26

423 25 3
                                    

"So? Apa cer Nisa?" Kedua-dua tangan menopang dagu dengan senyuman kecil. Lama betul rasanya tak berbual dengan gadis kecil molek depannya itu. Rindu sesi berbual dengannya.

Khairunnisa seperti biasa, tersengih macam kerang busuk. "Cenggitulah kak. Saya ingat hubungan saya dengan dengan dia makin baik. Sebab masa saya mengandung, elok sangat dia layan saya. Baik je. Lemah-lembut. Walaupun kadang-kadang tu adalah muka dia cemberut. Masa tu kan, saya betul-betul dah jatuh suka dekat dia. Bukan setakat suka, mungkin cinta dah kut." Ketawa kecil terlepas.

Zuhaira senyum segaris. Mukanya tertampal riak kasihan terhadap gadis di depannya.

"Tapi sejak Haziq lahir, dia terus tak layan saya. Maksud terus tu, dia macam zapp!" Tangannya ditepuk kuat. "Macam ni. Tertutup rapat macam saya ni memang tak akan ada tempat dalam hati dia. Tertutup macam layanan dia untuk saya cuma terhad masa saya mengandung je." Ice lemon tea dalam gelas direnung kosong. "Itu pun masa saya mengandung, bila saya dah mengamuk, campak gitar dia sampai pecah, baru dia nak layan saya baik-baik, bagi saya attention." Khairunnisa menyeringai. Geli hati bila teringat semula insiden itu. Kelakar.

"Jadi Haziq sekarang macam mana? Kalau dia tak layan kamu, mesti dia tak layan Haziq jugakkan?"

"Eh, tak kak. Dia sayang gila dekat Haziq sampaikan saya nak jaga Haziq bila dia tak ada dekat rumah pun dia tak bagi. Dia lagi rela hantar nursery daripada percayakan saya untuk jaga Haziq." Khairunnisa berseloroh. Walaupun mukanya biasa, tapi hatinya lain. Sakit tu datang semula.

Kening Zuhaira bersatu. "Mana boleh macam tu. Nisa pun ada hak atas Haziq."

"Memanglah kak. Tapi nak buat macam mana? Saya ni menumpang je. Dia pun pernah cakap yang saya tak layak jadi ibu untuk anak dia..." Kata-katanya tersangkut di situ. Matanya membulat. Belakang diluruskan. "Entah-entahkan, memang itu sebab sebenar dia tak bagi saya jaga Haziq. Semua sebab dia tak nak Haziq jadi terlalu attached dengan saya. Mungkin dia nak Haziq biasakan diri tanpa saya supaya nanti bila dia dapat cari ibu baru untuk Haziq, Haziq boleh terima ibu baru dia senang-senang." Setiap ayat yang diungkap, semakin panas hatinya. Rasa macam dibakar.

"No. You're imagining things." Tangan Khairunnisa digenggam kuat. "Jangan fikir sampai macam tu sekali. Kalau betul pun Nisa rasa benda tu akan terjadi, jangan cakap. Sebab separuh daripada percakapan tu doa." Muka Zuhaira serius. "Akak tak tahu nak cakap apa because I'm not in your shoes. Tapi apa yang akak boleh cakap cuma akak harap Nisa boleh bertabah."

"Itu yang saya tengah buat sekarang, kak. Tapi saya tertanya-tanya diri saya ni. Sampai bila saya kena bertabah? Kalau saya seorang je usaha tak kemana jugak kalau dia tak buka hati dia untuk saya." Bibir dijuih kecil. "Akak ada tips tak macam mana nak tackle suami?"

Ketawa janggal terlepas dari bibir Zuhaira. "Akak... tak pandai tackle orang. Akak mana pernah bercinta." Zuhaira terkekek. "Tapi mungkin Nisa boleh cuba dari ubah cara panggilan Nisa dengan dia?"

"Dah. Kalau dulu kau, aku. Sekarang saya panggil dia Nazmi. Saya bahasakan diri saya Nisa." Khairunnisa tersengih. Entah mengapa topik tentang hidupnya terus terasa tak menarik untuk dibuat bahan bualan. Dia lebih tertarik dengan kenyataan Zuhaira tentang tak pandai tackle lelaki tu. Kalau tak pandai, takkan dapat kahwin dengan Encik Megat? Dan kalau akak dah kahwin, maksudnya akak pernah bercinta jugaklah kan? "Akak kata akak tak pernah bercinta. Apa maksud akak? Kalau tak pernah bercinta, takkan akak dapat kahwin dengan Encik Megat?" Akhirnya, apa yang difikirkan diterjemahkan ke mulut. Corak wajah Zuhaira yang berubah sedikit membuatkan Khairunnisa tersengih geli hati.

"Err... Akak kahwin dengan Encik Megat sebab bapa mentua akak minta." Zuhaira tersengih.

"Eh?" Kepala Khairunnisa senget sedikit.

Zuhaira mengeluh kecil. Cerita jelah. Aku percayakan dia. "Akak cerita ni, Nisa jangan bagitahu orang lain tau."

Khairunnisa angguk laju.

"Dipendekkan cerita, sebelum akak kerja dekat cawangan ni, akak kerja dekat HQ. Masa tu akak jadi PA jugak. Tapi untuk bapak mentua akak sekarang. Masa tu Encik Megat tak ada dekat Malaysia lagi. Dia kerja dekat luar negara sekejap, lepas dia belajar. Lepas dia balik sini, bos besar suruh Encik Megat handle cawangan sini. Masa tu pulak, Encik Megat mengada-ngada nak PA jugak. Itu yang akak tukar bos tu." Dia menarik nafas dalam.

"Masa tu akak dah kenal Encik Megat?"

"Belum. Akak kenal dia masa first day pindah sini." Jarinya memusing-musingkan penyedut minuman sambil tersenyum kecil. "Masa tu akak dah fikir dah, kalau bos baru akak perangai ntahapahapa, akak nak berhenti. Sebab bos besar, kalau Nisa nak tahu, perangai dia lebih kurang macam Encik Megat. Yelah, nama pun bapakkan. Tapi malas dia lagi dahsyat. Suka sangat tidur dekat pejabat. Dah berbuih mulut akak kejutkan dia, suruh dia buat kerja. Kerja tak jalan-jalan. Kalau jalan pun perlahan je."

"Lepas tu? Encik Megat capai akak punya expectation tak?"

"Hmmm..." Zuhaira kuis dagu. "Tak." Dia balas spontan sambil terkekek. "Encik Megat tak malas. Cuma dia tu, airhead. Selalu blur. Geram akak. Kadang-kadang rasa macam nak duku-duku je kepala dia tu. Suka main-main."

Khairunnisa ketawa. "Boleh nampak tu."

"Tapikan... masa first time akak jumpa diakan..." Zuhaira termenung gelas dengan riak berangan. "Akak rasa masa tu dialah laki paling handsome pernah akak jumpa. Dekat mata akaklah. Dekat mata orang lain akak tak tahu."

"Kat mata saya, Encik Megat handsome."

Zuhaira tersenyum. "Tapi bila dah tahu perangai. Huhh! Rasa nak benamkan je siku ni kat muka dia." Mukanya mencebik ganas. "Sabar jelah."

Kata-kata Zuhaira membuatkan ketawa Khairunnisa pecah. Geli hati dengar cerita kakak sepejabatnya bercerita tentang suami sendiri.

"Tapi ni akak cerita masa dia tengah bekerjalah. Kalau bukan masa bekerja..." Ayatnya tergantung. Dia menghela nafas pendek.

"Mesti lagi romantik kan?"

"Tak!" Zuhaira buat muka jelik. "Tapi dia baiklah."

"Akak tak cerita lagi macam mana akak dengan dia boleh kahwin." Khairunnisa menyeringai. Dia nak tahu lebih pasal cerita cinta Zuhaira dengan majikannya. "Takkan sampai sekarang akak tak bercinta lagi dengan Encik Megat?" Perkataan bercinta ditekan.

"Kan tadi akak cakap, akak kahwin dengan dia sebab bapak mentua akak yang minta." Alasan sebenar, akak tak boleh bagitahu. Sorry Nisa. Zuhaira senyum. "Dahlah, jom makan. Nanti, bila Nisa dah mula kerja, kita bual panjang-panjang."

"Okey!"

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now