39

552 29 12
                                    

"Jadi, apa rasa hidup menduda? Seronok tak?" Perli Hurra dengan sinis. Bila dia tahu semua cerita, perasaan bengang tidak dapat disorokkan lagi. Termasuk Umairah dengan Aira. Masing-masing dengan muka masam mencuka.

"Seronok. Terlepas satu beban," balas Nazmi dengan intonasi sama seperti Hurra.

"Jadi selama ni kau cuma anggap Nisa tu beban?" Umairah pula bersuara.

Angguk.

"Kau memang tak pernah suka dia?" celah Aira.

Angguk.

"Waa, tak sangka aku kawan dengan laki paling teruk." Hurra mendengus. "Syukurlah yang aku tak kahwin dengan kau. Kalau tak, habis terseksa hidup aku." Matanya menjeling ke tempat lain. Makin menyampah bila melihat muka selamba Nazmi.

"Aku pun tak nak jadi laki kau."

"Dah, aku nak balik." Hurra berdiri. "Aku cakap awal-awal. Kalau kau tiba-tiba terasa nak cari dia balik ke, apa ke, aku tak nak tolong. Bye. Assalamualaikum." Beg tangan ditarik kasar dan terus berlalu tanpa menunggu reaksi Nazmi.

Selepas Hurra beredar, Aira dan Umairah pula ikut jejak langkah Hurra dan meninggalkan Nazmi berseorangan di meja kafe.

"Awwh, come on! Macam ni ke kawan? Bila aku buat salah sikit, korang terus tinggalkan aku? Apa jenis kawan macam ni?" Nazmi mendengus.

"Kau sedar rupanya kau buat salah." Umairah mengejek. "Sampai kau rasa kau nak betulkan balik salah kau tu, baru jumpa aku. Kalau kau masih tak sedar diri, jangan cari aku. Dengan Hurra."

"Dengan aku sekali." Sambung Aira. "Assalamualaikum."

~x~

Siapa sangka sejak Khairunnisa tiada, hidupnya makin susah? Mula-mula hidupnya makin kelam-kabut. Dan sekarang pula... Keluhan kecil terhela. Dia sendiri pelik dengan apa yang berlaku terhadap diri sendiri sedangkan dulu, walaupun Khairunnisa sebumbung dengannya, dan hampir kesemua perkara dilakukan sendiri, tidak pernah pula hidupnya kelam-kabut sampai macam tu sekali. Tak tahu kenapa tiba-tiba dia terasa masa yang lapang tiba-tiba menjadi singkat. Rutin harian yang dulunya teratur makin bercelaru.

Wajah Haziq yang kemerahan ditenung sayu. Hari ini sudah masuk hari kedua Haziq demam dan sudah masuk bulan ketiga Khairunnisa tiada dengan mereka. Kata doktor, Haziq cuma demam biasa. Kata Naina pula, mungkin Haziq kena demam rindu. Walaupun masa Haziq dan Khairunnisa bergurau senda singkat, namun bila Khairunnisa tiada di rumah, Haziq terasa kehilangan ibunya. Dan sekarang, sejak Haziq pandai bercakap, makin kerap dia bertanyakan tentang di mana mamanya berada.

"Yayah, mana mama?"

Itu sahaja yang kerap diulangnya bila dia meninjau bilik yang didiami Khairunnisa tidak berpenghuni. Dan kerap jugalah dia memberi jawapan yang sama kepada anaknya.

"Mama kerja."

Aku tak tipu. Dah mama dia memang pergi kerja. Kepala Haziq diraup lembut. Cooling pad yang sudah kecut ditukar baru. "Bilalah anak ayah nak baik ni?"

"Yayah..." Mata Haziq terbuka kecil.

"Hmm? Kenapa Haziq?"

"Ajik windu mama."

Nazmi bisu. Tidak tahu apa yang perlu dijawabnya memandangkan dia sendiri tiada jawapan ke mana Khairunnisa menghilang. "Aunty Melissa datang nanti. Haziq nak jumpa dia?"

"Tamau. Ajik nak mama." Kepalanya menggeleng berkali-kali.

"Hm... mama kerja..." Itu sahaja yang mampu dia kata.

"Yayah tipu... mama tak ada..." Haziq mula teresak-esak. "Nak mama..."

Haih... susahlah macam ni. Nazmi mengalah. Telefon pintar dicapai. Nombor Khairunnisa didail. Tak sampai seminit, apa yang diterima hanyalah;

'Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.'

Butang tamat ditekan. Nombor sama didail. Jawapan sama yang diterima. Buat beberapa kali, perkara sama diulang. Nazmi berdecit. "Kenapa ayah tak dapat call mama ni? Mama Haziq block ayah ke?"

Buat seketika, wajah Haziq yang kembali terlena ditenung. Sukar dia nafikan, tetapi dia sedikit rindu dengan kelibat Khairunnisa yang berulang-alik dari bilik ke dapur. Atau dengan pantulan Khairunnisa yang hanya duduk tegak di dapur pulau sambil menonton sekali dia bermain permainan video dengan senyap. Senyuman kecil tertarik.

"Mama Haziq cute... sebab tulah anak ayah pun cute sangat." Pipi gebu Haziq yang sedang lena ditarik perlahan. Perlahan-lahan dia meninggalkan Haziq dan beransur ke ruang tamu. Nombor Melissa didail. "Assalamualaikum, Melissa. I don't think we can meet today. Haziq demam."

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now