12

453 25 3
                                    

Nazmi berang. Setiap kali dia bergerak je, mesti Khairunnisa akan membuntutinya tanpa sebab. Atau mungkin sebab sebenar hanya cuma untuk menyakitkan hatinya sahaja. "Jangan ikut aku, boleh tak?"

"Tak." Khairunnisa tersengih. "Aku akan ikut ke mana je kau pergi sampai kau setuju bagi aku anak."

"Aku tak boleh bagi kau anak. Yang boleh bagi Tuhan je. Takkan itu pun tak faham?" Nazmi menarik nafas dalam. Khairunnisa di depan dijegil geram. Eii, kalau mata aku ada laser, memang dah berlubang dah kepala tu.

"Kalau macam tu, bagi aku sperm kau."

Nazmi menderum. Budak ni memang tak faham bahasa. "Kenapa kau beria-ia sangat nak ada anak ni? Kau bukannya boleh jaga dia pun."

"Siapa cakap? Aku tak cakap. Kau yang cakap. Aku rasa aku boleh je jaga dia dengan elok tanpa bantuan kau." Khairunnisa menjawab dengan riak yakin bercorak di wajahnya.

"Kau yakin?"

"Yakin seyakin, yakinnya." Kali ini, anggukan disertakan.

"Buktikan dekat aku dulu."

"Kau nak bukti macam mana? Cakap. Aku buktikan." Badannya tegak berdiri sambil bercekak pinggang, dan mendongak kepalanya tinggi.

"Jangan minta duit dari aku lagi. Jangan minta aku tanggung kau lagi. Jangan telefon aku lagi kalau kau ada masalah. Jangan libatkan aku dalam masalah kau. Dalam masa sebulan. Kalau boleh buat, baru aku setuju." Matanya mencerlung tajam ke arah Khairunnisa yang berada tiga kaki jauh darinya.

Khairunnisa gigit bibir. Syarat yang diberikan Nazmi langsung tidak masuk akal sebab dia sendiri tahu, tiada siapa lagi yang dia boleh bergantung harap melainkan suaminya sendiri. Dan dia sendiri tak faham, kenapa sejak dia berkahwin dengan Nazmi, dia sering ditimpa kesusahan. Dia langsung tak faham. Ada je bantuan yang dia perlukan daripada Nazmi.

"Boleh tak?" Soalan sama diulang apabila Khairunnisa tidak bersuara.

"Aku... tak janji."

"Maksudnya kau gagal."

"Aduh mak ai. Anak je pun yang aku mintak. Bukannya satu juta. Takkan itu pun susah sangat? Atau kau lagi seronok kalau aku mintak orang lain bagi aku anak?"

Jegilan membunuh Nazmi muncul. Giginya diketap kuat sehingga rahangnya terasa ngilu, cuba menahan marah yang tiba-tiba marak. Cakap memang tak pakai otak budak ni.

Jegilan membunuh Nazmi dibuat-buat tak nampak. Walaupun dalam hatinya dia tergugat, namun perasaan menyampah terhadap Nazmi melebihi perasaan takut itu. "Atau pun kan, sebenarnya, kau takut nak ada komitmen?"

"Benda ni tak ada kena mengena dengan komitmen," suaranya semakin dalam, rendah dan bahaya. "Nampaknya apa yang aku cakap dekat kau tempoh hari, memang kau tak ada fikirkan, eh? Satu, kau tak layak jadi isteri aku. Dua, kau tak layak jadi mak untuk anak aku. Nak jadi mak untuk anak aku, kena yang layak sahaja. Faham?"

Setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Nazmi semakin lama, semakin sinis dan menyakitkan hatinya. Aku takkah mengalah! Khairunnisa berdecit. Sebulan sudah pun berlalu dan kalau dia tidak mengandung dalam tempoh yang terdekat, dirinya akan menjadi taruhan. Dan pasal duit tu. Mana aku nak cari? Gaji sekarang pun cukup tak cukup je untuk aku, ini pulak nak bersusah dengan Shahrul. Memang takda maknalah! Belakang Nazmi yang mula bergerak ke bilik tidur direnung dengan geram. Aku tak peduli pasal layak atau tak layak sebab aku yakin, kalau aku tak mampu jaga anak tu, Nazmi akan jaga dia. Mesti punya. Sebab tu anak dia jugak. "Cakap jelah kau sebenarnya mati pucuk."

Nazmi berhenti.

That hit the spot. Fuh, memang maut ayat kau, Nisa. Khairunnisa tersenyum sinis.

"Ulang balik," suara Nazmi bergetar amaran. Kepalanya menghala ke arah Khairunnisa dengan perlahan. Nampaknya Khairunnisa betul-betul sudah menggali kuburnya sendiri.

"Betullah kan? Kalau kau beria-ia sangat tak nak ada anak dengan aku, maksudnya memang kau tak bolehlah kan?" Hujung bibir Khairunnisa ternaik. Dia memulang paku buah keras. Jauh di sudut hatinya, dia cuba untuk menahan diri daripada membuat Nazmi marah tapi disebabkan kemenangan terasa berpihak di sebelahnya, dia makin galak mencucuk suaminya, walaupun renungan membunuh Nazmi hampir membuatkan lututnya berlaga. Renungan dia menakutkan!

Nazmi masih berdiam. Terasa panas yang teramat apabila dirinya dikata sebegitu rupa. Kalau benda sudah melibatkan hal yang tidak sepatutnya, lebih-lebih lagi hal bilik tidur, itu memang buat minyaknya mendidih. Melampau. Itu sahaja ayat yang terkeluar dari fikirannya. Khairunnisa yang sedang tersenyum kemenangan direnung dengan penuh perasaan marah. Dengan perlahan, dia bergerak ke arah Khairunnisa. Kali ini, giliran dia pula menyeringai besar. Kau nak, kau dapat. 

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now