20

505 25 15
                                    

Lengan Nazmi digenggam kuat. Tubuhnya ditolak ke tepi, cuba untuk melihat situasi yang berada di hadapan mereka sekarang. Naina dan anak kawan papa sekarang sedang duduk bertentangan di kerusi rehat pantai yang jaraknya hampir enam kaki. Senyum simpul terukir. "Kesian Nai. Kena jumpa laki tu."

"Lepaskan lengan aku. Rimas."

"Oops," tangannya spontan melepaskan lengan Nazmi. "Sorry."

Bahunya dibiarkan sandar ke tiang kaki lima sambil tangan memeluk tubuh. Mukanya dibiarkan memaparkan wajah bengis. Sengaja mahu menakut-nakutkan lelaki itu. Nai, tak payah layan dia sangat. Turn him down. Cepat sikit kita balik bilik. Lidahnya berdecit-decit. Menyampah terhadap lelaki yang tersengih-sengih di depan adiknya. Matanya mencerlung tajam ke arah lelaki itu.

"Tak payahlah pandang laki tu macam dia buat benda jahat kat Nai. Dia nak berkenalan je. Bukannya buat benda tak senonoh," seloroh Khairunnisa apabila melihat reaksi Nazmi yang seakan-akan mahu tibai lelaki yang berada dengan Naina sekarang.

"Shut up. Memekak." Sekali lagi lidahnya berdecit. Elok menyampah dekat seorang, ditambah pula dengan lagi seorang untuk di'menyampah'kan.

"Aku cakap je." Khairunnisa juih bibir. "Kalau dia betul-betul berniat nak berkenaan dengan Naina, kau kenalah biarkan je. Naina pun dah besar. Dah pandai jaga diri sendiri dah."

"Diam."

"Mulut aku. Suka hati akulah nak cakap apa." Matanya dijuling ke langit. Jengkel apabila Nazmi tak habis-habis suruh dia diam. Tampar kang. Senang-senang je suruh orang senyap. Dah mulut ni untuk bercakap. Aku cakap jelah.

"Abang!" Naina berlari mendapatkan Nazmi. Lengan Nazmi dipaut kuat.

"Kenapa?"

"Um, dia kata dia nak kenal dengan abang."

Kening kanan Nazmi terangkat tinggi. Entah kenapa tiba-tiba gelagat Naina menjadi agak menggedik semacam. Wajah Naina yang sedikit kemerahan ditenung. Jangan kata budak ni dah suka jantan ni? "Siapa?"

"Dialah," balas Naina sambil menolak Nazmi ke depannya. Lengan Khairunnisa yang berada di sebelahnya turut ditarik sekali rapat ke sebelah Nazmi supaya menjadi penghadang dirinya dengan jejaka yang baru dikenalinya setengah jam lepas.

Khairunnisa tersengih.

Nazmi mencebik.

Jejaka yang telah pun berada di hadapan Nazmi dan Khairunnisa tersenyum manis sambil menghulurkan tangan ke arah Nazmi. "Assalamualaikum, saya Zaki. Naina ada cakap, kalau nak berkenalan dengan dia, kena go through abang dia dulu. Jadi saya nak minta izin abang untuk berkenalan dengan Naina," lembut nada Zaki bertutur.

Muka jengkel sedaya upaya disorokkan. Matanya merenung tajam Zaki tanpa sebarang senyuman. Huluran tangan Zaki disambut. "Nazmi."

Khairunnisa tersenyum simpul. Dia memaling kepalanya ke belakang, memandang Naina sambil menyebut perkataan 'handsome' tanpa sebarang bunyi. Bahunya dipukul lembut oleh Naina yang mukanya dah semerah tomato.

"Berkenalan setakat berkawan atau...?" ayatnya dibiarkan tergantung, biarkan Zaki sendiri yang tafsir sendiri apa yang cuba disampaikannya.

"Err..." kepalanya digaru. "Berkawan dulu, bang. Nak kata serius tu saya tak berani nak cakap sebab saya pun baru bertentang mata dengan Naina dekat wedding tadi. Tapi kalau abang tak izinkan, tak apa. Saya tak kisah."

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now