48

619 29 5
                                    

Semua barang sudah selesai dikemaskan. Yang tinggal cuma untuk memunggah barang ke ruang tamu sahaja. Seperti apa yang dijanjikan Nazmi, pukul 12.30 nanti dia akan tiba. Dan buat masa sekarang, lagi setengah jam lagi tinggal untuk dia menunggu ketibaan Nazmi. Senyuman kecil tercoret. Tak sabar dia mahu pulang semula ke rumah. Walaupun minggu lepas ada sedikit perbalahan antara dia dengan Nazmi, tapi perkara itu dipedulikan sahaja. Malas memikirkan apa yang terjadi antara mereka. Namun, hatinya kuat mengatakan bahawa apa yang dikatakan Nazmi minggu lepas cumalah satu kenyataan untuk menyakitkan hatinya dan bukanlah Nazmi benar-benar maksudkannya.

"Nisa..." Pintu diketuk perlahan. Suara Kak Pi kedengaran. "Suami kamu sudah sampai."

"Oh..." Awalnya. "Okey, Kak Pi. Terima kasih. Sekejap lagi saya turun." Semua beg yang mampu disangkutkan ke tubuh disangkut dan tangannya yang kosong membawa semua kotak-kotak yang mengandungi barang-barangnya. Two way trip is for the weak. Hatinya terkekek kecil. Kalau boleh, dia mahu membawa kesemua barangnya dengan sekali harung. Malas dia naik turun semula ke tingkat atas. Bilik tidurnya diperiksa buat kali terakhir. Kenangan selama enam bulan di sini tidak akan dilupakan.

"Jemput masuk, Nazmi." Pelawa Datuk Shah sambil tersenyum lebar. Gembira hatinya bila dapat berkenalan dengan arkitek muda itu. Dan peluang untuk menjalinkan hubungan perniagaan juga tak akan dilepaskan. Manalah tahu, suatu hari nanti syarikatnya dapat menjadi kontraktor untuk projek arkitek muda itu untuk masa akan datang?

"Terima kasih, Datuk." Nazmi membalas semula senyuman Datuk Shah sambil berjabat tangan. Haziq yang sedang berdiri di sisinya didukung. "Salam Datuk."

Haziq hanya menurut tanpa takut-takut. Tangan orang tua di hadapannya dikucup dengan bibirnya yang basah.

"Tak payah Datuk. Panggil Atuk je." Pipi gebu Haziq ditarik lembut. "Duduk dulu, Nazmi. Kejap lagi bibik sediakan air."

"Baik, Datuk." Ruang tamu dituju. Matanya melilau ke dalam ruangan rumah agam itu. Nice. Haziq diletakkan di sebelahnya.

"Nazmi."

Kepalanya ditala ke arah sumber suara.

"Tolong saya. Tak larat nak angkat barang-barang ni." Muka Khairunnisa naik biru akibat mengangkat terlalu banyak barang dari biliknya.

Nazmi bergerak pantas ke arah Khairunnisa di tangga. Tawa kecil terlepas apabila melihat isterinya dalam situasi itu. Kotak di tangan Khairunnisa diambil. Kemudian, beg duffelnya pula diambil. "Kenapa tak bawa satu-satu? Muka dah macam nak terkucil."

"Two way trip is for the weak. Lagi pun saya malas nak berulang-alik ke bilik." Khairunnisa menarik nafas dalam. Lega bila bebanan yang diangkutnya berkurang. "Mana Datuk?"

"Dapur kut. Letak je barang kau dekat situ. Nanti aku angkat." Barang-barang Khairunnisa tadi terus dibawa dan disusun ke dalam but kereta. Khairunnisa yang berada di sebelahnya sambil mendukung Haziq dipandang sekilas. "Apa pandang-pandang?"

"Saja nak pandang. Tak boleh ke?"

"Mana boleh saja. Mesti ada sebab." Nazmi tersenyum senget. "Kau bawa barang apa sampai banyak sangat ni? Kau datang sini dulu pun dengan barang banyak macam ni ke?"

"Taklah." Khairunnisa tersengih. "Tu semua hadiah dari officemate. Dorang bagi semalam sebab saya tukar branch balik." Nazmi yang bergerak semula ke dalam rumah dibuntuti. "Datin dengan Datuk suruh makan tengah hari dekat sini dulu. Lepas tu baru balik."

"Okey. Nanti sebelum balik KL, aku nak singgah JPO." Barang Khairunnisa yang selebihnya diangkut ke kereta. But kereta ditutup apabila barang-barang itu selesai disusun.

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now