52

675 22 16
                                    

Senyuman manis yang langsung tidak lekang di bibir munggil isterinya ditatap dengan hati berbunga. Sungguh, senyuman itu mendatangkan seribu satu makna dan sebab untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami mithali. Kalau boleh, dia mahu senyuman itu kekal buat selama-lamanya. Baru sekarang baru dia faham apa maksud dilamun cinta.

"Minji..." suara lembut Khairunnisa kedengaran.

Ah, lama tak dengar dia panggil aku dengan nama tu. "Ye?"

"Um, Nisa terfikir. Kalau betul kita dapat lagi sorang, kita nak bagi nama apa?" soalnya dengan riak biul. Seperti masalah itu satu masalah negara.

"Bagi jelah apa-apa nama pun. Asalkan senang, satu perkataan dengan ada maksud yang baik."

Khairunnisa mengangguk-angguk. Mulutnya menarik muncung. Riak biul masih tertampal di wajah.

"Nisa..." Wajah isterinya masih tidak dilepaskan. Matanya tetap pada isteri comelnya di sebelah. "Panggil aku, abang."

"Ngehehe," sengihan tertarik. "Tamau. Nisa lagi suka Minji."

Nazmi oleng mata. "Minji tu nama yang kawan aku bagi. Kau panggil jelah aku abang. Baru rasa ada kuasa."

Kenyataan terakhir Nazmi berjaya membuatkan tawa Khairunnisa terburai kuat. Kelakarlah laki aku ni! Tangan yang tadi ralit bermain dengan pasir pantai cuba mencapai hidung mancung suaminya. Namun gagal apabila tangannya terlebih dahulu dipegang kuat oleh suaminya.

"Jangan. Nanti masuk pasir tu dalam lubang hidung aku." Amaran lembut diberikan. Tangan Khairunnisa ditarik ke bibirnya dan dikucup berkali-kali. Senyuman melirik dihadiahkan.

Khairunnisa merona merah. Terkejut dengan kelakuan spontan suaminya. Dia ni! Suka buat aku terkejut!

Amacam? Romantik tak laki kau? Soalnya melalui riak wajah. Kening diangkat berkali-kali.

Terlebih romantik! Lantas, tangannya ditarik semula. Bahang yang terasa di wajah makin menjadi-jadi teruknya apabila Nazmi mula menggerak-gerakkan muncungnya seperti sedang meminta satu kucupan. Mengada-ngada!

"Cepatlah." Nazmi bergerak rapat ke arah Khairunnisa. "Give me a kiss, Nisa."

"Tamau! Kita kat tempat orang ramai ni. Janganlah buang tebiat, Minji." Bahu Nazmi ditolak lembut. Walaupun begitu, senyuman kecil masih terukir di wajah. Geli hati dengan tingkah laku suaminya yang gedik semacam.

"Nisa, aku nak tegur sikit boleh?" Nadanya serius. Tubuhnya menghadap semula laut di hadapan. Kalau boleh, dia tidak mahu memandang isterinya ketika dia menegur. Takut perasaan bersalah timbul. Tapi perkara yang mahu ditegur itu pun penting. Perkara itu mesti diberitahu juga. Kalau tak, sampai bila-bila Khairunnisa tidak tahu kesalahannya.

"Apa dia?" Wajah serius suaminya ditatap tekun. Apa yang dia nak tegur sampai serius sangat rupanya tu?

Nafas ditarik dalam sebelum menghembus perlahan. "Aku cakap ni, kau jangan terasa pula. Aku nak kau dengar dan hadam. Boleh?"

"Nisa cuba."

"Okey... Benda yang aku nak tegur ni pasal masalah rumah tangga."

"Hm?" Khairunnisa biul. "Kenapa dengan rumah tangga kita? Nisa ingat makin pulih?"

"Itu letak tepi dulu. Yang aku nak tegur pasal buka cerita masalah rumah tangga dekat orang lain. Boleh tak kalau kau jangan cerita masalah rumah tangga dekat orang? Tak kisahlah sesiapa pun. Hurra ke, Umairah ke, even your trusted officemate. Boleh tak?"

Khairunnisa telan air liur. Patutlah muka tegang. Memang serius pun masalah ni. Tubuhnya langsung tidak bergerak dari posisinya. Lidahnya pula langsung tidak mampu berkata apa-apa.

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now