Bab 28

165 13 2
                                        

Puteri Syarifah Seroja lekas menutup wajahnya, secara tidak sengaja matanya beralih ke arah seorang jejaka.

'Dia? Sejak bila? Kenapa tiba-tiba dia ada di sini?! Dia sudah pulang?' Berbagai-bagai pertanyaan dan perkara berlegar-legar di fikiran Puteri Syarifah Seroja membuatkan dirinya semakin runsing.

Baru sahaja Puteri Syarifah Seroja mencapai lengan Cempaka untuk pergi dari situ tetapi Adnan laju sahaja merangkul pergelangan tangan Puteri Syarifah Seroja. Dia pun terus menepis tangan Adnan daripada terus menyentuhnya. Puteri Syarifah Seroja pandang Adnan dengan pandangan penuh dengan benci.

'Rahsiaku. Jangan-jangan..'

Seroja terkaku pabila dia melihat fugira lelaki itu mendekati Adnan lalu dia menggenggam pergelangan tangan Adnan dengan begitu kuat hingga Adnan mendesis kesakitan.

Adnan pun melepaskan genggamannya daripada terus menyentuh pergelangan tangan Puteri Syarifah Seroja. Jelas kelihatan Adnan terkejut melihat wajah itu. "Aku ada urusan sama dia. Ketepi."

"Urusan apa?" soal Hamza.

"Bukan urusan mu," ujarnya dengan sedikit gentar.

"Urusan dia, urusan aku kerna aku tunangan dia. Jadi..." Hamza mendekatkan wajahnya ke wajah lelaki itu.

"...hapuskan angan kau mahu kahwini dia kerna dia milikku."

Seroja terkejut akan pengakuan Hamza.

Adnan mula naik angin. Jelas mukanya itu menahan. Tangannya digenggam kuat. Zai mendekati Adnan lalu ditariknya menjauh. Tidak memasal Zai mendapat tumbukan dari Adnan untuk dijadikan tempat tempiasnya kerana dia tidak mampu melakukan itu terhadap anak keturunan kerabat itu.

─•~❉᯽❉~•─

Hamza pun menghulur air minuman hangat untuk Seroja. Pergelangan Seroja yang sedikit membekas itu ditenung oleh Hamza. "Maaf kerna jika aku datang lebih awal, mungkin kau tidak tersakiti seperti ini."

Seroja menggeleng dengan tertawa nipis. "Aku pernah hadap lebih dari ini."

Hamza faham apa yang Seroja sampaikan. Dia mengangguk perlahan. "Tetap saja, aku mahu lindungi kau. Aku tidak sanggup melihat kau dilakukan seperti itu. Oleh itu, aku akan menjaga kau bak permata. Dengan penuh kelembutan, penuh rasa sayang dan belas kasih. Aku sudah jatuh cinta sama kau hingga aku tidak mahu kau disakiti walaupun dari seekor nyamuk."

PAK!

Hamza membunuh seekor nyamuk yang mahu mendekati Seroja. Seroja tertawa kerna lucu. Tidak dia sangka muka segarang singa itu boleh berkata-kata semanis ini.

"Aku mahu kahwini kau secepat mungkin. Aku mahu lindungi kau. Aku mahu ada sama kau setiap masa. Jadi, esok aku mahu bawa kau bersamaku pulang kerumahku dahulu. Bisakah? Jika kau kurang selesa, kau boleh bawak Cempaka bersama."

Seroja terdiam sejenak. "Baiklah. Bakalku khabarkan khabar ini kepada kak Cempaka."

Hamza mengangguk.


"Maaf Seroja. Kak rasa tidak boleh menemani kalian berdua. Abah masih belum pulih sepenuhnya." Seroja mengangguk tanda memahami Cempaka.

"Nak ikut!" Sejak tadi Kuntum mengulang ayat itu. Dan setiap itu lah Cempaka mengatakan tidak.

Kuntum mahu menangis. Mukanya sudah monyok dengan matanya yang berkaca menahan tangisan.

"Kak Seroja..." Kuntum menunjuk mukanya bak anak kucing

Seroja sejujurnya tidak kesah jika Kuntum mahu ikut cuman harus mendapat kebenaran dari kak Cempaka pasti sukar.

"Jikalau kak Cempaka meminta tolong Amri... boleh kah?"

Hikayat Insan NayanikaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang