5

464 29 4
                                    

Kepalanya meninjau ke dalam pejabat. Semua pekerja dalam pejabat itu nampak leka dengan kerja masing-masing. Dia melangkah masuk ke dalam pejabat dengan senyap untuk mengelakkan dirinya daripada membuat sebarang bunyi yang mungkin akan mengganggu tumpuan pekerja-pekerja lain. Meja Zuhaira, iaitu pembantu peribadi pengarah syarikat yang terletak bersebelahan dengan bilik pengarah didekati.

"Dah hantar dah dokumen tu semua, Nisa?" Suara lunak Zuhaira menyoal Khairunnisa dahulu sebelum gadis kecil itu sempat bersuara.

"Dah...Err, akak sibuk ke waktu lunch ni?" Khairunnisa ukir senyuman janggal sambil tapak tangannya meramas-ramas pahanya dengan ralit.

Zuhaira yang sedang leka dengan kerjanya mengangkat muka memandang Khairunnisa dengan kening terangkat tinggi. "Akak lunch dengan Encik Megat. Kenapa?"

"Oh, tak apalah kalau macam tu." Khairunnisa tersengih. "Errm, saya pergi dulu."

"Kenapa Nisa?" Suara Zuhaira yang kedengaran prihatin terhadap Khairunnisa bersuara. Zuhaira tahu, Khairunnisa bukanlah seorang yang kerap minta bantuan, malahan, sejak Khairunnisa bekerja di sini sebagai runner syarikat, dialah yang kerap menghulurkan bantuan kepada semua pekerja-pekerja lain. Termasuklah membuatkan kopi, walaupun kerjanya hanyalah menghantar dokumen-dokumen ke tempat sepatutnya. Jadi, bila Khairunnisa dah tanya macam tu, maksudnya mesti ada sesuatu yang mahu diberitahunya.

"Tak ada apa-apa, kak. Cuma saya ada beberapa benda je yang saya nak tanya akak. Tapi akak kan sibuk lunch ni. Saya tanya lain kali jelah." Khairunnisa ketawa sambil tersengih.

"Nisa tunggu kejap."

Kakinya yang baru hendak melangkah keluar dari pejabat terhenti dan menurut apa yang dikatakan Zuhaira. Zuhaira yang tadi duduk lantas bangun dan menuju ke dalam bilik pengarah sebelum mengetuk pintu terlebih dahulu. Khairunnisa tersenyum.

Dia tahu yang Zuhaira dan Encik Megat, iaitu pengarah syarikat merupakan pasangan suami isteri. Berita itu tidak diketahui oleh pekerja lain kecuali dia. Itu pun dia dapat tahu secara tak sengaja. Ketika itu Khairunnisa pulang semula ke pejabat pada pukul lapan malam apabila dia tersedar bahawa telefon pintarnya tertinggal di kaunter pejabat. Itu pun nasib baik dia sempat sampai sebelum pejabat dikunci sebab dari apa yang dia dengar, Encik Megat yang akan mengunci pintu pejabat sendiri memandangkan dialah orang yang paling lewat balik dari kerja. Suara nyaring milik Zuhaira kedengaran sejurus sahaja dia melangkah masuk ke dalam pejabat.

"Encik Megat! Jangan buat perangailah!"

Khairunnisa kantu. Matanya terbeliak. Sexual harassment?!

"Alaa, Zuhaira. Mai lah balik rumah abang. Asyik balik bilik sewa dia je. Tulah, orang dah ajak pindah, duduk sekali tak nak. Tengok. Kan dah susah. Sikit-sikit kena kejar bas. Kalau duduk dengan abang, tak adalah kena terkejar-kejar sampai macam ni."

Suara Megat yang kedengarannya seperti sedang merengek dan sangatlah tidak seperti suara Megat yang dikenali Khairunnisa bergema di dalam pejabat. Khairunnisa menjengket kaki dengan perlahan dan cuba untuk meninjau apa yang berlaku di dalam pejabat. Telefonnya tadi sudah pun diambil dan disimpan elok ke dalam beg. Situasi yang berlaku di tengah pejabat membuatkan rahang Khairunnisa terjatuh.

Megat yang sedang duduk di kerusi pejabat yang beroda menarik beg tangan Zuhaira dengan agak kuat, cuba menahannya dari bergerak ke pintu keluar pejabat. Kaki Megat diangkat dan diluruskan supaya dudukannya di kerusi lebih berat dan menyukarkan Zuhaira untuk bergerak.

"Encik Megat!" Suara Zuhaira meninggi dengan giginya diketap kuat. Tangannya cuba menyentap tali beg tangannya yang ditarik Megat. "Nanti bas terlepas!"

"Abang hantar Juju balik."

Juju? Encik Megat panggil Kak Zuhaira, Juju? Kenapa Encik Megat bahasakan diri dia abang? Dorang ni ada hubungan apa-apa ke?

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now