42

616 33 12
                                    

Pintu masuk pejabat Khairunnisa ditenung kosong. Sudah dua minit dia tercegat di hadapan pintu itu dengan harapan adalah yang perasan kehadirannya di situ. Sehinggalah seorang lelaki keluar dari pintu masuk pejabat itu. Terkejut beruk muka dia bila keluar je ada orang tercegat dekat situ. Hampir tergelak Nazmi dibuatnya.

"Yes? Is there anything I can help?"

"Umm, I'm looking for Khairunnisa."

"Khairunnisa? Dia tak ada. Dia tukar branch dekat Johor. Kenapa?" Kening lelaki itu terangkat tinggi. "Are you, in any chance, her husband?"

Aduhai, kantoi aku laki tak guna. Hatinya meraung kekecewaan. "Err, yeah..." Muka kecewa tidak dapat disorokkan lagi. Lantak koranglah korang nak cakap apa. Yang penting aku nak cari dia.

"Please come inside. Aku panggil PA aku kejap."

Aku? "We've met before?"

"Yeah," Pintu pejabat dibuka dan Nazmi dipelawa masuk ke dalam pejabat. "Masa wedding korang. Nisa ada jemput."

Nisa? "Oh..."

"Jemput duduk dulu. My PA will entertain you later." Tangannya dihulur ke arah sofa yang nampaknya memang untuk tetamu atau klien duduk.

Tak sampai seminit, seorang wanita yang lebih kurang atau muda beberapa tahun darinya muncul di ruangan itu dengan senyuman kecil. Senyuman itu dibalas dengan anggukan kecil.

"Suami Nisa?"

"Betul."

"Nisa ada kata yang dia ada inform pasal hal ni dekat Encik. Ke tak ada?" Zuhaira buka bicara. Nazmi dipelawa untuk duduk semula di sofa.

"Ada. Cuma... dia tak ada bagitahu detail lagi pasal dia pindah ke cawangan mana. Although your boss said she was transferred to Johor. Itu jelah yang saya tahu setakat ni. Do you know where she lives at?" Pandangan penuh harapan dihadiahkan kepada Zuhaira. Dia dapat rasakan yang Zuhaira ada jawapan yang dia mahukan.

"Er..." Aduh, macam mana ni?! Nak bagitahu ke tak? "Saya tahu... tapi..."

"Tapi...?" Sengaja keningnya diangkat tinggi, bagi Zuhaira rasa bersalah untuk menyembunyikan hal itu daripadanya.

"Dia dekat rumah saya." Megat mencelah.

Nazmi pusing lipat memandang tuan punya suara yang muncul di sebelahnya. "Your house? What do you mean your house?" Nada Nazmi semakin keruh. Mukanya turut beriak berang.

"I mean my parent's house. Dia tumpang situ. Alang-alang tu tak adalah dia kena keluar duit bayar rumah sewa," balas Megat dan nampaknya, Megat langsung tidak tahu membaca situasi keruh sekarang. Siap tersengih lagi.

Zuhaira hampir mahu menepuk dahi dengan kuat. Laki aku ni pun! Tak pandai baca situasi ke? Nak kata tak pandai, overseas graduate. Adui, sabar jelah! Zuhaira menjegil matanya ke arah Megat sambil bibir diketap kuat. Pandangan 'biar-saya-uruskan-abang-jangan-menyampuk' diberikan kepada Megat.

Seperti faham apa yang cuba disampaikan Zuhaira, Megat lekas meminta diri dan beransur semula ke pejabatnya.

"So?" Pandangannya beralih kepada Zuhaira. "Betul ke apa yang your boss cakap tu?"

"Yup. He's right. Nisa ada dekat rumah dia. I mean, his parent's house. Dekat Johor. Kalau nak jumpa dia, saya boleh bagi alamat." Akhirnya, nak tak nak, dia terpaksa mengalah. Kalau tak, dia yakin yang suami Khairunnisa tak akan berganjak dari tempat duduknya.

"Please... and please, if you have her new numbers, bagi sekali." Pinta Nazmi. Dia sudah tidak peduli dengan pandangan orang terhadapnya. Yang penting sekarang cuma untuk dia bertemu dengan isterinya.

"No. She still use her old numbers. Give me a minute. Nanti saya bagi alamat tu." Mejanya dituju dan kembali semula ke tempat tadi. Sehelai kertas kecil dihulurkan kepada Nazmi. Kertas itu tertera alamat rumah dan satu nombor telefon. "Itu nombor telefon bos saya. Kalau ada apa-apa, boleh inform dia dulu."

"Dia tak kisah ke?"

"Tak. Nanti dia contact Nisa terus."

"Okey. Thanks."

____________________________________________________

seperti biasa, komen tau~!

Melodi [Tamat]Where stories live. Discover now