58

580 21 12
                                    

Zuhaira berteleku di meja pejabat. Kadang-kadang keluhan kecil terlepas. Otaknya makin serabut memikirkan perkara yang tidak patut difikirkannya sekarang. Nisa dengan suami dia dah berbaik. Dah nak timang lagi sorang dah pun... aku ni haa... bila nak ada perkembangan?

"Uit, kak... menung apa tu?" Tegur Khairunnisa dengan kening diangkat berkali-kali. "Jom, kita lunch. Saya nak makan nasi goreng kampung dekat bawah."

"Jom, jom." Seraya bangun, beg tangan ditarik dari bawah meja. "Ni mesti baby yang nak makan ni."

"Taklah. Ni mama dia yang nak makan. Tak tahulah kenapa mama dia suka sangat nasi goreng. Seminggu berturut tak pernah tinggal nasi goreng." Senyuman besar langsung tidak lekang dari wajahnya.

"Mengidamlah tu..." hujung bibir tertarik. Dirinya turut terkena tempias bahagia si Khairunnisa. "Bilalah turn akak pulak?" tuturnya tanpa sedar.

"Haa? Kenapa akak cakap macam tu? Encik Megat tak nak anak ke?"

"Bukan..."

"Habis tu?"

"Encik Megat sebenarnya tengah bengang dengan akak sekarang." Tempat duduk kosong dituju. Sempat mereka memesan makanan sebelum menyambung semula perbualan.

"Lepas tu? lepas tu?" Khairunnisa semakin teruja. "Tapi saya tak nampak pun Encik Megat masam muka? Selalukan kalau orang ada problem dekat rumah, sampai ke pejabat dorang bawak? Paling kurang, muka. Muka mesti masam. Tapi Encik Megat nampak okey je?"

"Itu masalahnya... Ini kali pertama akak nampak dia betul-betul marah. Encik Megat opposite. Lagi dia marah, lagi dia tersenyum lebar. Cuak jugak akak." Zuhaira juih bibir. Wajah suaminya yang tersenyum lebar di pejabat tadi sukar untuk dilupakan. Dia masih boleh merasakan api kemarahan di sebalik senyuman itu. "Cumanya, bila akak berdua dengan dia, tak adalah dia senyum. Muka dia biasa je. Tawar. Sangat bukan dia."

"Apa yang buatkan dia marah dekat akak sampai dia buat macam tu?" Khairunnisa biul. Tadi dekat pejabat, Encik Megat nampak sama macam hari-hari lain. Sentiasa ceria. Tak ada pula masam-masam.

"Hmm... akak sorokkan patung robot, mainan dia semua. Mengamuklah dia. Akak tak tahulah pulak benda tu penting sangat sampai dia mengamuk macam tu."

Khairunnisa buntang mata. "Kenapa akak buat macam tu??? Memanglah Encik Megat marah. Jujur, kalau ada orang usik barang saya pun saya marah. Lagi-lagi kalau barang tu ada yang special edition. Akak sorok dekat mana?"

Zuhaira membungkam. Dia langsung tak sedar apa yang dilakukannya adalah satu kesalahan yang sangat besar. Baginya, patung itu cuma sekadar patung. Bukannya sesuatu yang penting. "Akak kumpul letak dalam beg plastik je. Lepas tu akak letak dalam stor."

Khairunnisa keluh kasar. Dia turut terkena tempias yang dirasakan Encik Megat sekarang. "Akak... mainan tu semua passion dia. Hobi. Lepas tu, hobi Encik Megat tu bukannya murah. Semua mahal-mahal. Satu patung kecik tu je dah boleh capai ratusan ringgit. Memang logiklah Encik Megat marah."

"Tapi akak dah susun balik semua mainan dia semua. Takkan itu pun dia nak pendam sampai sekarang? Macam budak-budak." Zuhaira juih bibir. Bengang juga apabila suaminya langsung tidak move on dari perkara itu.

"Akak ada minta maaf?"

"Ada. Tapi dia buat dek je. Cuak jugak akak." Kini giliran Zuhaira pula mengeluh. Buntu dengan cara apa lagi yang patut digunakan untuk pujuk suaminya.

"Kejap... maksudnya akak dah pindah duduk dengan Encik Megat? Tak silap saya, last time saya dengar, akak duduk bilik sewakan?"

"Dah lama dah... masa Nisa mengandung dulu. Yang Nisa berhenti kerja sekejap. Masa tu akak dah pindah ke rumah Encik Megat." Sudu dan garfu dalam bekas diambil dan dilap dengan tisu. Nasi goreng kampung yang baru tiba disuap ke mulut selepas membaca basmalah.

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now