Yasmeen menyusun buku-buku anak muridnya yang berselerak dia atas meja. Sesekali dia menguap.
"Haih mengantuknya, balik nanti aku nak tidur terus la." ujarnya sambil menyusun buku. Dia menguap lagi.
"Meen? Tak balik lagi ke?" Terdengar suara seorang wanita menegurnya. Yasmeen menoleh ke arah wajah wanita yang agak berusia, dahinya berkerut.
"Eh kak Milah? Kenapa tak balik lagi?" tanyanya. Kak Milah adalah pembantu cikgu. Dia akan pulang awal selepas memastikan anak-anak murid mereka pulang ke rumah.
"Ni hah, ada seorang anak murid kita tak balik lagi.. si Ayman tu.." ujar Kak Milah dengan wajah gusar.
Dahi Yasmeen berkerut mendengar nama itu. Selalu anak muridnya itu, orang yang terawal mak nya datang ambil.
"Lah.. Ayman tak balik lagi ke.. selalu kan, maknya yang ambil cepat?"
"Entah lah Meen.. harini lambat pula maknya tu.."
Yasmeen hanya mengangguk kepalanya. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu sebelum memandang kembali wanita di hadapannya itu.
"Dah call ke, mak nya?"
"Akak dah call banyak kali, takde nya diangkat..." Yasmeen mengusap dagunya. Dahinya berkerut sebelum mengangukkan kepalanya.
"Takpelah.. akak balik dulu, saya jagakan Ayman sampai mak dia sampai.." putus Yasmeen.
Lagipun Kak Milah pun ada kewajipan yang lain. Nak memasak la, apa lah. Orang dah jadi isteri. Lain lah, macam dia. Tak kahwin lagi.
"Boleh ke ni?"
Yasmeen tersenyum seraya menganggukkan kepalanya. Kak Milah tersenyum lega.
"Kalau macam tu, akak balik lah dulu ye. Assalammualaikum. Ayman ada kat depan, duduk dekat buaian." kata Kak Mila sekaligus berlalu pergi dari situ.
Bergegas Yasmeen mengambil barang nya dan terus menuju tempat diberitahu oleh Kak Milah.
"Ayman..." tegur Yasmeen apabila terlihat anak kecil itu sedang duduk termenung memandang tar jalan.
"Eh, cikgu..." Ayman menoleh ke arah Yasmeen dengan menghadiahkan sebuah senyuman manis. Yasmeen tersenyum melihat senyuman manis Ayman.
'Ihh, kecik-kecik dah punya senyuman yang manis!'
"Mak tak ambil lagi ke? Selalu, Ayman la paling awal balik."
"Hmm, tak tahu lah cikgu... lambat pula mak ambil Ayman.." wajah Ayman muram. Yasmeen mengusap rambut ikal Ayman.
"Kejap lagi, datang la tu mak Ayman tu..." katanya sambil tersenyum. Ayman hanya tersenyum hambar.
15 minit kemudian..
Pon ! Pon !
Ayman yang sedang berbual dengan Yasmeen terus bangun daripada buaian dengan wajah terujanya.
"Papa! Papa amik Ayman la cikgu!" ujar Ayman teruja. Dia berlari anak ke arah papanya.
Yasmeen nampak seorang lelaki berbaju kemeja berwarna hitam keluar dari kereta tersebut. Sebaik sahaja lelaki itu menampakknya wajahnya, tiba-tiba jantung Yasmeen berdetak kuat.
"Ishh, apa lari-lari ni sayang?" tegur lelaki itu. Wajahnya menunduk memandang wajah Ayman sambil mengelus rambut Ayman.
Yasmeen menghampiri dua beranak tersebut.
"Hati-hati balik.." Lelaki itu yang sedang mencium pipi anaknya tersentak. Dia memandang Yasmeen dengan menghadiahkan sebuah senyuman.
"Maaf ya cikgu, saya lambat ambil Ayman dari sekolah." ujar lelaki itu, wajahnya tampak serba salah. Yasmeen tersenyum.
"Takpelah encik. Saya okey je." lelaki itu tersenyum lega.
"Kalau macam tu, saya balik dulu. Salam cikgu, Ayman." Ayman menyalam tangan Yasmeen. Yasmeen hanya tersenyum.
Sebaik sahaja kereta tersebut pergi, Yasmeen meletakkan tangannya ke dada. "Auch, hensem betul bapak Ayman!" dia tersengih gatal.
*****
Yasmeen baring menghadap siling rumahnya sambil tersengih, jarinya memuntal-muntal rambut panjangnya itu.
"Hensem betul bapak Ayman tadi. Patutla Ayman hensem, bapaknya hensem giler. Hmm, kan best kalau bapak dia tu jadi suami aku. Hari-hari aku peluk. Takkan lepas. Hehe."
Yasmeen tersengih macam kerang busuk. Dia masih teringat wajah kacak ayahnya, Ayman.
Dia mengurut dagunya.
"Hmm, tapi dia dah ada isteri... Eh." tiba-tiba dia memegang dadanya. Dup dap!
"Arghhh, aku peduli apa kalau dia dah ada isteri pun? Lelaki boleh kahwin 4 apa! Hmmm...." dia tersenyum penuh makna.
_________
Hafeez keluar daripada bilik air sambil mengosok rambut basahnya dengan tuala. Seluar ditarik dari ampaian. Selepas dia memakai seluar, dia terus naik ke katil tanpa berbaju.
"Sayang...." panggil Hafeez sambil meletakkan dagunya di bahu isterinya itu. Tangannya dililitkan ke pinggang isterinya.
"Hmmm.."
"Merajuk lagi ke sayang? Sorry la sayang... abang lupa yang sayang suruh abang amik Ayman tadi..." luah Hafeez sambil hidungnya digeselkan ke bahu isterinya itu.
Petang tadi, isterinya merajuk dengannya apabila Ayman mengadu papanya ambil dia di sekolah, lambat.
"Takde la bang..." ujar isterinya itu, lemah. Isterinya memusingkan tubuhnya menghadap Hafeez. Hafeez perasan wajah isterinya itu tidak bermaya.
"Sayang.. kenape ni? Tak sihat lagi ke demam tu? Sayang pregnant kot?" tekanya sambil tersengih lebar. Sudah 2 hari isterinya diserang demam. Agaknya sedang pregnant.
"Ish, mana ada lah abang.. sikit je ni.. esok-esok okey lah." kata isterinya itu sambil tersenyum.
"Betul ni?" Hafeez mengusap rambut isterinya dengan penuh kasih sayang.
"Betul abang.. hmm, nak peluk." pinta isterinya dengan manja. Hafeez tersenyum seraya itu, isterinya itu memeluk tubuhnya dengan erat.
"Manja." isterinya hanya tersengih.
YOU ARE READING
Yang Kedua
Romance(COMPLETE) ✓ Kali pertama melihat wajah lelaki itu, hati Yasmeen tekad untuk memiliki lelaki itu, walaupun lelaki itu telah mempunyai dua permata hati, iaitu isteri dan seorang anak lelaki. Berjayakah Yasmeen memiliki lelaki itu? Abang ada sayang je...