Aku berjalan pulang balik bersama Arjuna selepas hari koko habis. Pertama sekali, aku tak rela! Dia yang paksa diri dia nak berteman jalan kaki balik dengan aku. Sewel!
Aku tidak berborak langsung sepanjang perjalanan. Terasa situasi canggung tapi aku peduli apa, aku introvert.
Aku mengeluarkan sebatang rokok dari kotak. Api dinyalakan dan menghisap asap rokok itu. Arjuna yang berjalan di sebelahku mula tidak senang duduk.
Dia berjalan mengundur di hadapan aku. Apa dia ni! Sekat jalan orang. Dia berdiri di hadapan aku dan menyebabkan aku berhenti.
" Terdapat beribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. 2 kali lebih banyak nikotin, 5 kali lebih banyak karbon monoksida, 3 kali lebih banyak tar dan 50 kali lebih banyak bahan kimia yang berbahaya bagi kesihatan. Kau ambil aliran sains kan? Takkan kau tak tahu? " Arjuna mengeluarkan fakta itu dengan tiba tiba.
Muka aku ditayang muka toya. Asap dihembuskan pada wajahnya tanpa memiliki rasa bersalah. Malah aku menayang muka tidak kisah. Aku berjalan meninggalkannya.
Arjuna mengemam bibir tanda sedikit geram. Dia mengibas asap yang dihembus pada mukanya tadi. Main kasar nampak! Gumamnya.
Arjuna tidak mengalah. Dia mengejar Han dan menyekat laluan Han sekali lagi. Han sudah menjelingnya menyampah.
" Lebih daripada 27 000 kematian di malaysia setiap tahun disebabkan oleh merokok. Boleh kena kanser peparu tau. Kanser tak apa lah mati macam tu saja. Kalau kena strok? Tak boleh bergerak, berjalan—dah satu kes menyusahkan orang nak kena jaga pula. Kau tak sayang nyawa kau ke? "
Aku hanya terdiam dengan mukadimah yang diberikan olehnya. Kenapalah mulut dia ni boleh tahan buat orang sentap eh.
" Plus, rokok tu haram. Sakit dapat, dosa pun dapat "
" Fine! " Aku melempar putung rokok tersebut ke tong sampah yang berdekatan di jalan tar itu.
" Kotak tu sekali " Arahnya. Aku mengeluh.
Kotak rokok yang mempunyai beberapa batang rokok baru itu pun turut dibuang ke dalam tong sampah. Mahal tahu tak!
" Puas hati!? " Marah aku.
" Janji dengan aku yang kau akan berhenti merokok " Dia tersenyum sinis.
" Ya aku janji! " Ujar aku. Kenapalah aku kena ikut cakap dia. Peliknya! Apa kena dengan aku ni.
" Dahlah mahal sekotak tu! " Rungut aku semula.
" Tak ada siapa pun paksa beli. Atleast kita tak mampu nak buat kebaikan yang besar, kebaikan kecil kita buat tu pun dikira berjihad— "
" Eh dahlah tak payah la nak membebel. Orang dah janji kan. Orang dah buang pun rokok tu " Aku memasamkan mukaku sebelum meninggalkannya.
Arjuna ketawa mengekek. Boleh dilentur rupanya perempuan ini. Bukannya tak boleh. Cuma kena ada cara saja.
***
HAN sedang menconteng kertas kerana bosan. Entah apa yang dilukiskan manakala Arjuna pulak entah kemana mungkin ke tandas barangkali.
Tanpa angin dan ribut , muncul lah sosok tubuh seorang perempuan yang tidak berperikemanusian yang bernama Syifa datang untuk merosakkan mood Han. Dia datang lalu menunjalkan kepala aku. Memang tak taubat lagi dia ni selepas dibelasah kejadian tempoh hari.
"Oii, aku tak selesai lagi dengan kau tau !! " kata Syifa
" Kau kenapa pulak kalini . Tak serik kena belasah haritu— atau kalini kau nak cacat pulak , meh aku tolong " kata aku dengan nada perlian dengan tenang.
Syifa kehilangan kata kata. Lututnya ketar tiba tiba selepas mengenang kejadiannya dibelasah tempoh hari.
" Eh kau ingat! Semua perbuatan kau tu aku boleh buat report polis tau " Dia menunding jari ke arahku.
" Aku pun boleh buat report polis jugak atas alasan kau buli aku " Balas Han.
" Huh siapa saja yang akan percaya cakap kau " Syifa dengan nada perlian.
Seorang menjawab dan memotong pertanyaan Syifa.
" Aku—aku percaya cakap dia " kata Arjuna yang baru muncul ke kelas.
"Kau ni siapa pulak tiba tiba nak jadi hero ni. Kau budak baru tak tahu apa apa jangan nak sibuk boleh tak! " lantang Syifa bercakap. Han berkerut dahi.
Sibuk je dia ni entah dari mana datang nak backup aku.
" tak kisah la kau nak cakap apa pun. Tapi kau ingat aku tak dengar perbualan kau dengan mak sedar- oh sorry maksud aku dengan pengetua sekolah " Arjuna melawan.
Syifa terkejut. Han masih lagi mengerut dahi apa yang telah dibincangkan sekarang ni. Aku cuma tau pengetua mak sedara Syifa tapi apa yang diorang bincang sampai Syifa kecut perut.
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)