35

541 23 14
                                    

Sudah hampir seminggu dia tidak bercakap dengan Nazmi. Dan sudah hampir seminggu jugalah dia tidak bermain dengan Haziq. Bukan tak mahu, bahkan dia teringin sangat nak bermanja dengan Haziq. Tetapi disebabkan Nazmi langsung tidak membiarkan Haziq tidak berteman, jadi dia terpaksalah melihat dari jauh. Kadang-kadang dia duduk di dapur pulau dan Haziq bermain di ruang tamu atau kadang-kadang dia hanya melihat Haziq berjalan keliling rumah dari bilik. Pernah juga dia cuba untuk berapat dengan Haziq tetapi gagal apabila Nazmi terlebih dahulu menjegil mata kepadanya, cuba memberi amaran untuk tidak berapat dengan Haziq.

Bibir digigit lembut. Tanpa sedar, matanya hanya tertumpu pada gerangan yang dipanggil suami dari dapur pulau. Bibir tertarik kecil. Pandangan sisi suaminya kelihatan teramatlah menarik di matanya. Dengan rahang yang kukuh, kumis halus dan hidung mancungnya, membuatkan suaminya kelihatan tak ubah seperti seorang model. Tambah-tambah lagi dengan ketinggian dia. Kacak sungguh. Bibir tu pulak... aiseh! Tak payah cakap. Merah. Nampak lembut. Aku yakin aku mesti cair macam butter kalau dia cium pipi aku. Jangan kata pipi, kalau dia cium tangan pun dah pengsan kut aku. Riak berangan tercoret.

Matanya dijeling ke belakang. Pantulan wajah Khairunnisa di televisyen yang sedang tersengih membuatkan dia semakin jengkel dengan perangai isterinya. Buang tebiat ke apa sengih-sengih macam tu? "Kau dah kenapa sengih-sengih? Buang tebiat?"

"Ha..?" Khairunnisa tergamam sekejap. Dia perasan ke? "Tak ada apa-apa. Um, saya teringat benda lawak dekat tempat kerja je." Khairunnisa memberi alasan, cuba menutup malunya. Hujung tudungnya dipintal-pintal dengan jari. "Um, jadi ke bakal isteri Nazmi datang malam ni?" Perasaan perit apabila menyebut perkataan isteri baru tadi ditelan.

"Jadi."

"Um, kalau macam tu... saya mintak izin keluar dengan kawan. Tak nak ganggu Nazmi dengan dia." Sekali lagi, alasan diberikan. Bukannya sengaja dia mahu keluar, cuma dia tidak mahu ganggu Nazmi dan bakal isterinya bertemu janji. Dan paling penting, dia tak nak rasa sakit. Sakit hati dengan apa yang bakal berlaku nanti.

"Ha? Keluar? Kawan?" Kening kanan terangkat. Ibu jarinya sibuk menggerak-gerakan butang di alat kawalan PS5nya. Mata tidak dialihkan dari kaca tv. "Kau ada kawan ke?" Perlinya sinis.

"M-mestilah ada. Nazmi je yang tak tahu." Apa yang baru dikatakan Nazmi tadi mengingatkan dia bahawa apa yang dikatakan Nazmi adalah betul. Sejak dia berkahwin, dia tak pernah keluar dengan mana-mana kawannya dan seingat dia, kali terakhir dia berjumpa dengan Pa'an dan yang lain adalah ketika dia memberikan alat ujian kehamilan itu. Bibir melurut ke bawah. Sedih tiba-tiba bila mengenangkan diri yang tiada sahabat. Sunyi betul hidup aku.

"Malam ni kau tak payah keluar mana-mana. Aku tak nak berdua dengan dia."

"Eh? Kenapa? Nanti kalau dia nampak saya karang, dia marah pulak." Khairunnisa pelik. Kenapa Nazmi mahu dia ada sekali dengannya sedangkan bakal isterinya akan datang ke sini malam ni? Kalau keadaan jadi keruh macam mana?

"Kenapa dia nak marah? Lagi pun, boleh je aku kenalkan kau as a housemaid."

Khairunnisa tersentak.

Hujung bibir meleret ke atas. Seronok melihat reaksi Khairunnisa yang tiba-tiba terkaku beku di pantulan TV. Nazmi, tak baik buat macam tu. Kecik hati dia. Matanya tajam merenung pantulan Khairunnisa di kaca tv.

Khairunnisa tertunduk. Sungguh, dia betul terasa hati dengan apa yang dikatakan Nazmi. Sampai hati... "Okey..." Tangan mula menggosok mata dengan lagak mengantuk. Padahal benda yang sebenar adalah cuba untuk menahan air matanya dari mengalir. Suaranya yang terasa bergetar cuba ditahan dari berbunyi terlalu jelas. "Um, saya mengantuk. Saya nak tidur sekejap."

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now