21

451 25 8
                                    

Gitar yang bersepai di lantai dibiarkan. Kakinya meluru ke arah Khairunnisa dengan perlahan. Setiap langkahnya sarat dengan perasaan marah yang cuba diredakan. Namun lain jadinya apabila semakin dekat dia dengan Khairunnisa, semakin membuak-buak perasaan marah terhadap gadis itu. Kolar baju Khairunnisa direntap ganas, dan menolaknya tinggi ke atas. Urut di pelipisnya mengeras. "Kau memang nak aku marah...kan?" Nadanya dalam dan rendah.

Matanya merenung Nazmi, dengan nada sama yang Nazmi berikan kepadanya. Marah dan bengang. "Memang itu yang aku nak," tutur Khairunnisa rendah, sama seperti Nazmi, walaupun hatinya meronta-ronta ketakutan.

"Apa yang kau nak dari aku sebenarnya?" genggamannya di kolar baju Khairunnisa semakin ketat dan menariknya kasar rapat kepadanya. Jarak antara wajah mereka tinggal kurang dari dua inci. Matanya menjegil anak mata Khairunnisa dengan penuh perasaan marah. Nazmi, tahan. Sabar. Dia mengandung tu. Anak kau jugak. Kolar baju Khairunnisa dilepaskan dengan kasar. Hampir sahaja Khairunnisa tidak jatuh terduduk di lantai. Serpihan gitar dikutip. Marahnya yang meluap-luap cuba ditenangkan. Tenang Nazmi. Istighfar.

"Aku nak attention."

Nazmi tergamam buat seketika. Matanya membuntang. Attention? Dia mengarut apa? Kepalanya ditala sedikit menghadap Khairunnisa yang masih tercegat di tempat sama.

"Kau tak pernah bagi attention dekat aku. Kau tak pernah layan aku elok-elok." Mata Khairunnisa kemerahan. "Aku tahulah aku cuma menumpang dekat rumah ni, menumpang kasih dekat kau dengan Naina. Tapi salah ke kalau kau layan aku baik-baik? Aku dahlah tengah mengandung. Kau tak kesian dekat aku ke? Kalau kau tak kesian dekat aku pun, kau tak kesian dekat baby ke?" Air mata akhirnya mengalir.

"Kau tak fikir ke kalau mental aku terjejas, baby pun kena tempias sekali? Paling kurang pun, kau berlakon jelah yang kau kisah pasal aku. Walaupun kau menyampah dengan aku. Lepas aku beranak nanti, kau tak peduli pasal aku ke, kau tak layan aku ke, kau tak bagi aku attention ke, aku tak peduli dah sebab aku dah tak bawak anak kau. Salah ke?" Air matanya mengalir semakin laju. Lengan baju menggosok mata dengan kasar. Nafasnya ditarik dalam, cuba bernafas melalui hidung yang tersumbat. "Kau teruk! Yang paling teruk paling aku jumpa!" kakinya melangkah ke bilik dengan laju dan menghempas pintu dengan sekuat hati. Biar Nazmi tahu yang hatinya memang tengah sakit.

Nazmi terlongo. Apa yang baru dikatakan Khairunnisa tadi susah untuk menerpa masuk ke kotak fikirannya. Yang ada cuma serpihan gitarnya yang bersepah di lantai. Kata-kata Khairunnisa tidak diendahkan. Matanya pula hampir berkaca melihat gitar elektrik kesayangannya pecah bersepai. Tapi tak adalah bersepai teruk. Itu pun 'arm' dia je yang patah. Les Paul aku~! Gitar tadi dibawa masuk ke bilik belajar. Hujung bibirnya meluyut ke bawah. Gitarnya disusun ke dalam bekas gitar yang terletak di bawah katilnya. Bye bye Paul. Nanti-nanti, bila ada masa aku betulkan kau balik. Itu pun kalau boleh betulkanlah.

Keluhan kecil dilepaskan. "Macam manalah dia boleh masuk bilik ni? Bukan aku kunci ke?" Sekali lagi dia mengeluh. Stradmon diduduki dengan kasar. Kepalanya direhatkan ke penyandar dengan penat. Kata-kata Khairunnisa tadi difikirkan semula. "Attention eh..."

"Abang..."

"Hm?" Kepalanya ditala ke arah pintu, memandang Naina yang kepalanya terjojol di sebalik dinding bilik. "Kenapa Nai?"

"Boleh orang cakap dengan abang sikit? "

"Sekarang bukan tengah cakap ke?" Dia tersenyum kecil. Mesti dia dengar apa yang jadi tadi.

Naina melangkah ke dalam bilik dan melabuhkan punggungnya di ottoman dengan perlahan. "Orang dengar apa yang jadi tadi." Dia memulakan perbualan. Muka Nazmi yang kepenatan direnung lembut. "Orang bukan nak menangkan Nisa. Tapi apa yang Nisa cakap, orang rasa ada betulnya. Orang tahu, Nisa sebenarnya nak sangat berbual, bermanja dengan abang. Tapi dia tak berani nak cakap depan-depan sebab dia tahu abang tak suka dia. Tapi abang anggap jelah yang nak bermanja dengan abang tu sebenarnya baby dalam perut tu. Bukan dia. Abang layankan jelah dia. Kesian dekat dia tu."

"Betul ke mental health dia boleh bagi kesan dekat kandungan?" soalnya tanpa menghirau apa yang baru dikatakan Naina.

Naina mengeluh. Abang ni. Aku cakap benda lain, dia cakap benda lain. Memang sengaja cari pasal namanya ni. "Yang itu orang tak pasti. Nanti orang tanya Zaki."

"Nai dengan Zaki macam mana? Dah mula serius?" Nazmi cuba tukar topik.

"Tak payah tukar topiklah, bang," suara Naina keruh. Bengang dengan abangnya yang tak habis-habis cuba melarikan diri membincangkan tentang masalahnya sendiri.

Nazmi tersengih. Macam tau-tau je budak ni. "Yelah, yelah. Nanti Nai tanyakan Zaki."

"Kenapa? Kalau mental health dia tak affect baby abang tak nak layan dia ke?"

Nazmi tersenyum sumbing.

Naina menggeleng perlahan. "Abang, abang. Tak senonoh langsung perangai. Dahlah dia tu muda lagi. Baru nak masuk 20, dah kena jadi ibu. Abang pun janganlah bagi dia stress sangat. Be a good husband and father. Please."

"20? Bukan 21?"

Kening Naina bersatu. "Abang ni biar betul? Takkan umur bini sendiri pun abang tak tahu?"

"Takdelah. Masa mula-mula dia jumpa dengan abang dia kata umur dia 20. Tu yang abang pelik." Nazmi sengih kerang busuk.

"Dia lahir hujung tahun. 28 Disember. Takkan itu pun abang tak tahu?"

"Entah. I don't care."

Satu tamparan kuat hinggap di kaki Nazmi. "Abang ni teruk lah. Kalau Nai cerita dekat Datum pasal benda ni mesti abang kena belasah dengan Kak Umairah, Kak Hurra dengan Kak Yae." Naina menguggut.

"Kau jangan Nai. Mati aku nanti."

"Sedar pun." Naina bangun dari duduknya. "Abang fikir-fikirkanlah apa Nisa cakap tadi. Fake it till make it orang kata. Apa salahnya tipu-tipu berbaik dengan dia. Bila dia happy, baby pun sihat. Logik dia simple je, bang." Bahu Nazmi digenggam kuat. "Orang tidur dulu. Assalamualaikum."

Salam Naina dijawab bawah nafas. Kepalanya tersandar lemah ke penyandar. "Macam-macam hal lah." Dia merengus kasar. "Kena jugak ke layan dia baik-baik? Kalau aku layan dia baik-baik makin menjadi-jadi pulak mengada-ngadanya. Kalau tak, habis gitar aku yang lain jadi mangsa. Tak pun dram aku pulak... Haih...." Mukanya diraup-raup kasar. "Bertahanlah Nazmi. Paling kurang pun sampai anak kau lahir." Punggungnya diangkat dari Stradmon. "Terpaksalah nampaknya."


Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now