Aku mencubit pipi bayi lelaki comel yang berada dalam troli bayi. Suami kepada Kak Putri, Uways datang membawa bayi tersebut.
" Comelnya Putera ni macam muka saya " Kata Raqib pekerja di Cafe itu.
" Eh pahal pulak muka kau nyah. Muka budak ni muka macam aku la. Sebab tu comel" kata Aatiq kembar kepada Raqib.
Aku pula jem. Dah sejak bila dua clone ni sedara dengan Kak Putri.
" Tak! Muka macam aku!" mencela Raqib.
" Macam aku lah!" Aatiq menyelit.
" Aku!"
" Akulah!"
" Tak! Aku!!"
" Macam aku. Aku bapak dia. " Uways menjeling dua kembar itu. Terdiam dua kembar tersebut.
" Berapa umur Putera ?" Haniz bertanya.
" Baru masuk 3 bulan " Kak Putri menjawab.
" Kak Putri bukan ada sorang lagi yang sulung ke? " Raqib bertanya.
" Haah. Ufairah. Dia baru nak masuk 4 tahun" Kak Putri menjawab.
" Alhamdulillah dah ada dua orang ketul wujud" Aatiq berbicara sambil menepuk bahu Uways.
" Siapa cakap dua?" Uways menaikkan kening mengusik isterinya. Lalu pantas Kak Putri menampar lengan Uways.
" Dah ada isi lagi?" Mulut aku melopong. Begitu jugak Raqib dan Aatiq.
" Ni semua salah Uways lah. Tahu tahu Putri mengandung" Kak Putri mencebik.
" Uways tak sengaja lah. Sayang yang izinkan" Suaminya hanya tersengih.
Lain macam. Tak sengaja. Takut pula aku nak kahwin." Amboi melebih abang Uways ni " kata Aatiq yang berada di sebelah Uways.
" Tambah lagi!? Dahsyat" Raqib menepuk tangan.
" Sunah kan" Dengan bangga Uways membalas.
" Sayang, Uways bawa Putera ni pergi jalan jalan tau. Nanti petang Uways ambil sayang" Uways mencium pipi Kak putri sebelum menolak troli bayi keluar dari Cafe.
" Hish apani Kak Putri tak hormat orang single langsung!" Raqib cemberutkan mukanya.
" Mak nak kahwin!" Aatiq meraung sambil memeluk abangnya.
" Sejak bila pulak kau suka hal perkahwinan ni?" Badan Raqib menggeletis apabila adiknya memeluk.
" Apa? Tengok aku macam ni, ingat aku tak suka perempuan ke? " Dia menjulingkan mata ke atas sambil menolak manja bahu Raqib.
Haniz hanya pening kepala melihat telatah kembar tak cukup susu dugro ni. Dia pun terasa nak bina mahligai tetapi siapalah yang mahu akan dia. Taste dalam lelaki dah la tinggi. Kalau boleh nak yang macam Arjuna. Eh pahal aku mention Arjuna ni.
"Comel betul anak Kak Putri. Rasa macam nak gomoi saja muka dia" Haniz berkata.
" Nanti kalau Haniz dah ada anak mesti comel lagi"
Mendengar saja kata kata itu, terus badan aku mengeras. Kenapa pula aku nak ada anak ni. Takutnya.
" Apalah kak Putri ni. Saya ni kahwin pun belum. Dari mana datangnya anak tu" Aku ketawa hambar. Risau ya!
" Maksud akak, nanti bila Haniz dah kahwin lah"
" Hm tengoklah kalau bapak kepada budak tu handsome" Nampak betul aku memilih dalam hal lelaki.
" Aik, yang sekarang punya ni tak handsome ke?" Dia bertanya.
" Siapa?" Aku bertanya kembali.
" Encik Rayden la"
" Ish akak ni. Mana ada. Dia tu majikan saya la. Saya ni pekerja dia " Aku menafikan.
" Ya ka? Kenapa nampak korang macam rapat saja" Kak Putri berasa suspen.
" Okay la. Maksud saya kawan. Ha kita orang hanya sekadar kawan. Lagipun dia mesti nak cari isteri yang sama taraf dengan dia. Lain la saya ni. Saya ni habok pun tarak! " Aku mengenang nasib ku sambil menguis nguis kuku ku.
" Dah kalau Allah dah tetapkan jodoh korang berdua. Maka berjodoh la korang berdua walaupun tak sama taraf sekalipun. Lagipun Kak Putri suka tengok korang berdua. Comel betul. Macam anjing dengan tenggiling"
" Kucing " sempat aku membetulkan pepatahnya. Dia pun nak jadi bengap macam Syazlia.
Leka bermain telefon pintar sambil menunggu pelanggan datang, aku merasakan kaki aku digesel oleh makhluk berbulu. Setelah melihat makhluk tersebut, automatik aku melompat pantas ke atas meja.
" WARGHHHH KUCINGG !!! " Aku pun tak tahu sejak bila aku takut kucing tapi memang aku tak boleh benda berbulu ni.
Bodoh ! Siapa yang pandai pandai lepaskan makhluk sebegini.
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)