23

442 26 11
                                    

Lafaz tahmid tidak berhenti dari bermain di bibirnya. Senyuman luas tertampal di wajah senangnya apabila melihatkan anak lelakinya lahir dalam keadaan selamat dan sihat.

"Comelkan dia?"

Angguk.

"Macam rupa Minji."

"Dah anak aku. Memang rupa dia macam akulah." Sedikit nada keruh kedengaran. Dia ni pun. Cakap macam apa je.

"Tapi ada juga rupa Nisa." Khairunnisa yang perasan dengan nada keruh Nazmi tadi cuba tidak menghiraukan perasaannya yang sedikit terusik dengan kata-kata suami. Wajah lembut Nazmi yang sedang merenung leka anak mereka yang sedang lena dalam baby cot ditenung. Handsome betul bila dia senyum. Walaupun sebelum ni dia berbaik dengan aku, tapi dia belum sampai tahap senyum lagi. Kalaulah dia senyum dekat aku...

"Tak. Rupa dia lebih muka aku," kata-kata Khairunnisa dibidas. Walaupun nadanya datar dan selamba, namun ayat yang dituturkan kedengaran sangat pedas dan tajam.

Khairunnisa tersentak. "Um, Minji, Nisa ada cadangan untuk nama-"

"Haziq. Nama dia Haziq. Muhammad Haziq bin Muhammad Nazmi." Ayat Khairunnisa dipotong laju. Sengaja tidak membenarkan Khairunnisa menghabiskan ayatnya.

"Oh..." Itu sahaja yang keluar dari mulutnya. Sedikit – bukan – sangat terkilan bila Nazmi memutuskan nama anak mereka tanpa berbincang dengannya. Apa salahnya kalau bincang dulu? Bibir bawah digigit lembut. Naluri Khairunnisa kuat mengatakan bahawa perangai Nazmi akan menjadi seperti sebelum ini. Sebelum ini yang dimaksudkan adalah di mana Nazmi melayannya dengan keruh dan tidak mesra. "S-sedap juga nama tu. Apa maksud dia?"

"Cerdik, pandai. Yang terpuji," balas Nazmi ringkas. Bayi lelaki yang sedang lena langsung tidak terlepas dari matanya. Comelnya anak ayah! Cepatlah besar! Boleh kita buat band. Nazmi terkekek kecil dalam hati.

"N-nisa baru ingat nak bagi nama Heidi. Tapi tak apalah. M-minji pun nampak macam dah tetap dengan nama tu." Jarinya menguis hujung selimut putih itu. Matanya masih tidak melepaskan Nazmi. Dia risau kalau Nazmi betul-betul akan jadi macam sebelum. Kalau tengokkan kelakuan dia sekarang, bunga-bunga untuk jadi macam dulu tu dah ada. Itu yang dirisaukannya.

"Bukan nampak macam, tapi memang dah tetap," jawabnya tegas. Pipi Haziq dielus-elus dengan lembut.

"Um, Minji tak nak tanya ke kalau-kalau Nisa okey ke tak?" Khairunnisa tersengih. Tengkuknya yang tak gatal diurut-urut, cuba untuk hilangkan suasana janggal antara mereka berdua.

"You look fine. Sebab tu aku tak tanya."

Khairunnisa tersentak. Hatinya terasa seperti direnyuk dengan mesin hydraulic. Sakit! Mukanya yang terkejut tadi cuba disorokkan dengan sengihan janggal. "B-betul jugak tu." Ah, aku nak menangis. Kepalanya ditala ke arah tingkap. Matanya merenung bumbung hospital dengan tekun dan fokus dengan mindanya cuba memikirkan perkara-perkara lain.

"Assalamualaikum. Boleh masuk?"

Salam itu dijawab serentak oleh Nazmi dan Khairunnisa. Masing-masing berpandangan sebelum memandang ke arah tuan punya suara.

"La, kau rupanya. Kau tak cakap kau nak datang." Spontan dia bangun dari duduknya dan mengalihkan kerusinya kepada Hurra. "Arid mana?"

"Tengah parking."

"Kau datang dengan dia je?"

"Dengan dia jelah. Siapa lagi?" Kening Hurra terangkat tinggi.

"Aku ingat kau datang dengan Mairah dengan Yae." Telefon pintarnya dikeluarkan, mesej antara dia dan Umairah diperiksa semula. "Eh, tak. Aku yang salah tengok. Umairah yang kata dia datang dengan Yae." Tudung yang berlipat di meja sisi katil dihulurkan kepada Khairunnisa.

"Ni ke babynya?" Hurra merapatkan wajahnya kepada bayi yang sedang lena dengan senyuman luas. "Comel. Muka dia sangat kau."

"Dah nama pun anak aku."

"Tapi kening dia macam Nisa. Cantik je. Kening bapak dia bersepah," selamba Hurra berpendapat.

Nazmi cebik. "Bersepah-bersepah pun, handsome jugak." Dia mengomel perlahan. Menyampah bila terlihat Khairunnisa terkekek kecil.

"Nisa okey? Bersalin normal kan?"

Khairunnisa angguk laju dengan seringai besar. "Normal. Alhamdulillah, tak ada difficulties." Perbualan antara dia dan sahabat baik Nazmi menjadi semakin menarik dan Nazmi dibiarkan terkulat-kulat berseorang di penjuru katil.

"Korang buallah. Aku duk luar." Nazmi melangkah ke luar bilik wad. Kerusi panjang yang terletak berhampiran dengan lif dituju dan diduduk.

"Nazmi?"

"Hm?" Kepalanya mendongak daripada skrin telefon. Lantas dia berdiri dan berjabat tangan dengan jejaka itu. "Hurra dekat dalam. Tengah borak-borak."

"Ah," Arid angguk perlahan. Dia mengambil selang satu tempat duduk di sebelah Nazmi. "Laki?"

"Laki."

"Berapa kg?"

"3.2 kg."

"Oh... Berat normal eh?"

"Yep. Kata doktor, macam tulah..."

Perbualan mati di situ. Masing-masing dengan telefon pintar sendiri apabila masing-masing mati akal untuk mencari topik untuk dibuat bahan berbual. Buat beberapa minit, mereka leka dengan telefon pintar masing-masing.

"Hurra kata kau main muzik?" Nazmi mulakan.

Angguk. Telefon pintar diseluk ke dalam kocek seluar. "Aku dah main Man of Medan. It's quite good." Entah mengapa dari topik muzik, beralih ke topik game. Mungkin mood untuk cakap pasal muzik tak ada kot.

"Yeah, but not as good as Until Dawn. Aku lagi suka action dia dalam tu. Lagi nerve-wracking." Hujung bibirnya ternaik. Sedikit selesa dengan apa yang sedang dibualkan. "But that is just my opinion though."

"No. I mean, Until Dawn is good. Man of Medan tak boleh nak kalahkan Until Dawn sebab kalau dari segi jalan cerita pun, MoM slow sikit. Aku tak berapa sangat dengan storyline lembab," tutur Arid sambil buat muka. "Kau main Stay Close?" Arid ukir senyum. Sengaja dia tanya. Manalah tahu kalau-kalau rakan baharunya tahu kerana itu permainan yang sering dimainkan bersama Gutt bila mereka streaming bersama.

Nazmi menegak. Kepalanya ditala ke arah Arid dengan laju. Matanya meluas sedikit sebelum ketawa kecil. "Ada. Aku try main dengan adik aku. Tapi first floor pun tak lepas. Lepas tu aku stop main sebab tak ada geng." Teringat bila dia cuba mengajak Naina bermain permainan itu memandangkan permainan itu memang memerlukan dua orang untuk bermain sekali. Tapi tak sampai setengah jam, Naina putus asa. Disebabkan tak tahan dengan tekanan permainan itu.

"Ada time, kita stream sekali."

"Nice." Spontan ibu jarinya diangkat. "Kau dengan Hurra amacam?" Fuhh, Min! Topik bahaya Min.

Faham dengan apa yang dikatakan Nazmi, Arid hanya mengangguk perlahan. "Macam tulah. Buat apa yang patut," balasnya ringkas. Niat memang nak balas berjela tapi dia sendiri tak tahu apa yang patut dikatakan memandangkan ini kali pertama dia dan sahabat baik isterinya cuba berbual panjang.

"IVF?" Bagus Min. IVF jelah yang kau tahu.

"Hmm. Dalam perancangan. Sambil tu aku dengan dia usahalah juga. Kau doakan jelah kembar tak seperut kau boleh dapat apa yang kau dapat sekarang." Arid senyum segaris.

"Amin. Insya-Allah ada rezeki tu." Telefon pintar yang bermain-main di tangan disimpan ke dalam kocek seluar. "Nak masuk?"

"Boleh jugak."

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now