17

433 28 3
                                    

Rengekan Naina semakin menjadi-jadi. Hujung baju Nazmi ditarik dengan kuat sambil kakinya menghentak-hentak lantai. "Abang!"

"Bisinglah kau, Naina."

"Ikutlah orang~!" Hujung baju Nazmi ditarik kuat dan dibawa ke atas bahunya. Tubuhnya dipusing ke belakang menarik Nazmi ke ruang tamu.

"Kau nak abang ikut pergi mana, Nai? Jangan buat perangai boleh tak?" Nazmi mula berang. Perangai mengada-ngada adiknya membuatkan dia semakin panas.

"Ikut jugak!" Naina menjerit kuat.

"Tak nak!" Balas Nazmi dengan oktaf yang sama dengan Naina.

Khairunnisa yang terdengar perbalahan adik beradik itu mengintai dari belakang pintu bilik dengan sorok-sorok. Kenapa dorang gaduh? Wuuu, drama!

"Habis tu takkan abang nak orang pergi wedding tu sorang-sorang?!" Suara Naina masih tinggi macam tadi. "Papa jemput kita dua. Bukan orang sorang. Abang ikutlah sekali."

"Tak nak."

"Ikut! Tu arahan!" Naina menghentak kaki kuat.

"Ah, kau siapa nak aku ikut cakap kau?" Nazmi membalas kenyataan Naina dengan kasar. Namun kata-katanya tadi langsung tidak membawa erti kepada adiknya yang sudah lali dengan perangainya yang sering berkata dengan kasar bila dia bukan dalam mood yang baik.

"Orang adik abang." Ujar Naina selamba. "Lagi pun, tu RSVP. Abang ikutlah~! Orang dah kata kita pergi." Naina masih mencuba.

"Ha, aku ada idea! Apa kata aku tak payah pergi, kau pun tak payah pergi. Amacam? Baguskan idea aku?" Haa, kan dah ber'aku, kau'. Giginya diketap kuat, sambil tangannya cuba untuk melepaskan pegangan Naina di bajunya. "Lepaskanlah baju abang, Naina! Rimas!"

"Tak nak! Kalau abang tak nak pergi jugak, orang koyakkan baju ni!" Ugut Naina. "Tak pun, orang rosakkan abang punya gitar."

"Kau jangan berani, Nai!" Matanya membuntang. Suaranya bergetar dengan amaran. Geram apabila gitar kesayangannya dijadikan taruhan.

"Jangan cabar orang, bang. Kalau dulu keyboard abang boleh hancur, tak mustahil orang boleh rosakkan gitar abang pulak." Naina seringai. Seronok apabila riak abangnya mula berubah. Bagus! Selagi aku tak ugut abang aku ni, selagi tu dia takkan pergi wedding tu.

Dalam pada masa yang sama, Khairunnisa di bilik melopong. Tak sangka yang adik beradik di ruang tamu itu satu kepala. Masing-masing ganas dan kasar. Dah nama pun adik beradik, mestilah perangai, kepala sama. Kau tak ada adik beradik, kau apa tahu.

"Nai..." Nazmi mencerlung ke arah adiknya dengan geram. Dia tahu, kalau Naina ugut, dia akan buat juga benda tu. Dia tak mahu kejadian di mana keyboardnya hancur berulang kembali. Semuanya gara-gara dia tersalah beli jenama tuala wanita yang dipakai adiknya. Ergh, PMS menakutkan! "Nai, kau period ke? Tetiba je kau buat perangai?"

"Tak!" Naina menjerit kuat. Matanya besar kecil memandang abangnya di hadapan. "Orang baru habis period!"

"Oh..." Itu sahaja yang terpacul dari mulut Nazmi. "Habis tu, apasal kau buat perangai?"

"Orang buat perangai sebab abang tak nak ikut orang pergi wedding tu! Takkan itu pun orang kena cakap?!" Nadanya semakin meninggi apabila dia menuturkan ayat itu. Marahnya makin menjadi apabila abangnya cuba mengalih topik yang sedang dibincangkan tadi. Bincanglah sangat. Macam gaduh adalah.

Dahi Nazmi berkerut. Dengan spontan tapak tangannya dibawa ke telinga, menghalang gegedang telinganya dirobek dengan suara nyaring Naina. "Jangan jeritlah Nai. Bising. Berdarah telinga abang ni."

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now