasti ke keputusan kau ni? " Soal Syazlia dengan risau.
" Aku dah sign pun borang itu. Lagipun ini demi Arjuna "
" Tapi kau tahukan pembedahan ni tak sepenuhnya—"
" Aku tahu, Yaya. Aku tahu kau risaukan dan takut pembedahan ini tak berjaya. Tapi atleast kita ikthiar. Doa yang baik baik. Kalau kau dekat tempat aku sekalipun, kau mesti buat untuk Syed juga kan " Bidas aku.
Syazlia menghembus nafas dengan wajah yang muram.
" Kau nak jadi janda ke? " Seloroh aku.
" Haishh, memang taklah. Eee kau ni! " Marah Syazlia. Aku hanya ketawa.
" It's okay. Kau kalau kawan aku, kau doa yang baik baik aje untuk aku "
" Yela "
***
Aku masuk ke wad. Doktor pakar yang akan membuat proses transplant itu yang akan membuat pembedahan hati nanti. Dia datang untuk memberi taklimat serba sedikit.
" Haritu saya dah buat permohonan dengan UTAC (Unrelated Transplant Approval Committee) untuk pendermaan organ memandangkan encik Arjuna bukan penerima kategori first degree dan juga penerima second degree " Ujarnya.
First degree adalah ibu, ayah dan adik beradik kandung manakala second degree adalah ayah, ibu saudara mara dan sepupu lain.
" Dan ini dipanggil sebagai penderma semasa hidup. Saya kagum dengan kebaikan puan Haniz. Selain itu, penderma hidup ini adalah organ akan berfungsi lagi lama dari penderma yang sudah meninggal. Selebihnya kita berserah kepada tuhan " Doktor pakar itu senyum lebar.
" Tetapi saya nak puan sentiasa hadir mengikut ketetapan untuk pemeriksaan untuk pulih dan sembuh dengan cepat. Saya pun tak akan berselindung dengan stastik kegagalan proses ini. Nisbah kematian adalah satu dalam setiap dua ratus pembedahan. Saya yakin yang pembedahan ini akan berjaya. Jadi kita doa banyak banyak semoga dipermudahkan urusan dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah SWT. Okay, kita jumpa esok " Tambahnya lagi ceria sebelum beredar.
Keputusan ujian darah aku dan Arjuna hampir sama seratus peratus. Mungkin ini keajaiban yang terhingga kerana aku tiada pertalian darah dengannya.
***
AKU membuka mata perlahan lahan apabila terdengar sayup sayup suara yang sedang bercakap.
" Haniz? Kau dah bangun? " Tegur Syazlia.
" Auntie, Haniz dah sedar " Terpekik suara Syazlia memanggil Ummi.
Mata aku kembali segar. Syazlia bantu aku untuk bersandar di kepala katil.
" Haniz? Haniz ada sakit dekat mana mana? "
" Ya, Haniz okay "
" Disebabkan kau baru buat pembedahan, doktor akan pantau kau untuk beberapa hari untuk menjalani pemeriksaan " Aku hanya mengangguk dengan kata Syazlia.
" Arjuna macam mana? "
" Arjuna tak sedar lagi. Tapi Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar. Cuma nak kena tunggu Arjuna bangun dari koma dulu. Dia masih dalam wad ICU " Balas Ummi.
Aku kerut kening apabila terasa ngilu pada kesan luka yang telah digam. Kata doktor, kesan pembedahan itu akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh memandangkan kulit manusia mempunyai tujuh lapisan. Nampak saja luaran sembuh, tapi dalam belum sembuh sepenuhnya. Dan untuk itu aku kena mengikuti susulan pemeriksaan yang ditetapkan.
" Sakit ke kat tempat operate? " Soal Ummi.
" Tak, cuma ngilu " Ummi menghembus nafas lega dengar jawapan aku.
ESTÁS LEYENDO
Lagenda Budak Kasmaran
Novela JuvenilThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)