☻Chapter 07

78 0 0
                                    

⋅•⋅⋅•⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅∙∘☽༓☾∘∙•⋅⋅⋅•⋅⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅

⋅•⋅⋅•⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅∙∘☽༓☾∘∙•⋅⋅⋅•⋅⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⋅•⋅⋅•⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅∙∘☽༓☾∘∙•⋅⋅⋅•⋅⋅⊰⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅⋅•⋅

Jam telah hampir dekat pukul 12 malam. Kami jalan beriringan. Arjuna ingin mempelawa untuk temanku balik. Dia takut kalau aku bunuh diri lagi sekali. Sepanjang sesi kausenling dengan dia tadi , hati ni sedikit sebanyak buat aku berfikir yang bunuh diri ni bukan lari dari masalah , tapi menambahkan lagi masalah.

Dalam hidup ni tiada siapa yang boleh tolong diri kita melainkan diri kita sendiri.

"Urm terima kasih teman aku balik sampai rumah " kata aku yang telah menapak dirumah.

"Hm ini kali kedua aku teman kau balik rumah , lepasni boleh la aku teman hari ii kau balik " Arjuna mengusik.

"Ish kau ni " Aku acah menyikunya.

"Aku masuk dulu  , bye " kata aku.

"Waalaikummussalam " Arjuna memerli aku.

                                   ___skip___

"Baru balik  ?? " ibu menyergahku. Haish terkejut la aku. Aduh cukup la aku tak larat la nak gaduh malam malam macam ni.

Aku mengendahkan pertanyaannya. Aku mahu masuk ke bilik ku.

" Aku tak habis cakap lagi dengan kau ni ? Kau pergi mana ha ?! Malam malam macam ni baru balik ?! Dengan basah lencu- "

"Ibu , please Han penatlah. Han baru balik dari kerja penat. Han nak mandi. Tolong ibu , bagi Han rehat. Kita sambung esok " Aku betul betul penat harini. Bukan fizikal tapi mental aku penat.

Ibu berdiam tanpa berkata apa apa. Setelah aku melihat dia terdiam aku terus masuk bilik. Tak tahu nal cakap apa lah tu.

                                   ___skip___

Aku bangun setelah deringan alarm phone aku berbunyi . Ada satu notifikasi WhatsApp muncul. Dari Arjuna. Ya, setelah kejadian semalam kami bertukar tukar nombor.

Arjuna

" Selamat pagi orang cantik "

" Aku harap pagi ni kau lebih baik dari hari semalam ! "

Aku tersenyum dengan pesanan dari si dia. Selepas membacanya terus aku menutup telefon dan turun mandi. Nanti nanti la aku balas chat dia .

Aku turun bersarapan. Pelik ! Selalunya ada saja ibu bising bising ingin berperang mulut dengan ku. Selepas kata kata keluhan aku semalam ibu langsung tidak bersuara dengan ku. Biarkan lah , malas aku nak dengar dia bebel hari hari.

Harini aku berkira kira untuk pergi ke sekolah ingin menaiki basikal ku. Selalunya aku berjalan kaki. Tiba tiba sahaja tayar basikal aku pancit. Alamak aku nak pergi sekolah tau. Mood aku baik harini tolong jangan rosakkan. Mahu tak mahu aku kena naik dengan abang ku. Dia hantar ku ke sekolah.

Aku masuk ke kelas. Ternyata Arjuna sudah berada di meja. Aku duduk tanpa berkata kata. Kami bercakap dalam kelas bila perlu. Itupun tanya pasal homework . Tiba ii aku terasa bahu lengan ku dicuit dengan pen orang sebelah. Dia memberikan surat ronyok. Aku membukanya.

Semangat  !!
Jangan lupa berdoa untuk semua perkara yang diperjuangkan 

Kenapa lah Arjuna ni lain betul. Banyak betul kata katanya yang membuatku berasa gementar. Tanpa aku sedari aku tersenyum tipis membaca surat darinya. Aku memandangnya , dia sedang menongkat dagunya sambil merenung aku. Aku terbeliak mata lalu terus aku mengalihkan pandangan.

Lah dia ni dari tadi tenung aku ke .

Ini kali pertama aku dapat tengok muka Han senyum dengan depan mata aku sendiri. Walaupun sekejap tapi mampu membuatkan hati aku berbunga.

Lagenda Budak Kasmaran Where stories live. Discover now