33

485 28 19
                                    

"Assalamualaikum," suaranya seakan berbisik memberi salam sebaik sahaja pintu rumah dibuka. Dia meninjau ke dalam rumah. Takut-takut kalau Nazmi masih lagi belum tidur.

Kalau ikutkan masa, sekarang sudah menginjak ke pukul sebelas. Gara-gara apa yang berlaku malam semalam, dia sudah tekad untuk berhenti mencuba dan meneruskan hidupnya seperti apa yang dicadangkan Nazmi. Kakinya berjengket-jengket menuju ke bilik. Aku dah inform dia aku balik lambat hari ni. So, kira okeylah kan?

Sayup-sayup kedengaran bunyi televisyen dari ruang tamu. Kelihatan Nazmi sedang sibuk bermain dengan PS5 yang baru dibelinya dan kemungkinan permainan yang dimainnya adalah permainan baru. Haziq pula sudah pun terlena di silanya.

Senyuman kecil tercoret. Agaknya sampai ke bila jadi macam ni? Pintu bilik dikatup rapat. Mulai sekarang, saat ini, kehidupan barunya bermula.

~3~

Senyuman besar yang terang bak sinaran matahari Naina dipandang dengan senang hati. Namun susah untuk dinafikan bahawa dalam senang itu, masih ada terselit perasaan cemburu. Cemburu pada rumahtangga Naina yang bahagia. Mestilah bahagia. Kalau tak, tak adanya dia senyum sampai macam tu.

Sorakan dan tepukan gemuruh bergema di dalam ruang tamu rumah Naina dan Zaki. Hari ini merupakan hari lahir Zaki. Sengaja Naina mengajak keluarga dan saudara rapat untuk membuat kejutan hari lahir untuk suaminya. Dan itulah sebab sebenar Nazmi membawa dia bersama. Khairunnisa tahu, Nazmi setuju untuk bawanya sekali setelah dipaksa Naina. Dia yakin, kalau Naina tak paksa, memang dia ada di rumah sekarang.

"Buat ucapan!" Teriak salah seorang yang mungkin saudara Zaki dari penjuru rumah. Hampir kesemua di situ tertawa mendengar kata-kata spontan itu.

Zaki tersenyum. Naina yang berada di sebelahnya ditarik rapat ke sisi. "Thank you for this surprise. Really appreciate it. Terutama sekali dekat orang yang bagi idea ni. Siapa eh yang bagi idea bukan-bukan ni?" Kening kanan Zaki terangkat tinggi, dengan mata mengerling Naina yang sudah tersipu malu.

"Siapa lagi kalau bukan Naina?" Seorang wanita lewat 50-an bersuara. Raut wajah yang penuh dengan sifat keibuan itu tersenyum. "Terima kasihlah dekat dia. Kalau bukan dia, memang semua wish pakai Whatsapp jelah." Tawa di rumah itu meletus.

"Sayang eh?" tuturnya dengan nada mengusik. "Thank you, sayang. Abang appreaciate sangat." Dengan selamba, ubun-ubun Naina dikucup laju. Buat seketika, pasangan itu hanya merenung antara satu sama lain dengan penuh kasih sayang sebelum Naina memukul lembut dada suaminya.

"Dah, jom makan." Naina, dengan muka yang masih merona merah, menjemput semua para tetamu di rumahnya menjamah makanan yang tersedia. Semua yang berkumpul di ruang tamu, mula berselerakan ke setiap pelosok rumah, menikmati juadah yang terhidang.

Jealous. Itu sahaja yang bermain dalam fikirannya. Sedih dan cemburu melihatkan hubungan suami isteri yang kelihatan sangat bahagia itu. Sempat dia mengerling Nazmi yang sedang duduk di satu sudut di laman rumah adiknya. Haziq yang dipangkunya disuapkan roti yang dicicah sup tulang.

Khairunnisa bergerak rapat ke arah suaminya dan mengambil tempat di sebelah Nazmi. Masing-masing leka dengan makanan. Nazmi sibuk menyuapkan Haziq, manakala Khairunnisa pula sibuk menjamah sambil fikiran melilau ke tempat lain. Kalau ikutkan, hari ini genap sebulan dia dan Nazmi tidak bercakap. Bercakap pun bila perlu. Contoh ketika dia minta izin untuk keluar berjalan dan sama waktu dengannya.

Saudara mara yang memenuhi kawasan rumah itu dipandang kosong. Tiada seorang pun yang dia kenali. Kecuali Nazmi, Naina dan suami dan bapa mentuanya. Itu pun dari mereka sampai, sehinggalah sekarang, bapa mentuanya langsung tidak menyapanya.

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now