15

489 31 12
                                    

Nazmi yang sedang memandu dikerling dari hujung mata. Sudah hampir sebulan lebih dia tak berdua dengan Nazmi. Bila tiba-tiba jadi macam ni, suasana janggal dalam kereta mula membuatkan perutnya sebu semacam. Tanpa sedar, tangannya memeluk perut dengan agak kuat.

"Kenapa? Sakit perut?"

Eh? Spontan dia melihat perutnya yang dipeluk. Oh... "Er, tak. Dia rasa tak selesa je." Tak selesa sebab tiba-tiba kena berdua-dua dengan dia. "Erm, Nazmi, aku nak... KFC boleh?"

Nazmi menjeling tajam Khairunnisa di sebelahnya. KFC amende? Kau tu dahlah mengandung. "Aku masak. Sepanjang kau mengandung, kau cuma perlu makan apa yang aku masak je."

"Ehhh?" Laju kepalanya dipusing mengadap Nazmi. Perkataan 'eh' itu panjang. "Alaa, Nazmi, nak KFC. Bukan aku yang nak. Baby yang nak."

"Pandai pulak baby tu bercakap," gumam Nazmi rendah. Menyampah dengan perangai Khairunnisa yang sudah mula mengguna anak yang dikandungnya sebagai alasan untuk mendapatkan sesuatu.

"Mestilah. Sebab dia dalam perut aku. Apa yang difikir, yang terdetik dalam hati dia, semua aku tahu." Khairunnisa tersenyum. Perutnya yang masih kempis diusap lembut. "Tak sabar nak jumpa dengan dia."

Aku pun. Pemanduan pulang ke rumah diteruskan. Memandangkan kandungan Khairunnisa sudah pun masuk minggu ke-enam, jadi semua keperluan Khairunnisa yang melibatkan kandungannya akan dijaga dengan rapi. Nasihat yang diberikan doktor tadi disemat rapi dalam otaknya. Dia mahu anaknya membesar dengan sihat dan baik. Permintaan Khairunnisa untuk makan makanan segera tidak diendahkan.

"Alaa...!" Khairunnisa mula merengek. "Aku nak KFC." Kakinya dihentak-hentak dengan kuat apabila kereta Nazmi mula memasuki pekarangan kondo mereka.

Rengekan yang bergema dalam kereta tidak diendahkan. Walaupun jengkel, dia tetap cuba untuk bersabar dengan kerenah isterinya yang makin menjadi-jadi. Kereta diparkir di kotak khas untuk rumahnya, enjin dimatikan, dan terus dia keluar dari kereta tanpa menunggu Khairunnisa yang masih mencebik sambil memeluk tubuh di dalam kereta.

"Ah, aku tak nak keluar," omel Khairunnisa pada diri sendiri. "Selagi aku tak dapat KFC, aku tak nak keluar dari kereta." Tubuhnya dipeluk lagi kuat, menjeling ke luar tingkap dengan bengang. Namun bertahan untuk seketika sahaja apabila ruang dalam kereta itu mula terasa panas dan peluh mula merembes di tubuh. Nazmi yang sedang berdiri di pintu masuk ke lobi lif ditenung tajam. "Gediklah dia ni!!! Aku nak KFC!"

Nazmi tersenyum kecil. Tahu pun panas. Gelegat Khairunnisa yang sedang berjalan sambil menghentak kaki ke lobi lif dipandang dengan tanpa perasaan. Tak kuasa aku nak layan kau. Kalau bukan sebab anak aku dalam perut tu, tak ada makna aku nak layan kau.

"Nazmi! Nak KFC!" Suara Khairunnisa semakin nyaring. Geram apabila layanannya langsung tidak diendahkan suaminya. "Kau tak kesian ke kat baby? Dia kempunan tahu tak?"

"Aku lagi kesian dekat dia sebab kau tak habis-habis gunakan dia untuk dapatkan apa yang kau nak."

Khairunnisa tersentak. Apa yang dikatakan Nazmi tepat terkena batang hidungnya. Dia mendengus kasar. "Bukannya selalu. Kali terakhir aku makan beberapa tahun lepas. Apa salahnya." Dia gumam rendah. "Dahlah, tak nak belanja sudah. Ingat bolehlah jugak merasa KFC lepas kahwin. Tapi apa pun tak dapat." Dia beransur ke biliknya, meninggalkan Nazmi yang sibuk mengeluarkan bahan untuk dimasak berseorangan di dapur.

"Heh, yelah tu," balas Nazmi rendah. Sayur bayam dan ayam direndam dalam air. Memandang bahan tak berapa nak cukup hari ni, sup sayur bayam dan ayam masak merah sahaja yang menjadi menu makan tengah hari untuk hari ni.

Usai makan tengah hari, Nazmi menyibukkan diri di bilik belajarnya, membuat menu untuk Khairunnisa sepanjang dia mengandung. Nak tak nak kena buat jugak. Dahlah dia tu jenis yang makan merapu. Menu yang ditulis diteliti buat beberapa kali. Setelah puas, menu itu diletakkan ke dalam fail plastik dengan kemas. "Hari ni, kita settle kan semua benda. Jadi esok nanti tak adalah kelam-kabur semacam," tuturnya pada diri sendiri. Fail itu dibawa keluar dan diletakkan di meja kopi di ruang tamu di mana Khairunnisa sedang leka menonton Powerpuff Girls. "Ni menu untuk sepanjang kau mengandung. Aku dah buat siap-siap. Kau cuma boleh makan apa yang aku dah tulis dalam ni."

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now