25

439 26 3
                                    

"Um, Nazmi. Boleh ajar Nisa masak?" Sejak insiden di mana dia berlari meninggalkan rumah untuk menenangkan diri dua minggu lepas, hubungan dia dengan suaminya semakin keruh. Lagi teruk, bila dia merajuk tempoh hari, Nazmi langsung tidak memujuknya. Bahkan mencari dia pun tidak. Tapi apa yang berlaku cuba dilupakan. Hidup perlu diteruskan. Walaupun suaminya tidak memberikan kasih sayang kepadanya. Nazmi yang sibuk bermain membetulkan tali gitar ditanya dengan teragak-agak.

Seperti biasa, mulutnya terkunci daripada menjawab soalan Khairunnisa. Tali gitar dipetik, cuba membetulkan tuning.

"Nazmi. Nisa tanya Nazmi ni." Lembut sahaja suaranya menyoal. Sejak Haziq lahir, cara percakapannya dengan Nazmi menjadi semakin lemah-lembut dan perlahan. Tidak lagi seperti dulu, yang suaranya tak ubah seperti suara kucing bergaduh. Nyaring yang amat. Bingkai pintu dipegang dengan kuat. Kepalanya terjojol di sebalik dinding, memandang Nazmi dalam bilik belajarnya. "Nazmi...
"Why do you need to learn how to cook?" Kening kanan terangkat tinggi.

"Um, sebab nanti bila Nazmi balik, boleh Nisa masakkan untuk Nazmi. Lagi pun, sekarang Nazmi dah tak masak untuk Nisa. Jadi... kalau selalu makan luar pun muak juga." Kepalanya digaru sambil tersengih. Apa yang dikatakannya tadi memang ada betulnya. Nazmi cuma masak untuknya ketika dia mengandung sahaja. Sebaik sahaja dia melahirkan Haziq, semua layanan istimewa yang pernah diberikan Nazmi kepadanya terhenti. Jadi, nak tak nak, terpaksalah dia belajar memasak. Yelah, takkan hari-hari nak bungkus luar? Memang muaklah jadinya.

"Pergi kelas belajar memasak. Aku malas nak ajar." Tali gitar dipetik-petik semula. Kadang-kadang jarinya memusingkan tuning keys.

"Tapi Nazmi kan ada masa sekarang? Dari main gitar tu, lagi elok kalau Nazmi ajar Nisa masak. Kan?"

Jelingan maut Nazmi muncul. "Part mana dalam ayat 'aku malas' yang kau tak faham?" Nadanya mencerun. Perlahan dan dalam.

Gulp!

"Kau nak aku jerit dekat telinga kau guna hailer baru kau nak faham ke?"

"T-tak." Tubuhnya sedikit menggeletar.

"Dah tu?"

"Um, s-sorry." Laju dia meninggalkan Nazmi berseorangan. Belakangnya disandarkan ke dinding dengan tangan mengusap-usap perut. Perutnya dah buat konsert metal dah. Nak makan maggi, stok maggi habis. Nak masak, dia pula tak pandai. Kalau setakat telur goreng tu, bolehlah tapi disebabkan tempat memasak gunakan dapur elektrik, jadi dia tak berapa nak pandailah nak guna benda tu.

Buat telur setengah masak jelah. Rendam dengan air panas je pun, kan? Perlahan kakinya menuju dapur. Sambil tu, matanya sempat melilau ke ruang tamu mencari kelibat Haziq yang sedang tidur. Oh, dia dengan ayah dia dekat dalam bilik tadi. Baru ingat nak main dengan dia.

Dua biji telur diambil keluar dari peti sejuk dan dibasuh bersih. Air pula dimasak dalam cerek elektrik sebelum dituangkan ke dalam mangkuk yang telah diletakkan dua biji telur tadi. Sambil menunggu, dia termenung kosong mengenang nasib. Sekali sekala keluhan perlahan terlepas.

Pening memikirkan nasibnya yang terumbang-ambing bagai dibadai ombak. Dan sejak hari itu jugalah, dia langsung tidak sempat keluar berdua dengan Naina disebabkan Naina sibuk dengan kerja dan persiapan perkahwinannya. Dia pula... hanya tercongok di rumah tanpa ada apa-apa kerja untuk dibuat. Cakap pasal kerja... aku kerja balik boleh tak? Nak kata aku duduk rumah jaga Haziq pun tak jugak sebab Nazmi hantar Haziq pergi nursery.

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now