Han meghempas pintu dan keluar dari bilik pengetua.Dia berada dalam keadaan yang tidak stabil. Kemarahan mengawal dia . Susah dia nak control.
"Tindakan discipline kepala bapak dia lah!! dia yang buli aku , aku pulak yang kena! Tak pernah nak dengar cakap aku langsung!! " luahnya sambil berjalan menghentak kaki . Dia tidak mempedulikan orang disekelilingnya.
Tiba tiba dia terlanggar seorang pelajar lelaki. Rasanya aku tak pernah nampak budak ni. Han bengang dan menjerkah lelaki itu.
" WOII KAU NI BUTA KE ? JALAN TAK PAKAI MATA KE HAH ?! " Tempikku.
"Jaga sikit bahasa tu. Kau tu yang langgar aku pastu kata aku buta " Lelaki tu beriak tenang. Aku tersentak dengan kata kata lelaki itu.
Ah lantak lah. Aku terus beredar dari situ tanpa mempedulikannya. Sungguh biadap.
Aku masuk ke kelas. Kedudukan meja aku dibelakang tepi tingkap. Pelajar dalam kelas tengah memandang aku aneh . Ada yang menjeling. Ceh fikir aku kisah.
Aku duduk di tempat sambil mengeluarkan airpods aku dan mendengar lagu. Aku membaringkan kepala aku di atas meja sementara menunggu guru masuk dan mengajar.
Beberapa minit guru sains aku telah tiba. Dan ada sesorang pelajar disebelahnya. Mungkin murid baru. Aku masih membaringkan kepala aku di meja. Tidak peduli akan sesiapa.
"Harini cikgu nak memperkenalkan pelajar baru yang akan berada di dalam kelas kamu. Dia murid pindahan " kata guru sains.
Pelajar perempuan di dalam kelas mula menggila. Pantang nampak jantan. Tapi aku masih tidak memandangnya kerana aku masih lalai mendengar lagu.
"Kamu boleh memperkenalkan diri kamu " kata guru sains itu.
"Nama aku Arjuna Rayden Mikael bin Haidar Arsyad Aku murid pindahan dari Ampang , Selangor " kata jejaka tinggi lampai itu.Han tersentak. Aku macam pernah dengar suara dia ni . Kemudian Han mengangkat kepalanya memandang. Aku merasa panas baran setelah lihat mukanya. Dialah budak yang langgar aku tadi. Ramai pelajar terpesona dengan Arjuna , termasuk jugak pelajar lelaki.
"HENSEMNYA "
"MUKA KOREA MAT "
"MAK AKU CAKAP KALAU NAK CARI SUAMI , CARI YANG MUKA KOREA , AKU RASA AKU DAH JUMPA ORANGNYA "
"BAKAL SUAMI AKU!! "
"LAKI AKU TU "
"KETEPI SEMUA , DIA AKU PUNYA" gurau seorang pelajar lelaki bernama Sam. Arjuna terbeliak mata. Risau ya.
Orang ramai menjerit riuh dan ketawa. Sangat tak rilek .
"GAY DETECTED !!! "
"AYOOO CAUGHT IN 4K "
"Shut up class. Mintak maaf ye Arjuna . Sam memang macam ni, buat lawak tak bertempat " kata guru sains itu sambil menjengil mata kepada Sam. Sam ketawa diri sendiri.
" Btw family aku ada bukak kedai restaurant kecil je , nanti singgah la datang " kata Arjuna lagi.
Cis sempat dia promote kedainya. Seseorang lelaki gempal bernama Bad bertanya " Ada ayam tak !? "
" ye ada "
" Wahhh kau boleh jadi kawan aku" Bad menjawab dengan teruja.
Han menyampah pulak mendengarnya.
" Haih kamu ni Bad , jaga sikit adab dengan kawan baru kamu ni " Guru sains berkata sambil menggeleng kepalanya. Bad hanya senyum malu.
" Haa Arjuna , kamu boleh duduk disebelah Haniz. Tak apa kan tempat kamu di belakang ? " tanya guru sains.
Aku menoleh ke meja belakang dan melihat si perempuan yang seperti lelaki. Aku terkejut dia la perempuan yang langgar aku. Tapi aku buat riak wajah tenang manakala dia buat muka seposen kepadaku.
" No problem, kat mana mana pun saya okay " Arjuna membalas dengan senyuman palsu.
aku berjalan dan duduk disebelah meja perempuan itu. Dia sedikit pun tidak senyum. Masih dengan wajah ketatnya. Kami masing masing diam sampailah tamatnya waktu kelas. Pelajar di dalam kelas sedang bergerak ke kantin untuk rehat. Di dalam kelas hanya tinggal aku dan perempuan itu. Dia sedang mengemas buku. Kami berdiam sejak dari tadi. Aku ingin menegurnya.
Apa pasal muka minah ni ada iras iras Emma Watson. Can...tik? Okay enough Arjuna!
Aku membuat keputusan untuk memanggilnya
" Oii " Dia tidak menjawab. Aku memanggil lagi , dia tidak menjawab lagi. Biadapnya perempuan ni.
Selesai sudah dia mengemas buku lalu dia ingin ke kantin serta memulakan aku yang berada di hadapannya. Aku menarik lengan bajunya.
Dia tersentak dan memarah aku " Kau kenapa ?! " dia merentap lengannya.
"Aku panggil kau tadi , pekak ke ? Aku ingat kau buta je rupanya pekak jugak " kata Arjuna telah menguji kesabaran Haniz.
" Kau ada masalah dengan aku ke !?? " kata Han sambil merentap koler baju Arjuna.
"Rilek la kau ni , dahlah langgar orang pastu taknak ngaku salah " kata Arjuna. Han menjelingnya. Han melepaskan koler baju Arjuna.
" Nama aku Arjuna " katanya.
"Tak tanya " balas ringkas Han dengan selamba. Arjuna menahan dirinya dari memaki.
"Nama kau apa? " Arjuna bertanya.
"Perlu ke aku bagitahu kau ? " balas Han sambil mengangkat kening.
"Perlulah , habistu aku nak panggil kau apa ? Samsiah ? Senah ? Timah ? " balas Arjuna.
Haniz menjawab " Panggil aku Han ".
" Pendeknya nama kau " kata Arjuna. Han menjelingnya. Han baru mahu keluar ke kantin tapi Arjuna memanggilnya.
" Aku nak kau tunjukkan kawasan sekolah ni , aku tak tahu selok belok sekolah disini "
Han mengmandangnya dengan riak jijik.
" Huh kau fikir aku ada masa nak tolong tunjukkan kawasan dekat kau , pandai pandai kau la " Han beredar dari kelas.
" Sombong betul minah ni " Arjuna berasa menyampah.
Aku pergi di belakang sekolah. Aku kalau waktu rehat memang akan lepak di bangunan belakang sekolah. Tak selalu, cuma kalau rasa macam tak ada mood nak makan memang di sini lah tempat aku.
Aku mengeluarkan kotak rokok dari poketku. Seputung rokok dikeluarkan lalu menyalakan api pada hujungnya dengan menggunakan pemetik api. Rokok dihisap lalu melepaskan asap ke udara. Asap dihisap beberapa kali lalu menghembuskannya.
Otak aku sudah mula serabut dengan macam macam masalah. Aku tahu merokok itu salah. Cuma aku...tak tahu lah kenapa dengan diri aku ni. Nak merosakkan diri? Mungkin ya. Orang pun tak peduli pasal diri aku, kenapa aku nak kisah pasal diri aku juga.
" Merokok rupanya " Entah dari mana lelaki bernama Arjuna ni muncul dekat sini. Terkejut aku!
" Kau buat apa kat sini!? " Aku berdengus geram. Putung rokok dihisap.
" Saja " Arjuna bersahaja.
" Kau memang tak nak makan ke selain merokok "
" Yang kau nak peduli apasal? Blah lah! " Han memarahinya. Namun riak wajah Arjuna tetap biasa.
" Kau tahu tak rokok tu bahaya? Baik kau buang sekarang rokok tu sebelum aku report pada pengawas " Arjuna berkata kepada Han.
" Report sajalah. Fikir aku takut ke? " Han menikam anak matanya dengan wajah yang sinis.
" Okay, kau boleh teruskan merokok kalau kau nak aku report pada pengetua supaya kau tak boleh ambil exam tahun ni " Arjuna tetap berkeras ingin mengugut.
Han berasa bengang dengan ugutan lelaki itu. Dia protes lalu melempar rokok itu ke tanah dengan kasar sebelum beredar meninggalkan lelaki itu sendirian.
Entah dari mana budak baru ini yang sibuk sangat nak mengatur Han. Kenapa dia perlu sibuk hal aku?
———————————
Luna's notes:
What if i back down now, 'cause I'm afraid of what might happen
YOU ARE READING
Lagenda Budak Kasmaran
Teen FictionThe Last Letter Of Happiness [ english title ] Salahkah ku - hafiz suip ft rossa Potret- akim & the majistret Start : 10.12.2020 End : hiatus (in editing)