⋅•⋅⋅•⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅∙∘☽༓☾∘∙•⋅⋅⋅•⋅⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅
⋅•⋅⋅•⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅∙∘☽༓☾∘∙•⋅⋅⋅•⋅⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅
Han dan Arjuna menolong makcik Suraya menyusun kerusi dan meja makan . Han melihat makcik Suraya sedang duduk diluar sambil termenung. Han pergi ke arahnya dan meninggalkan Arjuna menyusun kerusi dan meja sorang ii.
" Makcik termenung ni teringat siapa " katanya sambil mengambil tempat disebelah wanita lingkungan 40an itu.
" Eh Haniz , takdela makcik teringat dekat anak makcik " Makcik Suraya membalas.
" Lah Arjuna ada dekat belakang tu tengah susun meja " kata Han.
" bukan Arjuna , makcik teringat dekat adik perempuan Arjuna "
"Oh Arjuna ada adik perempuan ? Saya ingat dia anak tunggal " tanya Han.
" Haah Arjuna ada adik perempuan . Tapi sekarang dia dah tak ada " katanya.
Han bertanya " Dia pergi mana , makcik ? "
"Dia dah meninggal dua tahun lepas masa umur dia 2 tahun " balas makcik Suraya dengan sayu.
Han kehilangan kata kata. Dia berasa kesian terhadap kejadian yang menimpa keluarga makcik Suraya.
"Han mintak maaf . Han tak tahu pulak " katanya dengan rasa bersalah.
"Takpa Haniz , bukan salah kamu. Dah takdir macamni. Kamu tahu tak nama anak perempuan makcik sama macam kamu, Haniz. Sebabtu makcik panggil kamu dengan nama tu. Kamu mengingatkan makcik dekat anak makcik " katanya lagi.
Tanpa mereka sedar. Arjuna mencuri curi dengar perbualan ibunya tentang adik perempuan kesayangannya. Dia menitiskan air matanya.
" Mesti dia cantik kan macam makcik. Kalau tak keberatan boleh Han tahu dia meninggal sebab apa " Han tersenyum tipis.
"Dia meninggal sebab cancer . Dia juga ada masalah pernafasan yang teruk . Doktor pun ada diagnosed yang dia ada masalah mental skizofrenia yang buatkan dia imaginasi berlebihan sehingga menyebabkan berhalusinasi. Makcik selalu nampak dia selalu bermimpi dan bercakap seorang diri. Doktor kata dia tak boleh bezakan mana satu realiti dan imaginasi. Pasal cancer tu pulak , dia sama macam ayahnya. Dulu suami makcik meninggal sebab cancer. Keluarga suami makcik memang ada penyakit keturunan "
" Suami makcik meninggal 8 tahun lepas. Makcik sumpah tak tahu yang anak perempuan makcik ada penyakit cancer. Makcik perasan keadaan dia semakin teruk sejak dia muntah darah dan susah untuk bernafas "Terang makcik Suraya dengan senyuman tipis lalu menitiskan air mata.
Aku berkaca mata selepas mendengar kisahnya. Aku kehilangan kata kata juga kerana anaknya mempunyai penyakit yang sama seperti aku. Mungkin ini takdir tuhan.
" Tak apa makcik. Sekarang ni anak makcik tenang dekat sana. Dia tengah tunggu dekat sana. Kalau anak makcik tu tahu makcik sedih mesti dia lagi sedih " Aku mengusap belakang makcik Suraya.
Wanita itu memeluk Han . Han membiarkannya. Mungkin itu caranya untuk bertenang.
Arjuna masih teresak menangis di belakang pintu. Dia tidak boleh menerima pemergian adik perempuannya. Dia takut jika dia sama macam nasib adiknya , dia mungkin akan tinggalkan ibunya. Penyakit cancer ni adalah keturunan ayahnya. Mungkin dia akan ada cancer ataupun mungkin tidak
"Ya Allah aku takut ibu kehilangan anak anaknya jika giliran aku pergi nanti " bisik hati Arjuna
____ ☻____
Setelah menutup kedai , Han ingin pulang ke rumah. Sebelum itu dia mengucapkan terima kasih kepada Makcik Suraya atas layanan yang sangat ramah kepadanya.
Han ingin memulakan perjalanan tiba ada suara yang memanggilnya. Dia menoleh dan itu ialah Arjuna.
" Biar aku teman kau pulang " katanya dengan riak beku. Han tidak mengatakan apa ii. Mereka berdua berjalan kaki.
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)