60

625 25 2
                                    

Gambar yang terpapar di skrin ultrasound membuatkan senyuman Nazmi dan Khairunnisa melebar dari telinga ke telinga. Gembira apabila doktor kata bahawa bayi yang dikandung Khairunnisa berada dalam keadaan sihat. Kini, kandungan Khairunnisa sudah pun memasuki minggu ke-28.

Doktor turut menguntum senyum apabila pasangan itu tersenyum memandang sesama sendiri. Perasaan kasih dan sayang dapat dirasakan.

"Dah boleh tahu ke jantina anak saya doktor?"

Doktor angguk dan meneruskan prosedur untuk menunjukkan jantina kandungan kepada pasangan itu. "Jantina bayi tuan dan puan lelaki."

"Alhamdulillah!" Mata Nazmi berkaca. Spontan kepala menengadah ke siling, menghalang air mata dari mengalir keluar. Bahagia teramat! Tangan menggenggam tangan isterinya dengan kuat.

Sejurus selesai pemeriksaan bulanan, rumah papa dituju. Suasana dalam kereta riuh dengan gurau senda mereka berdua. Masing-masing sibuk mahu menentukan nama anak yang bakal ditimang.

"Minji dah namakan Haziq. Nisalah pula namakan baby ni." Khairunnisa tarik muncung. "Kalau Minji tak bagi, Nisa majuk."

"Eleh, merajuk konon." Pipi Khairunnisa dicucuk acah-acah dengan telunjuk. Gebu betul pipi dia. Pikachu sangat! "Kita senaraikan dulu nama paling sesuai. Lepas dia lahir baru decide. Amacam?"

"Okey. Tapi Nisa yang akan menang."

"Doa jelah Nisa." Ejek Nazmi. "Kut-kut saya yang namakan dia."

"Bweekkk!" Khairunnisa jelir lidah. Menyampah dengan perangai suaminya. "Nisa yang akan namakan dia."

"We'll see."

Sebaik sahaja di hadapan rumah papa, Haziq dibiarkan berlari ke pintu masuk rumah agam itu. Tangan mendepang luas, cuba memeluk atuknya yang sedang berdiri di hadapan pintu, menyambutnya. "Atuk!"

"Haziq!" suara papa naik seoktaf. Senyumannya besar sehingga membuatkan matanya sepet. "Cucu atuk sihat?"

"Sihat!" Jawab Haziq teruja. Gembira sangat apabila dapat bertemu dengan atuk kesayangan.

Bual dan gurau senda antara atuk dan cucu ditonton dengan senang hati. Khairunnisa dan Nazmi tersenyum kecil. Comel betul atuk dengan cucu.

"Pa," Khairunnisa merapati papa yang sedang melambung Haziq ke udara. Tangan dihulurkan untuk bersalaman. "Papa sihat?"

"Sihat, alhamdulillah," tangan dihulurkan kepada Khairunnisa. "Kamu dengan Nazmi macam mana? Cucu papa?"

"Kami sihat. Cucu papa pun," Khairunnisa tersenyum lebar. "Kami baru je lepas balik dari klinik. Buat pemeriksaan. Cucu lelaki."

"Alhamdulillah!" pipi Haziq dicium dengan kasar. "Nanti boleh Haziq abang dengan adik kerja dengan atuk."

Kerlingan tajam Nazmi muncul. "No. My sons are not going to be an architect. Tak ada masa depan."

papa ketawa kuat. Haziq diletakkan ke bawah. Khairunnisa dan Nazmi dipelawa masuk ke dalam rumah. "Mana ada tak ada masa depan. Yang bezakan masa depan orang cuma malas dengan rajin je. Malas cari kerja tak kemana. Rajin cari atau cipta peluang sendiri, jauhlah dia pergi."

"Heh," tawa kecil terlepas, seperti memerli papa. "Yelah tu."

"Iye... kamu je yang malas. You're born with silver spoon, you know?" papa tersenyum senget, pulang paku buah keras.

"Tch," Nazmi berdecit sambil oleng mata. Bukan tak nak nafi, tapi tu perkara benar. Tak boleh dinafikan langsung. "Nai ada datang ke pa?"

"Minggu lepas dia ada datang."

"Anak tiri papa?"

Geleng.

"Apasal?" Soal Nazmi dengan lagak gengster. Menyampah dengan saudara tirinya. "Dah dapat macam, grand wedding lagi, terus lupa?"

"Mana kamu tahu papa yang sponsor?"

"Nai."

papa tergelak. "Biarlah... rezeki dorang. Papa pun malas nak ungkit balik. Duit yang papa spent untuk kamu pun papa tak minta balik."

"Ye ke?" Kening kanan terangkat tinggi, ragu-ragu dengan kenyataan papa. "Tak silap Naz, papa yang suruh bayar balik study loan tu."

Sekali lagi tawa papa terburai. "Sorry. Duit papa tengah kureng sikit masa tu."

Nazmi oleng mata. Malas bertelagah dengan papa. Yang dah lepas tu, biarkan jelah, Min. Sofa diduduki. Belakang yang baru disandarkan ke penyandar ditegakkan semula. Haziq dibawa keluar ke laman rumah.

"Nak pergi mana?" Khairunnisa pelik apabila Haziq tiba-tiba ditarik suaminya ke laman rumah.

"Luar je. Nisa duduk dulu. Ada benda yang papa nak cakap dengan Nisa." Nazmi memberitahu sebelum menghilang di sebalik dinding rumah.

Kepala Khairunnisa senget. "Papa?"

"Duduk sekejap, Nisa. Papa ada benda nak cakap sikit dengan kamu." papa ambil tempat berhadapan dengan Khairunnisa di sofa panjang.

Khairunnisa terus membetulkan letak duduknya. Gementar apabila mendengar nada papa yang serius. "C-cakap apa papa?"

"Kamu ingat tak yang papa pernah suruh Nazmi kahwin dulu?"

"Oh...." Khairunnisa melopong sambil mengangguk perlahan. "Tahu... kenapa pa?"

"Sebenarnya, papa nak minta maaf sebab buat macam tu. Papa dah sakitkan hati kamu. Masa dekat pulau Perhentian jugak. Papa minta maaf." Wajah papa sugul. Mata melekat pada permaidani Persia di lantai. Segan untuk bersemuka dengan menantu yang telah disakitinya.

"Papa... jujur Nisa cakap yang Nisa terasa sangat pasal benda tu. Tapi Nisa malas dah nak fikir sebab sekarang Nazmi dan papa dah terima Nisa sebagai keluarga. Itu dah cukup baik untuk Nisa lupakan apa yang berlaku lepas-lepas." Khairunnisa menarik nafas dalam. Papa yang termangu sedih ditatap dengan senyuman segaris.

"Papa janganlah risau sangat... Nisa dah lama maafkan dah."

"Papa buat macam tu sebab I'm not in my right mind. Mungkin sebab papa terlalu fikirkan status. Papa fikir yang kamu tak layak untuk jadi menantu papa, walaupun pada mulanya, papa yang nak kamu kahwin dengan Nazmi. Papa minta maaf."

"Tak apa, papa." Walaupun perkara itu meninggalkan kesan dalam diri, namun dihiraukan. Dia tidak mahu kebahagiaan itu pudar semula. Aku nak bahagia. Kalau asyik fikirkan benda lepas, memang aku takkan bahagia. "Benda tu memang perit nak terima, tapi Nisa dah ajar diri sendiri untuk terima benda-benda macam ni. Lagi pun, Nisa memang dilahirkan untuk disakiti."

Mata papa terbuntang. Terkejut dengan kenyataan menantunya. Baru sahaja hendak bersuara, katanya dipotong.

"Kenapa cakap macam tu, Nisa?" Nazmi mencelah. Wajahnya muram apabila mendengar perkara yang keluar dari mulut isterinya.

"Ngehehehe..." Khairunnisa tersengih.

"Jangan nak ngehehehe sangat." Nazmi jungkit bibir atas. Jengkel dengan perangai isterinya yang suka ambil remeh perkara begini. "Jangan cakap macam tu lagi. Tak ada orang yang dilahirkan untuk disakiti."

"Sorry. Nisa tak cakap macam tu lagi dah." Kepala diusap-usap. Kekok apabila dimarahi suaminya di hadapan mentua.

"Itulah... jangan cakap macam tu lagi Nisa." papa turut menasihati Khairunnisa. "Kita mulakan yang baru ye?"

Khairunnisa angguk. "Kosong-kosong, eh, pa?"

papa turut mengangguk. "Kosong-kosong."

Nazmi sengih. Alhamdulillah. Benda ni ambil masa. Tapi kita kayuh pelan-pelan. 

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now