51

638 22 13
                                    

Latok dan pelbagai jenis makanan laut dilihat dengan gembira. Bukan selalu dapat makan makanan laut macam ni. Selalunya makanan laut di semenanjung sikit pilihannya berbanding dengan Sabah. Jadi kalau boleh, dia mahu melantak puas-puas.

"Oi, tutup mulut. Dah nak meleleh dah air liur tu."

Khairunnisa tersentak. Mulutnya ditekup dengan tapak tangan. Betul ke air liur aku meleleh?

Nazmi tersenyum kecil. "Kau nak makan apa?"

"Apa-apa je. Asalkan seafood." Khairunnisa sengih. "Saya cari tempat duduk."

"Okey."

Air liur yang terasa bergumpal ditelan payah. Mata bersinar bahagia. Bahagia, gembira dan seronok apabila melihat makanan yang terhidang di hadapan. "Nazmi, baca doa cepat."

Nazmi hanya menurut. Tangan ditadah. Doa dibaca.

Khairunnisa amin.

Sesi bersantap dimulakan dengan senyap dan lancar. Sehinggalah...

"Nazmi?"

"Melissa?"

Sudu yang baru hendak dibawa ke mulut terhenti. Wajah wanita yang pernah dilihatnya di rumah mereka suatu hari dahulu ditenung kosong. Ini bukan girlfriend Nazmi ke? Tangan Melissa yang dihulur ke arahnya disambut.

"I cari tempat. Tapi tak jumpa. Can I join you? My family ada lagi empat orang." Melissa tersenyum lebar. Selamba kerusi plastik disebelah Khairunnisa diduduki.

"Yes, yes. Sure. We don't mind." Nazmi tersenyum lebar. Gembira bila dapat bertemu dengan wanita itu.

Haih, terbantut selera aku. Pinggan ditenung kosong.

Senyuman kecil terukir apabila melihat Khairunnisa menarik muncung. Tak sedarlah tu dia tarik mucung. "Nisa, I think, you better sit beside me. Bagi Melissa dengan family dia duduk situ."

Khairunnisa menurut tanpa banyak bunyi. Entah mengapa hatinya tiba-tiba sayu apabila melihat suaminya tersenyum bahagia apabila melihat kehadiran Melissa di situ. Khairunnisa tersentak. Bukan dia pernah cakap dia nak bawak aku jumpa dengan keluarga bakal madu ke?! Aku lupa!!! Maksudnya betullah dia nak kahwin lain! Kiranya ni bukanlah bulan madu tapi sesi berkenalan dengan keluarga bakal madu je. Sedih seh...

"Nisa?"

"Ye?" Khairunnisa angkat muka. Melissa yang memanggilnya tadi dipandang.

"Awak tak kisahkan kami duduk sekali?"

"Eh, tak. Tak kisah pun. Lagi pun dekat sinikan ramai orang." Senyuman palsu yang sangat besar terukir di wajah. Dia tidak mahu menampakkan wajahnya yang sedih.

"Thank you. Bukan apa... cuma takut saya ganggu awak dengan Nazmi je."

"Tak ganggu pun." Khairunnisa sengih. Tapi aku sedihlah ada orang kacau bulan madu aku.

Meja makan mula dipenuhi dengan keluarga Melissa. Nak tak nak, terpaksalah mereka berhimpit memandangkan memang tiada tempat kosong di situ.

Telefon pintar dikeluarkan. Sementara Nazmi sibuk berbual dengan keluarga bakal madunya, eloklah dia menyibukkan diri dengan telefon pintarnya. Tanpa sedar, Whatsapp dibuka. Mesej kepada Nazmi dihantar.

Skrg ni sesi suai kenal ke Nazmi?

Kan hari tu Nazmi kata nak bawa jumpa

keluarga bakal madu?

Ting!

Telefon pintar dilihat. Mesej yang dihantar Khairunnisa dibaca dengan kening berkerut-kerut. Senyum simpul terkuntum. Ah... aku lupa pasal tu. Mesej balas ditaip dan dihantar. Sesi berbual dengan keluarga Melissa diteruskan.

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now