43

656 30 9
                                    

You guys gonna hate me for this chapter. Mesti korang tak puas hati. hahahah

_________________________________________________________________________

Nisa, nanti awak tunggu dekat taman depan rumah.

Ada orang nak hantar barang saya. Awak tolong ambil kan eh?

Dalam pukul 5 macam tu.

Mesej yang dihantar Megat dibaca sekilas. Keluhan kecil terlepas. Memandangkan hari ni hari Sabtu, jadi perasaan malas itu sedikit sebanyak menguasai diri. Jam dinding bilik dikerling. Dah empat setengah. Kejap lagilah aku siap. Tubuhnya dibiarkan terbaring lemah di katil. Datuk Shah dan Datin Maznah pula sudah keluar sejak dari pagi tadi. Katanya menghadiri kenduri kahwin anak kawan mereka. Mereka ada juga mengajaknya sekali, tapi takut dia akan jadi pengganggu, jadi dia menolak sahaja pelawaan majikannya.

Matanya berkelip-kelip tanpa sebab. Fikirannya melayang ke rumah. Wajah comel dan bulat Haziq bermain dalam fikiran. Tanpa sedar hujung bibir tertarik ke atas. Apa khabarlah anak mama agaknya? Mama rindu...

Setelah hampir sepuluh minit berbaring, dia bingkas bangun dan bersiap untuk mengambil Megat. Kenapa Encik Megat tak suruh orang tu hantar je dekat rumah? Ni mesti Encik Megat beli figurine lagi. Khairunnisa terkekek. Dia teringat ketika dia berbual dengan bos keciknya tempoh hari. Kata Megat, Zuhaira tak bagi beli figurine. Katanya bazir duit. Jadi, nak tak nak, terpaksalah dia beli sorok-sorok. Mesti takut kak Zuhaira tahu ni... Eh, tapikan sekarang kak Zuhaira dengan Encik Megat tak ada? Kan dorang kat KL? Kenapa hantar barang kat sini?

Semua persoalan dibiarkan tak berjawab. Tudung sudah tersarung rapi di kepala. Dia mula bergerak ke pintu rumah.

"Kak Pi, saya keluar, ya. Sekejap lagi saya balik," teriak Khairunnisa kepada Kak Pi, pembantu rumah Datuk Shah. Malas dia hendak ke dapur memandangkan, seperti yang dikatakan tadi, hari ini hari dia bermalasan. Crocs RM15 disarung. Perjalanan ke taman yang betul-betul terletak di hadapan rumah, dituju. Bangku konkrit diduduki. Jam tangan dilihat. Lagi dua minit pukul lima. Janganlah lambat sangat. Aku nak rehat kat rumah ni.

Lima minit berlalu. Kesabaran semakin menipis. Giginya diketap kuat. "Mana pulak orang ni. Aku nak rehat ni." Mata mula melilau ke sekeliling taman, mencari kelibat kurier yang sepatutnya menghantar barang kepadanya. Tapi yang ada cuba kanak-kanak yang ligat berlari bermain di taman permainan. Dengusan kasar terhambur. Telefon pintar baru dibawa keluar dari kocek. Baru sahaja jari mahu menaip mesej kepada Megat, satu suara yang agak serak basah dan kembut menerpa gegendang telinga memberi salam.

"Assalamualaikum."

Khairunnisa pusing lipat kepala memandang tuan punya suara. Mata terbuntang luas.

"Kau busy ke?"

"B-busy." Tanpa sedar bibirnya bergerak sendiri. Dan tanpa sedar juga, tubuhnya bangun dari duduknya di bangku konkrit itu dan menapak beberapa langkah ke belakang, menjarakkan diri dari Nazmi. "Err, saya ada hal nak buat. Bye. Assalamualaikum."

"Sekejap." Tangan Khairunnisa dipegang lembut dan kuat.

"L-lepaskan." Khairunnisa tergagap, masih lagi terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Nazmi di situ. Tangannya direntap kuat, melepaskan tangannya dari pegangan Nazmi namun gagal apabila Nazmi mengetatkan lagi pegangannya. "Nak apa?"

"Nak cakap dengan kau."

"Sekarang bukan tengah cakap?" Kepala ditala ke tempat lain. Tak mahu bertentang mata dengan suaminya.

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now