49

606 28 7
                                    

Pantulan cermin di hadapannya dilihat sambil tubuh digerak-gerakkan. Pakaian – lebih kepada kostum- yang dibeli Nazmi ketika mereka membeli-belah tadi dikenakan. Khairunnisa tersenyum. Gembira bila dapat berseronok macam ni dengan Nazmi. Pintu bilik dibuka dan dengan perlahan dia menuju ke ruang tamu dimana Nazmi dan Haziq leka menonton tv.

"Err, Nazmi... Okey ke?"

"Hm?" Kepalanya ditala ke arah Khairunnisa. Jantungnya terasa seakan berhenti buat seketika apabila melihat isterinya muncul dengan kostum yang dibelinya tadi. C-cute! Cute sangat! Mukanya membahang. Mahu sahaja dia menjerit 'Cute!' dan mendakap khairunnisa seketat mungkin namun ditahan supaya imej machonya tidak terjejas. Dia berdehem kecil. "C-cute."

"Haa? Saya tak dengarlah," tutur Khairunnisa sambil tubuhnya dipusing-pusingkan sambil membelek-belek kostum yang dipakainya. "Nasib baik muat. Selesa juga pakai benda ni."

"Try to put on the hood." Seringai yang hampir terukir ditahan sedaya upaya. Kan aku cakap. Bini aku jelmaan Pikachu. Tangannya spontan menarik hood kostum menyarung kepala Khairunnisa. Hood yang terdapat sepasang telinga panjang seakan-akan telinga watak cerita Pokemon terhayun-hayun. Cute! Cute! Cute!!!

"Cute tak saya?" Matanya sengaja dibulatkan sambil bibir dijuihkan sedikit memandang Nazmi dengan riak yang sengaja dibuat comel.

"C-cute." Kenyataan yang kedengaran seperti satu bisikan itu terlepas. Memang dia mahu memuji isterinya dengan lantang dan jelas, namun kerana ego, macam itulah jadinya. "Cuba sebut Pikachu."

"Pikachu! Pika, Pika!" Tanpa dipaksa, Khairunnisa mengajuk watak Pikachu itu dengan suara dan gaya sekali diikut. "Comelkan? Dahlah, saya nak kemaskan barang saya dulu. I'm gonna wear this for the whole day."

Wajah Khairunnisa yang tersenyum luas ditenung dengan geram. Nafas ditarik dalam sebelum dilepaskan dengan perlahan. Sabar jelah Nazmi. Kalau bukan sebab ego kau yang menggunung tu, aku rasa dah lama dia ni ke bear hug dengan aku. Gerak-geri Khairunnisa yang berulang-alik ke bilik, dapur dan ruang tamu diperhati dalam senyap. Berbunga hatinya apabila melihat kelibat Khairunnisa muncul semula dalam rumahnya. Pipi Haziq dielus lembut. "Ayah buat semua ni untuk Haziq. Dengan mama jugak. Lepas ni ayah harap, Haziq tak adalah demam-demam lagi."

~x~

"Nazmi. Hari tu awak ada suruh saya ambil cuti seminggukan? Kenapa?" baju kemeja T dilipat kemas dan disusun di atas lipatan baju yang lain. Nazmi yang sedang bersandar di kepala katil dipandang.

"Saja. Ingat nak bawak kau pergi cuti."

"Cuti?" Mata Khairunnisa bersinar. "Honeymoon ke?"

"Boleh kata macam tu lah." Majalah FutureArc ditolak ke bawah katil. "Kau dah ambil cuti ke belum?"

"Belum. Esok saya ambil cuti. Kita nak pergi mana?"

"Kau nak pergi mana?" Soalan dibalas soalan walaupun dalam otaknya, dia sudah memikirkan destinasi bulan madu mereka.

"Kota Kinabalu. Nak tengok gunung Kinabalu. Nak makan latok. Saya dengar latok dekat sana murah."

Hmm, macam tahu je aku nak bawak dia pergi situ. "Okey."

"Okey? Maksudnya kita memang pergi situ ke?"

"Ye. Minggu depan. Jangan lupa ambil cuti." Tubuhnya direbahkan ke katil. Cermin mata bingkai separuh ditanggalkan dan diletakkan di meja sisi katil. "Goodnight. Assalamualaikum."

Salam dijawab dalam hati. Sayu hati melihat suaminya yang sedang lena di sebelah. Jujur, dia tidak tahu dan tidak faham dengan apa yang cuba dilakukan Nazmi. Adakah dia mahu membetulkan semula hubungan mereka, atau semua ini dilakukan atas dasar mahu membesarkan Haziq dengan baik tanpa ada sebarang masalah keluarga. Kalau perkara pertama itu betul, dia lebih dari berbesar hati untuk turut serta menjernihkan semula hubungan mereka dan kalau perkara kedua pula punca utama yang mempengaruhi perangai Nazmi terhadapnya, dia dengan sukarela menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada Haziq walaupun tiada kasih sayang seorang suami di sisi. Apa pun, kedua-dua situasi tadi langsung tidak ada keburukannya.

"Kalau betul Nazmi nak kahwin nanti, cakap awal-awal supaya nanti Nisa tak menaruh harapan dekat Nazmi lagi." Pakaian yang telah selesai dilipat, disusun kemas di dalam almari. Sebelum merebahkan tubuhnya di sebelah Nazmi, wajah suaminya yang sedang berdengkur halus ditatap. "Handsome..." Senyuman segaris ditarik. "Goodnight."

________________________________

Another.... 16 chapter and we're done. hahahaha. Thanks for reading this setori. Love yall

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now