31

465 31 21
                                    

Tubuhnya dibiarkan bersarung crop top pendek yang menampakkan susuk tubuhnya yang ramping dan seluar pendek separas paha. Sengaja dia mahu berpakaian begitu dengan satu niat; iaitu menarik perhatian suaminya. Bunyi tombol pintu kedengaran. Tanpa berlengah, dia mengambil tempat di kaunter dan merehatkan tubuhnya ke atas dapur pulau sambil membuat gaya menggiurkan. Sudu kopi sengaja digigit dengan acah-acah, cuba membuatkan dia kelihatan lebih seksi.

Beg galas disandarkan ke dinding. Seperti biasa, salam diberikan dengan perlahan sambil kasut kulitnya dibuka dan disusun rapi ke dalam kabinet kasut. Beg galas tadi diambil dan dibawa ke bilik belajar. Haziq yang berada dalam dukungannya yang masih lena dibawa ke ruang tamu dan dibaringkan ke atas sofa. "Ajiq tidur dulu. Ayah nak mandi kejap. Lepas ni ayah mandikan Ajiq." Dia perasan yang Khairunnisa berada di dapur pulau itu tapi tidak dipedulikan dan terus melulu ke biliknya untuk bersiap untuk maghrib.

Dia tak perasan lagi ke? Khairunnisa mengeluh. Dia ni... busy memanjang. Dia termenung kosong memandang tempat di mana Nazmi menghilang tadi. Rambutnya yang mengurai menutupi mata diselit ke belakang telinga. Matanya sayu memandang Haziq dari jauh. Too close, yet too far. Bila agaknya mama boleh main-main dengan kamu ye, Haziq? Tanpa sedar kakinya melangkah ke arah Haziq yang masih terlena. Senyuman lembut terlukis di wajah. Dia mula melutut di sebelah sofa dan merenung Haziq dengan leka. Ubun-ubun Haziq dicium lembut. "Sayang anak mama."

Kepalanya digosok dengan ganas. Rambutnya serabai. Dia sedar kehadiran Khairunnisa di dapur pulau tadi. Tapi itu setakat dari hujung mata. Dia tahu yang idea bukan-bukan bermain dalam kepala isterinya. Tujuan dia cuma satu. Sama ada nak goda atau sakitkan hati atau kedua-duanya sekali. Tapi Nazmi tak peduli sebab dia memang tak ada mood hendak melayan fi'il bukan-bukan Khairunnisa. "Fuhh, lega!" Kepalanya digeleng-geleng laju untuk mengeringkan rambutnya. Cermin mata berbingkai separuh dipakai. "Sekarang turn Haziq untuk mandi pulak."

Tawa Haziq kedengaran.

Haziq dah bangun? Bukan dia tidur ke tadi? Dahinya berkerut.

Kali ini, suara Khairunnisa pula kedengaran. Nampaknya dia sedang leka berbual dengan Haziq.

Angin panas berdesup ke kepala. Dia ni degil! Kaki melangkah ke ruang tamu dengan geram. Khairunnisa menonggeng di sofa membuatkan urat di pelipas mengeras. Apa yang dia cuba buat?! Dengan pakai macam tu lagi?! Memang cari pasal ke? "Oi. Kau memang tak faham bahasa eh?"

Khairunnisa beku buat beberapa saat sebelum laju berdiri dan melangkah beberapa tapak ke belakang apabila Nazmi mendekatinya dengan wajah bengisnya. Aku takut! Garangnya muka dia! Peluh mula mengalir.

"Kau dah tak cukup kain nak pakai ke?"

"N-nisa..."

"Kau memang sengaja nak rosakkan otak anak aku dengan benda tak senonoh?"

"T-tak. N-nisa se-selesa pakai macam ni."

"Aku tak. Wear some clothe. Now." Arahnya dengan rendah dan bahaya. Anak matanya merenung anak mata Khairunnisa, dengan harapan Khairunnisa dapat baca yang dia betul-betul bukan dalam mood yang baik. "Jangan sampai aku telanjangkan kau dekat sini. Don't make me."

Tekaknya tiba-tiba berpasir. Jantung semakin laju berdegup apabila renungan Nazmi seperti sedang menikamnya dalam diam. It hurts! Anak matanya dialih ke tempat lain. "O-okey," bisiknya dengan suara yang seakan-akan malu nak keluar. "N-nisa pakai baju sekarang."

Matanya langsung tidak melepaskan Khairunnisa yang berlari dan menutup pintunya dengan kuat. "Tak habis-habis buat perangai," gumamnya rendah. Haziq digendong dan dibawa ke bilik mandi. "Kita mandi. Lepas tu makan."

Lengannya diurut berkali-kali. Renungan mata Nazmi tadi berjaya membuatkan lututnya terketar-ketar. Jantungnya masih berdegup kencang. Sekali-sekala dadanya diurut lembut, cuba mengurang rasa gemuruh yang masih berbaki. "Kalau renungan boleh membunuh, memang sah-sah aku dah jadi arwah kat situ." Nafas ditarik dalam dan dihela kuat. "Esok cuba lagi."

Pintu bilik tidur Nazmi diketuk perlahan. Dia yang hanya berbaju tidur bertali halus dan pendek berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik. Pijakannya dikemaskan. Rambutnya yang diikat sanggul longgar dibelek-belek. Ready. Semalam tak jadi, hari ni mesti jadi punya.

Pintu dikuak.

"Er, Nazmi." Wajah Nazmi yang mula membengis dilihat dengan kaget. Tubuhnya dipusing ke hadapan, membelangi Nazmi. Sanggul longgarnya ditarik ke tepi. "Um, boleh tolong tak? Nisa nak buka rantai ni. Tapi susah sebab rantai ni-"

Pintu ditutup.

Kata-kata Khairunnisa terhenti tengah jalan. Dia menoleh perlahan. Pintu bilik Nazmi sudah pun tertutup rapat. Kedengaran butang tombol pula ditekan di sebelah bilik. Bibirnya melurut ke bawah. "Haih... tak menjadi... tak apa. Esok ada lagi. Harap menjadilah." Dia berlalu semula ke biliknya dengan lemah. Dengan harapan, esoknya akan membuahkan hasil.

Esok tiba. Kali ini dengan berbaju kelawar. Pantulan diri di cermin diperiksa beberapa saat. "Okeylah kot. At least, tak adalah seksi sangat macam semalam. Kalau aku pakai macam ni pun dia annoyed dengan aku, aku give up. Aku pakai tudung terus." Bilik Nazmi dituju dan diketuk lembut. "Assalamualaikum."

Di sebelah, Nazmi menjeling matanya ke belakang dengan geram. Apa lagi minah ni nak? Aku nak tidurlah! Dengusan kasar terlepas. Salam Khairunnisa dijawab bawah nafas. Pintu dibuka ganas. Mukanya yang beriak bengang dibiarkan.

"Um, Nisa nak tidur dengan Nazmi malam ni bole-"

Sekali lagi pintu ditutup rapat. Nazmi kembali semula ke katil dengan bengang. "Buang masa aku je. Kau nak tidur pun susah."

"Okeylah. Nisa give up. Apa Nazmi nak, Nisa ikutkan," gumamnya rendah, pada diri sendiri. Perasaan perit di hati dibawa ke mata dan menjadi titisan air yang dibiarkan mengalir. "Mulai esok, Nisa takkan ganggu Nazmi lagi. Nisa takkan ganggu Haziq lagi. Kita buat hal masing-masing." Kepalanya direhatkan ke daun pintu bilik Nazmi. "Apa pun... Nisa sayang Nazmi dengan Haziq."

______________________________________________________

saya minta awak semua bersabar sebab korang kena hadap lagi dgn perangai Nazmi yg menyakitkan hati. Tbh, masa saya create si Nazmi ni, mmg watak dia perangai celaka dari belajar. Tu yg dia tak ada kawan time universiti, smpai dia jumpa DATUM (the only orang yg boleh berkawan dgn dia). DATUM ni pun mulut cakap main lepas. Jadi bila ada benda bodoh Namzi buat, memang dia kena hentam habis-habisan.

cuma bezanya kali ni, DATUM tak tahu apa yg NAzmi buatkan bini dia. Kalau dorang tahu...

Apa-apa pun, Thank you for reading. Love you all.Sangat

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now