8

451 29 7
                                    

Suasana bingit di deretan meja di depan kedai mamak dihiraukan. Usai sahaja masa kerjanya habis, dia terus menuju ke tempat di mana rakan-rakannya yang lain tetapkan untuk lepak sekali. Setiap seorang daripada mereka yang berada di meja itu direnung dengan tajam seperti mereka ada berbuat salah dengan dia. Matanya terhenti pada gadis yang berambut perang hitam yang sedang termenung. Senyuman kecil penuh makna terukir di wajahnya. Dia pernah diberitahu bahawa gadis itu simpan perasaan terhadapnya, tetapi disebabkan ego yang tinggi melangit, gadis itu lebih rela berdiam diri dari menyatakan perasaan sebenar dia terhadapnya. Ah, dia perasan. Hujung bibirnya melirik ke atas apabila riak Khairunnisa berubah jadi tidak senang.

"Apa pandang-pandang? Ada hutang?" Khairunnisa akhirnya bersuara apabila dia perasan yang Shahrul sedang memerhatinya dari satu sudut meja yang tersusun panjang.

"Sini kejap, Khai. Aku nak cakap sikit." Muka Mina yang mencuka di sebelahnya tidak dihiraukan. Jarinya menggamit, memanggil Khairunnisa kepadanya.

Khairunnisa, tanpa berfikir panjang, bangun dari tempat duduknya dan terus bergerak ke arah Shahrul. "Apasal?"

"Saja panggil. Amacam kehidupan berkahwin? Seronok?"

Cebik. "Gitu-gitu jelah. Kenapa?"

"Saja. Curious." Shahrul tersenyum senget. Mina yang duduk rapat dengannya ditarik lagi rapat ke tubuhnya sambil jarinya memintal-mintal hujung rambut Mina. "Nanti, sebelum kau balik, jumpa aku kejap. Ada benda aku nak cakap dengan kau."

"Cakap apa?" Kening kanan Khairunnisa terangkat tinggi. Anak matanya memandang Mina yang sedang membuat muka jelik kepadanya. "Mina jealous karang." Hujung ayatnya diselitkan sedikit ketawa kecil.

"Takpe. Dia tak kisah. Lagipun sekejap je aku nak jumpa dengan kau. Tak ada benda penting sangat pun."

"Okey."

Pintu rumah dihempas dengan kuat. Helmetnya dicampak ke atas rak kasut dengan kasar. Nazmi yang berada di ruang tamu dan Naina yang berada di dapur pulau tidak diendahkan. Kurang ajar kau Shahrul. Nafasnya semakin kencang. Perasaan marahnya terhadap Shahrul tidak dapat dibendung lagi dan akhirnya, air mata yang ditahan mengalir juga.

"Kau memang sengaja nak hancurkan rumah aku ke?" Rendah suara Nazmi berkata dengan nada geram disertakan. Dahinya berkerut seribu. Pelik dengan perangai isterinya yang tiba-tiba muncul, dengan tak ada salamnya, terus hempas pintu macam nak tercabut pintu tu.

"Diamlah." Pintu bilik dihempas kuat.

Nazmi dan Naina berbalas pandangan. Kening Nazmi terangkat tinggi. Bahu Naina dijungkit berkali-kali.

"Kenapa dengan kakak ipar Nai tu?"

"Entahlah, bang. Cuba abang tanya dia sendiri."

Nazmi juih bibir. "Tak kuasa aku." Matanya tertumpu semula ke arah televisyen. "Kurang ajar jugak eh dia tu."

"Kalau dia kurang ajar, abang kenalah ajar dia supaya dia lebih ajar." Naina ketawa terkekek dengan lawaknya sendiri. Tangannya sibuk mengelap pinggan basah dalam sinki.

"Tak lawak, Naina. Sila cuba lagi," balas Nazmi dengan ton datar.

Tubuhnya dihempas ke atas katil dengan ganas. Nafasnya yang masih kucar-kacir dibiarkan dengan rentak yang sama buat beberapa saat. Apa yang terjadi setengah jam lepas bermain semula dalam fikirannya. Sial. Carutan itu berulang kali disebut dalam kepalanya. Semuanya gara-gara Shahrul yang tanpa segan silu, cuba untuk menciumnya secara tiba-tiba. Itu pun kalau bukan disebabkan refleksnya yang pantas, mungkin bibirnya berjaya dicium oleh lelaki itu.

"Kau dah kenapa?! Buang tebiat?!" Jerit Khairunnisa dengan kuat, membiarkan pandangan pelik yang diberi oleh orang sekeliling. Memandang mereka jauh dari meja tempat yang lain lepak, jadi apa yang terjadi tadi hanyalah berlaku antara dia, Shahrul dan beberapa orang yang lalu lalang di kawasan itu. Bibirnya ditutup dengan belakang pergelangan tangannya. Matanya menjegil lelaki yang sedang tersenyum senget itu dengan geram.

"Saja." Shahrul melangkah setapak ke depan. "Kenapa kau kahwin dengan laki tu? Sebab dia kaya ke? Bukan kau tak suka dia ke? Dan bukannya kau suka aku ke?"

"Bilanya aku suka kau?!" Geramnya akhirnya terhambur. Kuat dia menjerit ke arah Shahrul sambil menolak – lebih kepada merempuh – Shahrul dengan bahunya sehingga membuatkan Shahrul hampir terjatuh ke belakang. "Kau ingat. Jangan perasan sangat yang semua orang suka dekat kau. Ptuih!" Dia meludah ke kaki Shahrul. "Harap muka je ada rupa. Perangai macam hapa!" Helmet disarungkan dan motornya dihidupkan dan terus bergerak pulang ke rumah.

Kenapa aku menangis? Air matanya diseka kasar. Matanya yang kabur merenung siling putih biliknya. Ke aku menangis sebab aku takut? Tapi memang apa yang jadi tadi memang buat aku takut. Nasib baik dia cuma cuba cium je. Kalau rogol? Nauzubillah min zalik! Tubuhnya dibangunkan dari katil dan terus menuju ke bilik air.

Naina sudah pun beransur ke bilik tidur. Manakala Nazmi pula sedang menutupi semua lampu dan tingkap rumah sebelum dia pula beredar ke bilik tidur. Pintu bilik yang baru sahaja mahu dibuka tersekat di tengah jalan apabila Khairunnisa keluar daripada bilik tidurnya, dengan berbaju kemeja T besar dan berseluar tiga suku, dengan muka sembap.

Aik, dia menangis ke tadi? Anak matanya mengekori susuk tubuh isterinya yang bergerak ke dapur tanpa membuka sebarang lampu. Keluhan kecil dilepaskan. Aku tak nak risau pasal dia. Tpi masalahnya sekarang dia yang buat aku terpaksa risau pasal dia. Nak tak nak, dia dah jadi tanggungjawab aku. Nazmi mengurut pelipis perlahan. Pintu yang dikuak separuh, ditutup semula dan melangkah semula ke dapur basah. Khairunnisa yang sedang termenung di hadapan sinki, merenung ke luar tingkap dipandang. "Kau kenapa?"

"Tak ada apa-apa," suaranya datar tanpa perasaan tanpa mengalihkan pandangannya. "Duit baki, aku dah bank in balik dekat kau. Esok, Insya-Allah aku dapat gaji. Hutang minyak kau masa sebelum kahwin dengan baiki motor aku bayar terus."

"Okey. Suka hati kau," balas Nazmi sambil bergerak semula ke arah bilik tidurnya.

"Nazmi."

Diam.

"Apa kau buat kalau ada orang tiba-tiba cium kau tanpa kau punya kebenaran?"

"Siapa cuba cium kau?" Suara Nazmi rendah bahaya.

"Tak ada siapa. Tanya untuk kawan."

"I'll hit them."

Rahang Khairunnisa terjatuh. Terkejut dengan jawapan ringkas suaminya. "Tapi yang cium kau tu perempuan. Takkan kau nak pukul jugak?" Soalnya dengan tawa kecil terselit.

Sekali lagi, keluhan kecil terlepas. "I'll just push them away. Tapi kalau kawan kau tu perempuan, dia patut sepak je laki tu sampai bersepai gigi."

Aku memang nak buat macam tu tapi Shahrul tu tinggi. Khairunnisa menyeringai tanpa sebab. Mungkin lega mendengar jawapan Nazmi walaupun dia sendiri tak faham kenapa dia rasa lega. "Ah... Tapi kalau laki tu besar kuat?"

"Push them away, as hard as you can. Run. Takkan itu pun kena ajar?" Kening Nazmi terangkat tinggi. Pelik dia apabila perkara asas tentang keselamatan diri pun kena dijelaskan kepada gadis itu.

"Kalau rempuh?"

"Pun boleh. Lagi bagus." Kenapa aku boleh berbual selamba dengan dia macam ni? Khairunnisa yang kali ini sedang tersenyum menghadapnya dipandang. Okeylah, dia comel. Puas?

"Itu je yang aku nak tanya. Terima kasih."

"Whatever." Tubuhnya dipusing semula ke ruang tamu.

"Nazmi."

"Apa lagi?"

"Bila kita nak buat anak?"

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now